Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup menjadi antara intipati utama kerajaan pada pembentangan Bajet 2019, yang dijadualkan bulan depan.
Kebanyakan mereka berpendapat isu berkenaan saling berkait dan ekonomi diri boleh diperbaiki jika dua perkara berkenaan dapat ditingkatkan.
Lepasan Universiti Malaysia Sabah Nur Khairunnisa Omar Baki, 23, berkata beliau berharap lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan khususnya di luar bandar, bagi memberi lebih pilihan kepada belia.
Mengambil contoh dirinya yang akan bergraduasi pada November depan, Nur Khairunnisa berharap dapat bekerja di Kemaman, Terengganu supaya boleh melaksanakan tanggungjawab menjaga keluarga selaku anak sulung.
"Jika dapat bekerja di tempat asal, perbelanjaan seperti menyewa bilik boleh dijimatkan dan digunakan untuk tujuan lain seperti membantu persekolahan adik-adik kerana ayah seorang sahaja yang bekerja sebagai pemandu lori.
"... apatah lagi gaji permulaan pada masa kini juga tidak begitu tinggi. Saya berharap gaji minimum boleh dinaikkan kerana kami juga perlu membayar pinjaman pendidikan selepas bergraduasi," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Pekerja swasta Amir Rozaini Ahmad Rani, 38 tahun, juga berharap lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan supaya anak muda tidak perlu berhijrah ke bandar besar yang sudah pasti lebih tinggi kos hidupnya.
Katanya, kos sara hidup juga memerlukan perhatian khusus daripada kerajaan termasuk dalam pemberian subsidi minyak kerana perubahan harga bahan api itu memberikan kesan kepada harga barangan lain.
"Kerajaan juga diminta untuk memberi perhatian kepada sistem pengangkutan awam kerana sistem pengangkutan yang efektif dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakannya.
"Ini salah satu cara untuk berjimat selain dapat membantu mengurangkan kesesakan jalan raya dan menjaga alam sekitar," katanya.
Sebagai penduduk Kuantan, Amir Rozaini juga berharap kerajaan akan meneruskan rancangan pembinaan blok baharu wad wanita dan kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, ekoran kesesakan yang dialami sekarang.
Katanya, pengumuman itu telah dibuat oleh kerajaan terdahulu pada Bajet 2018 dan beliau berharap perkara tersebut diberi perhatian oleh kerajaan sekarang kerana ia adalah untuk kebaikan rakyat.
"Jika ke HTAA, boleh dilihat terlalu ramai pesakit sehingga ada yang perlu ditambah katil. Kesesakan juga menyebabkan berlaku masalah parkir sehingga ada yang meletak kenderaan di jalan besar," katanya.
Anak jati Balok di sini, Shamim Junaidi (eng:he), 30 tahun, berharap kerajaan memperhalusi isu perumahan bagi membolehkan golongan belia membeli rumah pada usia muda yang supaya boleh menikmati tempoh bayaran balik yang lebih panjang.
Beliau yang bekerja dengan syarikat telekomunikasi berharap kerajaan dapat memberi 'berita gembira' kepada rakyat menerusi Bajet 2019 seperti diskaun tol dan pilihan potongan lebih mampu dalam pinjaman pendidikan.
"Kalau tidak boleh berikan diskaun dalam jumlah yang banyak, jumlah yang sedikit juga boleh membantu rakyat yang mungkin kerap perlu menggunakan tol untuk ke tempat kerja setiap hari," katanya.
Bernama
Thu Oct 25 2018

Kerajaan diminta untuk memberi perhatian kepada sistem pengangkutan awam kerana sistem pengangkutan yang efektif dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakannya. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Isu pekerjaan, kos sara hidup harapan generasi muda
Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup menjadi antara intipati utama kerajaan pada pembentangan Bajet 2019, yang dijadualkan bulan depan.