Proton Holdings Bhd berharap pelancaran model Iriz dan Persona yang dipertingkat 2019 akan menjadi satu lagi penggalak ke arah pemulihan yang diperlukannya.
Pengerusi Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata kedua-dua model itu ditawarkan pada harga berpatutan dengan 300 pembaharuan dilakukan dalam usaha menambah baik model tersebut.
"Kami melengkapkannya dengan unit stereo pintar (IHU) yang popular, menjadikan Iriz and Persona 2019 sebagai edisi terbaharu dalam rangkaian 'kereta yang boleh bercakap' kami.
"Tiada kereta lain dalam segmen sama dan pada kategori harga itu menawarkan fungsi ini. Justeru itu, kami berbangga merintis teknologi kereta Internet yang bertujuan agar menjadi lebih berpatutan untuk segmen pasaran ini," katanya pada majlis pelancaran Iriz dan Persona 2019 di sini, pada Selasa.
Harga atas jalan Iriz 2019 ditetapkan antara RM36,700 dan RM50,700 bagi Semenanjung Malaysia dan daripada RM38,700 hingga RM52,700 untuk Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Persona 2019 berharga antara RM42,600 dan RM54,600 bagi Semenanjung Malaysia dan daripada RM44,600 hingga RM56,600 untuk Sabah dan Sarawak.
Syed Faisal berkata bersama Zhejiang Geely Holding Group (Geely) China, Proton kini berupaya menangani cabaran.
"Selepas bertahun-tahun mewujudkan dan melabur dalam keseluruhan infrastruktur Proton, kami tahu Proton mengalami kekurangan keuntungan dari segi kos untuk mendapatkan semula pelaburan yang telah dibuat.
"Ini, selama bertahun-tahun, telah menjejaskan banyak perkara lain seperti daya saing kos, penawaran kualiti dan teknologi.
"Dalam usaha mengatasinya, kami menyedari bahawa Proton terpaksa berada dalam firma automotif yang lebih besar dan kami memutuskan untuk mencari rakan strategik yang sesuai," katanya.
Beliau berkata dalam tempoh yang singkat bersama Geely, Proton berupaya mencatatkan begitu banyak pencapaian dengan yang paling tertinggi adalah pelancaran X70.
Syed Faisal berkata setakat ini, Proton X70 membuat rekod bagi pendaftaran paling banyak dicatatkan oleh kenderaan utiliti sukan dalam tempoh bulan pelancarannya Disember tahun lepas, dengan lebih 25,000 tempatan diterima.
"Setelah X70 berjaya mencatatkan rekod itu, kami tidak meraikan pencapaian tersebut sebaliknya menarik nafas lega apabila kerja keras dan strategi kami diiktiraf.
"Apabila X70 memenangi Anugerah Pilihan Editor bagi Kereta Terbaik 2018 kategori Kesalinghubungan dan Maklumat Hibur, kami turut tidak meraikannya dengan parti besar selain mengucapkan terima kasih kepada Yang Maha Kuasa bahawa kini adalah peluang sebenar untuk mengembalikan semula kebanggaan pekerja kami," katanya.
Tersedia bagi varian Premium 1.6 CVT, sistem Iriz dan Persona menggunakan eSIM untuk kekal terhubung dengan Internet.
Sistem ini juga menawarkan aplikasi untuk penstriman muzik, navigasi dalam talian dan pengecaman suara yang diakses melalui skrin sentuh tujuh inci yang menampilkan paparan warna penuh dan memori dalaman 16GB.
Bagi kemudahan tambahan, sistem ini menawarkan fungsi skrin 'mirroring' dengan telefon pintar Android.
Proton juga menyediakan data Internet lima tahun percuma (12GB/tahun), cukai jalan percuma selama dua tahun untuk 1,000 unit pertama yang berdaftar selain buruh percuma bagi tiga temu janji servis berjadual.
Pembeli kedua-dua model itu juga ditawarkan kadar pembiayaan lebih rendah bermula daripada 2.93 peratus di samping pakej perlindungan insurans yang menarik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2019

Syed Faisal Albar (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong (kiri) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Radzaif Mohamed (kanan) pada Majlis Pelancaran Proton Iriz dan Persona Facelift, 23 April 2019. - Foto BERNAMA
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Biden anugerahkan pingat kebebasan berprestij kepada Paus Francis
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden dengan penghormatan khas kepada Paus Francis.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.

Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.

Pengasas KK Mart, Kapten Batik antara penerima anugerah SEBA Awards 2024
Kee Chan diberikan Anugerah Usahawan Terbaik Tahun 2024 manakala Farhan pula memenangi Anugerah Usahawan Fesyen Terbaik Tahun 2024.

ContentAsia Awards 2024: Astro raih sembilan anugerah
Ia menggambarkan dedikasi Astro dalam menghasilkan program menarik dan pelbagai yang bukan sahaja menepati citarasa para penonton.

Filem Abang Adik rangkul dua anugerah utama pada Malaysia Golden Global Awards 2024
Filem Abang Adik berjaya merangkul dua anugerah utama pada majlis MGGA 2024 yang berlangsung di Auditorium Angkasapuri pada Sabtu.

AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-15
AirAsia terus melakarkan kecemerlangan apabila memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2024 untuk kali ke-15.

Adibah Amin diumum Tokoh Wartawan Negara 2023
Adibah Amin merupakan wartawan wanita pertama diberikan pengiktirafan tertinggi dalam bidang kewartawanan tempatan.