JOHOR BAHRU: Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) menetapkan sasaran pelaburan kumulatif baharu bagi Iskandar Malaysia sebanyak RM636 bilion menjelang 2030, selepas sasaran awal yang ditetapkan semasa penubuhan wilayah ekonomi itu berjaya dicapai dengan jayanya.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Dr Badrul Hisham Kassim, berkata sejak penubuhan Iskandar Malaysia pada 2006 hingga September tahun lepas, wilayah itu merekodkan jumlah pelaburan terkumpul sebanyak RM409.5 bilion, melebihi sasaran awal RM383 bilion yang disasarkan IRDA berdasarkan Pelan Pembangunan Komprehensif (CDP) 2006 hingga 2025.
Beliau berkata, sasaran RM383 bilion, yang direkodkan pada Februari tahun lepas, dicapai hampir tiga tahun lebih awal daripada sasaran tempoh 19 tahun, sekali gus menunjukkan bahawa penawaran pelbagai kelebihan daya saing Iskandar Malaysia dan Malaysia, terus menarik minat pelabur dan meningkatkan keyakinan terhadap negara.
"Ini memberikan keyakinan kepada kami untuk menggandakan sasaran pelaburan kumulatif kami menjelang 2030 yang kami tetapkan dalam CDPiii terkini Iskandar Malaysia 2022-2030.
"Pada penghujung tujuh tahun akan datang, kami menyasar mencapai RM636 bilion pelaburan terkumpul dan kami percaya ini boleh dicapai, terutamanya dengan sokongan penuh kerajaan melalui Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dan inisiatif Zon Kewangan Khas seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Isnin.
Badrul Hisham berkata kedua-dua zon ekonomi dan kewangan khas itu akan memainkan peranan besar kepada Iskandar Malaysia pada masa depan.
Beliau berkata Iskandar Malaysia merekodkan pelaburan yang dijanjikan sebanyak RM33.6 bilion dari Januari hingga September tahun lepas dengan RM11 bilion telah direalisasikan.
"Sumbangan utama adalah daripada sektor perkhidmatan perniagaan yang termasuk pelaburan dalam pusat data serantau berjumlah RM22.4 bilion dan sektor pembuatan sebanyak RM7.7 bilion," katanya.
Selain itu, beliau berkata, IRDA juga mengunjurkan kira-kira 400,000 peluang pekerjaan baharu dicipta di Iskandar Malaysia antara 2020 dan 2030, membawa kepada jumlah pekerjaan hampir 1.4 juta menjelang 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
![IRDA tetapkan sasaran pelaburan kumulatif baharu RM636 bilion menjelang 2030 IRDA tetapkan sasaran pelaburan kumulatif baharu RM636 bilion menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704703918_TBIRDAjpg.jpg)
Badrul Hisham berkata Iskandar Malaysia merekodkan pelaburan yang dijanjikan sebanyak RM33.6 bilion dari Januari hingga September tahun lepas dengan RM11 bilion telah direalisasikan. - Foto BERNAMA
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
![Iskandar Malaysia catat pelaburan direalisasi RM291.4 bilion sehingga kini Iskandar Malaysia catat pelaburan direalisasi RM291.4 bilion sehingga kini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724139041_TBIRDA.jpg)
Iskandar Malaysia catat pelaburan direalisasi RM291.4 bilion sehingga kini
Kemajuan luar biasa itu menunjukkan Iskandar Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran pelaburan kumulatif RM636 bilion menjelang 2030.
![Pulau Kukup akan dibuka semula kepada pengunjung selewat-lewatnya Mei ini - Exco Pulau Kukup akan dibuka semula kepada pengunjung selewat-lewatnya Mei ini - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712530442_LingTianSoon.jpg)
Pulau Kukup akan dibuka semula kepada pengunjung selewat-lewatnya Mei ini - Exco
Pulau Kukup akan dibuka semula kepada orang ramai pada hujung bulan ini atau awal Mei depan setelah ditutup lebih empat tahun atas faktor keselamatan.
