Sabah dan Sarawak akan menjadi peneraju dalam industri biomas bernilai tinggi sekali gus meletakkan negara sebagai Hab Pemprosesan Biomas utama bagi Asia Tenggara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia juga bakal mewujudkan lebih 55,000 peluang kerja baharu selain lebih RM8 bilion Pendapatan Negara Kasar (GNI) serta peluang pelaburan yang menguntungkan.
"Pada saat kejatuhan harga komoditi global, kita tidak boleh menghentikan pembangunan industri baharu yang memberi keuntungan jangka masa panjang kepada negara.
"Kita mesti terus bekerja lebih keras terutama di kalangan agensi-agensi kerajaan dan pemegang kepentingan utama," katanya semasa berucap pada majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Industri Biomas Sabah dan Sarawak (SBIDP) di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Len Thalif Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah.
Pelan biomas itu telah dibangunkan bersama Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah (MID) dan Unit Perancang Negeri Sarawak (SPU).
Biomas dijangka menyumbang jumlah tambahan sebanyak RM30 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar negara melalui penggunaan mampan biomas dengan aktiviti hiliran yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi di dalam sektor minyak kelapa sawit.
Kata Najib, pembangunan biomas di Sabah tertumpu di tiga lokasi iaitu Lahad Datu, Sandakan dan Tawau manakala di Sarawak tertumpu di Bintulu, Miri, Tanjung Manis dan Kuching.
"Sabah mempunyai ladang kelapa sawit terbesar dan aktiviti perlombongan yang menjana jumlah biomas besar setiap tahun. Jika 4.8 juta tan bahan mentah biomas dari kelapa sawit digunakan, ia mampu menjana RM3.2 bilion tambahan kepada pendapatan negara kasar (GNI) dan RM13.5 juta peluang pelaburan baru serta mewujudkan lebih 25,000 pekerjaaan.
"Sementara pembangunan industri biomas di Sarawak mampu menjana tambahan RM4.8 bilion kepada GNI, mewujudkan 30,000 pekerjaan baru dan RM18 bilion peluang pelaburan kepada negeri menerusi rangkaian nilai enam juta tan sumber biomas," ujarnya.
Malaysia dijangka menghasilkan antara 80 sehingga 100 juta tan biomas setiap tahun dari 2011 sehingga 2020.
Sejak pelancaran Strategi Biomas Nasional 2020 (NBS 2020) pada tahun 2011, negara telah menjadi pilihan di peringkat global sebagai salah satu lokasi yang paling menarik dan berpotensi di rantau ini untuk pelaburan dalam industri berasaskan biomas.
NBS telah dibangunkan oleh AIM dengan kerjasama dengan pihak berkepentingan utama daripada kerajaan, industri dan akademia yang menekankan pembangunan seimbang industri keseluruhan aktiviti hiliran yang terdiri daripada biotenaga, palet, bahan api bio, biokimia dan beberapa produk akhir lain.
Wan Syamsul Amly
Thu Feb 25 2016

NAJIB: Pada saat kejatuhan harga komoditi global, kita tidak boleh menghentikan pembangunan industri baharu yang memberi keuntungan jangka masa panjang kepada negara. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

'Jadikan negara peneraju industri biomas Asia Tenggara' - Najib
Sabah dan Sarawak akan menjadi peneraju dalam industri biomas bernilai tinggi sekali gus meletakkan negara sebagai Hab Pemprosesan Biomas utama bagi Asia Tenggara.