Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (ISG) milik penuh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), menerima penerbangan sulung UTair, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Rusia, hari ini.
Ketibaan penerbangan dari Vladikavkaz, Rusia itu menjadikan UTair syarikat penerbangan berjadual ke-16 yang menggunakan ISG yang teletak di ibu negara Turki ini.
Ia sekali gus syarikat penerbangan Rusia pertama ke lapangan terbang berkenaan selepas krisis politik Turki-Rusia pada Mac tahun lalu.
Ketibaan penumpang pesawat Boeing 737 itu pada jam 3.20 petang disambut Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali dan Pengarah Eksekutif ISG International Airport Investment Development and Operation Inc dan LGM Airport Operations Trade and Tourism Inc, Datuk Azmi Murad.
Syarikat itu akan melakukan penerbangan di laluan Vladikavkaz-Istanbul dua kali seminggu iaitu pada setiap Rabu dan Ahad.
UTair akan beroperasi menggunakan pesawat Boeing 737 dengan kapasiti 148 tempat duduk.
Dania Zainuddin
Wed Nov 29 2017
UTair akan melakukan penerbangan di laluan Vladikavkaz-Istanbul sebanyak dua kali seminggu. - Astro AWANI / DANIA ZAINUDDIN
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
COVID-19: Pesawat tersadai di darat, tak ubah seperti burung patah sayap
Pemilik terpaksa menanggung pelbagai kos penyimpanan, pengendalian dan pengurusan menanti masa ruang udara dibuka semula.
Pesawat Lion Air tergelincir ketika hujan lebat
Pesawat tambang murah Indonesia, Lion Air tergelincir dari landasan disebabkan hujan lebat ketika sedang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio di Pontianak, Indonesia pada Sabtu.