![IRDA tetapkan sasaran pelaburan kumulatif baharu RM636 bilion menjelang 2030 IRDA tetapkan sasaran pelaburan kumulatif baharu RM636 bilion menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704703918_TBIRDAjpg.jpg)
IRDA tetapkan sasaran pelaburan kumulatif baharu RM636 bilion menjelang 2030
Sejak penubuhan pada 2006 hingga Sept 2023, Iskandar Malaysia merekodkan jumlah pelaburan terkumpul RM409.5 bilion, melebihi sasaran awal.
![SFZ, SEZ bakal jadi pemangkin ekonomi di Johor - Onn Hafiz SFZ, SEZ bakal jadi pemangkin ekonomi di Johor - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697542454_OnnHafizGhazi.jpg)
SFZ, SEZ bakal jadi pemangkin ekonomi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata, SEZ Johor-Singapura mampu menjadikan Johor seperti bandar raya Shenzhen di China, yang berkembang maju selepas empat dekad menjadi SEZ.
![Pelaburan di Iskandar Malaysia bukti pelabur asing semakin yakin Pelaburan di Iskandar Malaysia bukti pelabur asing semakin yakin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658739063_TBISMAILSABRIFELO.jpg)
Pelaburan di Iskandar Malaysia bukti pelabur asing semakin yakin
Menurut perdana menteri, lebih RM10 bilion bakal dijana oleh pelabur asing di Iskandar Malaysia untuk pembangunan pusat data.
![BRT Iskandar Malaysia akan lalui ujian rintis selama tiga bulan - IRDA BRT Iskandar Malaysia akan lalui ujian rintis selama tiga bulan - IRDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615995090_IMBRT.jpg)
BRT Iskandar Malaysia akan lalui ujian rintis selama tiga bulan - IRDA
Projek Bas Alihan Cepat Iskandar Malaysia (IMBRT) akan mencapai fasa seterusnya yang melibatkan program ujian rintis selama tiga bulan.
![Belanjawan 2021: Projek di lima koridor wilayah ekonomi akan diteruskan Belanjawan 2021: Projek di lima koridor wilayah ekonomi akan diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604655758_TengkuDatukSeriZa.jpg)
Belanjawan 2021: Projek di lima koridor wilayah ekonomi akan diteruskan
Projek-projek bagi lima koridor wilayah pembangunan ekonomi akan diteruskan pada tahun 2021 dengan peruntukan bernilai RM780 juta.
![Muhyiddin sokong lebih banyak inisiatif berpaksikan rakyat bagi Iskandar Malaysia Muhyiddin sokong lebih banyak inisiatif berpaksikan rakyat bagi Iskandar Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603319849_PMMuhyiddinYassin.jpg)
Muhyiddin sokong lebih banyak inisiatif berpaksikan rakyat bagi Iskandar Malaysia
Sebagai sebuah wilayah ekonomi, Iskandar Malaysia mencatatkan pencapaian pelaburan yang cemerlang sejak ia dibuka sehingga sekarang.
![myPASS cepatkan proses permohonan permit kemasukan dari Singapura ke Malaysia myPASS cepatkan proses permohonan permit kemasukan dari Singapura ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61590771400_TBMYPASSx.jpg)
myPASS cepatkan proses permohonan permit kemasukan dari Singapura ke Malaysia
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura menerima kira-kira 30,000 permohonan menerusi e-mel, mendorong kepada perubahan sistem itu.
![Aplikasi Jejak Johor bantu kesan kontak, cegah penularan COVID-19 Aplikasi Jejak Johor bantu kesan kontak, cegah penularan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71590098370_aplikasijejakjohor.jpg)
Aplikasi Jejak Johor bantu kesan kontak, cegah penularan COVID-19
Aplikasi Jejak Johor membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) memperoleh rekod kontak pengguna dan memaklumkan kepada mereka dengan kadar segera sekiranya terdapat risiko jangkitan COVID-19.