TOKYO: Jepun bersedia untuk campur tangan sekali lagi dalam pasaran mata wang jika perlu dan terus memantau pasaran dengan lebih teliti, lapor Xinhua.
Menteri Kewangannya Shunichi Suzuki memberitahu media bahawa kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga berhubung pergerakan yen terhadap dolar AS dan "sangat bimbang mengenai pergerakan pantas nilai yen."
Kenyataan itu dikeluarkan susulan belian yen Jepun, operasi penjualan dolar pada Khamis lalu, yang pertama sejak 1998.
Operasi itu dilakukan berikutan Bank of Japan (BOJ) mengekalkan dasar monetari yang sangat longgar, dengan Gabenor Haruhiko Kuroda berkata tidak mungkin BOJ akan menaikkan kadarnya dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
"Kami mengambil tindakan sewajarnya terhadap turun naik berlebihan yang didorong oleh spekulator. Campur tangan itu memberi kesan tertentu.
"Tiada perubahan mengenai pendirian kami dan kami akan mengambil tindakan selanjutnya jika perlu," kata Suzuki.
Akibat campur tangan itu, nilai satu dolar jatuh ke paras 140 yen selepas melepasi kadar 145 yen. Pada Isnin, nilai satu dolar didagangkan sekitar 144 yen.
Penganalisis meragui sama ada campur tangan pasaran Jepun mempunyai sebarang kesan untuk mengatasi nilai dolar berbanding yen, berikutan jurang kadar faedah yang semakin meningkat antara BOJ dan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Fed, berbeza dengan BOJ, telah menaikkan kadarnya secara agresif untuk memerangi inflasi yang melambung tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022

Kerajaan Jepun mengambil langkah berjaga-jaga berhubung pergerakan yen terhadap dolar AS dan "sangat bimbang mengenai pergerakan pantas nilai yen." - Gambar/ Reuters

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Jepun sedia campur tangan sekali lagi dalam pasaran mata wang
Jepun bersedia untuk campur tangan sekali lagi dalam pasaran mata wang jika perlu dan terus memantau pasaran dengan lebih teliti, lapor Xinhua.