KUALA LUMPUR: Tawaran awam permulaan (IPO) Senheng New Retail Bhd terlebih langganan sebanyak 10.4 kali menjelang penyenaraian kumpulan itu di Pasaran Utama Bursa Malaysia yang dijadual pada 25 Januari 2022.
Peruncit elektrik dan elektronik (E&E) pengguna itu menerima sejumlah 16,548 permohonan untuk 343.2 juta saham dengan nilai agregat RM367.3 juta, bagi saham orang awam.
Pengerusi Eksekutif Senheng, Lim Kim Heng berkata, langganan luar jangka IPO Senheng menunjukkan keyakinan pelabur kepada rekod prestasi selama 30 tahun syarikat.
Beliau berkata, syarikat membina satu daripada jenama runcit terbaik dan paling progresif di Malaysia dengan strategi pertumbuhan mengubah cara membeli-belah pengguna.
"Melangkah ke hadapan, kami sedang mengembangkan rangkaian kedai di seluruh negara, meningkatkan pengalaman membeli-belah secara fizikal dan dalam talian serta membawa rangkaian produk berkualiti yang lebih meluas.
"Senheng juga akan menaik taraf infrastruktur digital dan keupayaan logistik kami untuk meningkatkan pengalaman runcit yang lancar dalam era digital," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pelaksanaan IPO Senheng membabitkan terbitan awam 250 juta saham baharu dan tawaran untuk jualan 139.5 juta saham sedia ada pada harga terbitan RM1.07 sesaham, menjadikan permodalan pasarannya bernilai RM1.6 bilion selepas penyenaraiannya itu.
Senheng bercadang menggunakan RM160.5 juta untuk membuka cawangan kedai baharu serta menaik taraf kedai sedia ada kepada kedai berkonsep yang lebih besar dan dipertingkatkan.
Syarikat menyasar untuk menaik taraf atau membuka 61 kedai baharu dan sedia ada dari 2022 hingga 2024 untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan.
Sebanyak 19.3% atau RM51.7 juta lagi akan digunakan untuk mengukuhkan kapasiti dan keupayaan bahagian sokongan termasuk membangunkan perniagaan pengedaran jenama baharu, mengembang dan menaik taraf gudang dan rangkaian logistik, serta meningkatkan infrastruktur digitalnya.
Baki 20.7% atau RM55.3 juta akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank dan perbelanjaan penyenaraian.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Jan 13 2022
IPO Senheng terlebih langganan 10.4 kali menjelang penyenaraian kumpulan itu di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 25 Januari. -Dagang News
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
10 Berita Pilihan - (5 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [5/2/2025] – Siasatan Op Sky | Trump mahu Gaza | Pemulihan populasi Harimau Malaya | Laluan haram disekat
- Trump rancang ambil alih Gaza, paksa warga Palestin pindah negara luar
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.
#AWANI Tonight 5 Feb 2025
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
IPO RichTech Digital terlebih langganan 245 kali
RichTech berkata sebanyak 24,237 permohonan bagi 2.49 bilion saham terbitan bernilai RM623.63 juta diterima daripada orang awam.
Bursa Malaysia jangka 60 IPO disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran RM40.2 bilion
Bursa Malaysia Bhd menjangkakan sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) akan disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran berjumlah RM40.2 bilion.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Aktiviti IPO Malaysia dijangka lebih rancak pada 2025
Untuk rekod, 50 penyenaraian IPO bakal menandakan angka terbesar bagi Malaysia, yang kali terakhir dicapai pada tahun 2005.
Saham 99 Speed Mart naik 12 peratus selepas IPO
Saham 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd naik 12 peratus di hari pertama penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia, hari ini.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
99 Speed Mart bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia
99 Speed Mart Retail Holdings Bhd telah memfailkan draf prospektus untuk melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti sasar 35-40 IPO baharu pada tahun ini - Pengerusi
SC berkata saluran bagi tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia kekal sihat dan menyasarkan sebanyak 35-40 IPO baharu bagi tahun ini.
IPO Malaysia terus kumpul dana, tarik pelabur - Deloitte
IPO semakin berkembang pesat di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, menjadikan ia sebagai pilihan utama kepada pelabur.
Kerajaan diminta berhati-hati terima cadangan senaraikan Petronas melalui IPO
Ia bagi mengelakkan Malaysia kehilangan kuasa pemilikan firma minyak negara itu.