KUALA LUMPUR: Jentayu Sustainables Bhd menjelaskan bahawa ia tidak menyedari sebarang perkembangan korporat berkaitan perniagaan dan hal ehwalnya termasuk sebarang cadangan dalam peringkat rundingan atau perbincangan, yang mungkin menyumbang kepada aktiviti dagangan dalam sahamnya.
Syarikat itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia mengaku tidak mengetahui sebarang khabar angin atau laporan yang boleh dipercayai mengenai perniagaan dan hal ehwal berkaitan kumpulan yang mungkin menyumbang kepada aktiviti dagangan.
"Lembaga tidak menyedari sebarang khabar angin atau laporan mengenai perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang mungkin menyumbang kepada aktiviti pasaran yang luar biasa.
"Lembaga tidak mengetahui sebarang penjelasan yang mungkin bagi menjelaskan aktiviti dagangan, selain daripada penyempurnaan pelaksanaan penempatan persendirian syarikat baru-baru ini, yang mungkin telah meningkatkan aktiviti dagangan dalam kalangan pelabur," katanya dalam jawapan kepada pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) Bursa Malaysia Securities Bhd.
Di samping itu, Jentayu Sustainables berkata syarikat itu telah mematuhi Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR) Bursa Securities, khususnya, Perenggan 9.03 MMLR mengenai kewajipan pendedahan serta-merta.
Jentayu Sustainables telah menerima pertanyaan UMA mengenai perkara yang terkait dengan kejatuhan dalam sekuriti harga semalam.
Sementara itu, Mercury Securities Group Bhd dan Artroniq Bhd juga telah dikeluarkan pertanyaan UMA oleh Bursa Malaysia mengenai penurunan mendadak harga saham mereka, yang mana kedua-dua kaunter mencapai had ke bawah semalam.
"Pelabur dinasihatkan untuk mengambil perhatian terhadap jawapan syarikat kepada pertanyaan UMA, yang akan berada di laman web Bursa Malaysia di bawah pengumuman syarikat dalam membuat keputusan pelaburan mereka," kata pengendali pasaran itu dalam satu pengumuman semalam.
Syarikat-syarikat berkenaan telah diminta untuk mendedahkan sebarang perkembangan korporat yang berkaitan dengan perniagaan serta hal ehwal mereka yang belum diumumkan yang mungkin menyumbang kepada aktiviti perdagangan termasuk yang dalam peringkat rundingan atau perbincangan.
Mercury Securities dan Artroniq juga diminta mendedahkan jika terdapat sebarang khabar angin atau laporan mengenai perniagaan serta hal ehwal syarikat yang mungkin boleh diambil kira sehingga menyumbang kepada aktiviti perdagangan itu.
Bursa Malaysia juga bertanya kepada syarikat-syarikat ini jika ia mengetahui sebarang penjelasan lain yang mungkin memberi kesan ke atas aktiviti perdagangan tersebut dan sama ada mereka telah mematuhi Keperluan Penyenaraian Bursa Securities (LR), khususnya, Perenggan 9.03 Bursa Securities LR mengenai kewajipan pendedahan segera.
"Sila ambil perhatian bahawa kandungan pengumuman mesti disahkan oleh lembaga pengarah syarikat, dan pengumuman itu mesti sampai ke Bursa Securities dengan segera melalui Bursa LINK," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024

Jentayu Sustainables berkata syarikat itu telah mematuhi Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities, khususnya, Perenggan 9.03 MMLR mengenai kewajipan pendedahan serta-merta. - Facebook Jentayu Sustainables

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.