Larangan sepenuhnya telah dikuatkuasakan ke atas telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 dalam semua penerbangan Qantas dan Jetstar mulai 16 Okt.
Samsung Galaxy Note 7 dilarang dibawa dalam semua penerbangan berkuat kuasa 12:01 tengah malam Ahad, kata Jetstar dalam kenyataan dikeluarkan di sini, pada Sabtu.
"Ini berikutan kebimbangan berhubung risiko kebakaran daripada bateri telefon itu selepas beberapa insiden di seluruh dunia dan susulan larangan dikenakan oleh badan pengawalan di luar negara," katanya.
Jetstar berkata larangan itu terpakai di dalam pesawat, dalam bagasi bimbit serta bagasi didaftar masuk.
"Peranti Samsung yang lain tidak tertakluk dengan larangan itu," katanya.
Jetstar, subsidiari milik penuh Qantas, ialah syarikat penerbangan tambang rendah Australia yang beribu pejabat di Melbourne.
Qantas, menerusi Jetstar Group, juga memiliki saham dalam anak syarikat seperti Jetstar Asia Airways, syarikat penerbangan tambang rendah berpangkalan di Singapura.
Jetstar Asia menawarkan perkhidmatan bagi laluan ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Kenyataan itu merupakan makluman terkini susulan dasar Qantas Group sebelum ini membenarkan Samsung Galaxy Note 7 dibawa dalam penerbangan dengan syarat ia dimatikan.
"Syarat itu kini telah diperluaskan kepada larangan sepenuhnya," kata Jetstar. - BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2016
![Jetstar dan Qantas haramkan penggunaan Samsung Galaxy Note 7 Jetstar dan Qantas haramkan penggunaan Samsung Galaxy Note 7](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61473758696_SamsungGalaxyNote.jpg)
Samsung Galaxy Note 7 dilarang dibawa dalam semua penerbangan berkuat kuasa 12:01 tengah malam Ahad, kata Jetstar dalam kenyataan dikeluarkan di sini, pada Sabtu. - Gambar fail
AWANI Pagi: Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-43 tahun 2025
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Almirulita Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) berhubung Sambutan Hari Kastam Sedunia yang akan berlangsung 10 Februari ini.
[TERKINI] Helikopter terhempas di Jalan KL-Bentong, korban jiwa direkodkan
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur, Bentong sebentar tadi.
![Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam' Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738652386_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerugian RM220,000 selepas terperdaya dengan 'phone scam' yang menyamar sebagai wakil Kementerian Kesihatan dan pegawai polis.
![Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738816670_TBHELIKOPTERTERHEMPA.jpg)
Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong sebentar tadi.
Polis banteras 19 premis judi, 10 dipotong elektrik di serdang
Polis Daerah Serdang bertindak tegas terhadap kegiatan perjudian haram dengan menjalankan operasi ke atas 19 premis sejak Julai 2024 hingga Januari tahun ini.
'Bagi alasan datang mahu lepas rindu'
Pintu besi dan laluan tangga sunyi yang dijaga lelaki di hadapan bangunan rumah kedai di Jalan Pudu, ibu negara rupanya berselindung dengan menawarkan aktiviti pelacuran wanita asing.
WCO permudah pelepasan Kastam
Organisasi Kastam Dunia (WCO) memainkan peranan penting dalam memastikan proses pelepasan kastam di Malaysia berjalan lancar dan efisien, kata Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Almirulita Mohd Yusoff.
Beliau menegaskan bahawa pegawai kastam barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menafsir cukai serta mengklasifikasikan barangan dengan tepat.
Beliau menegaskan bahawa pegawai kastam barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menafsir cukai serta mengklasifikasikan barangan dengan tepat.
Bumbung pusat dialisis hospital lati runtuh
Bumbung pusat dialisis Hospital Lati, Pasir Mas, runtuh secara tiba-tiba tengah malam tadi. Tiada kecederaan dilaporkan. Siasatan awal diserahkan kepada JKR untuk tindakan lanjut.
Pembantu kanan Trump pertahan cadangan Gaza
Pembantu kanan Presiden Donald Trump mempertahankan cadangannya untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan membenarkan Amerika Syarikat mengambil alih wilayah yang musnah akibat perang.
Namun, mereka menarik balik beberapa elemen selepas menerima kecaman antarabangsa.
Namun, mereka menarik balik beberapa elemen selepas menerima kecaman antarabangsa.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
![50 kakitangan Qantas, Jetstar positif COVID-19 50 kakitangan Qantas, Jetstar positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81585969657_Qantas.jpg)
50 kakitangan Qantas, Jetstar positif COVID-19
Lapan juruterbang dan 19 krew pesawat antara mangsa positif COVID-19.
![Cermin kokpit retak, pesawat berpatah balik selepas terbang 3 jam Cermin kokpit retak, pesawat berpatah balik selepas terbang 3 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61470555259_JetstarFlights.jpg)
Cermin kokpit retak, pesawat berpatah balik selepas terbang 3 jam
Insiden berlaku selepas 3 jam pesawat berada di udara dalam penerbangan yang sepatutnya mengambil masa 7 jam.
![Jetstar dan Qantas haramkan penggunaan Samsung Galaxy Note 7 Jetstar dan Qantas haramkan penggunaan Samsung Galaxy Note 7](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61473758696_SamsungGalaxyNote.jpg)
Jetstar dan Qantas haramkan penggunaan Samsung Galaxy Note 7
Larangan sepenuhnya telah dikuatkuasakan ke atas telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 dalam semua penerbangan Qantas dan Jetstar mulai 16 Okt.
![Larangan sepenuhnya Samsung Note 7 dalam penerbangan Qantas dan Jetstar Larangan sepenuhnya Samsung Note 7 dalam penerbangan Qantas dan Jetstar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61476149338_SamsungNote.jpg)
Larangan sepenuhnya Samsung Note 7 dalam penerbangan Qantas dan Jetstar
Larangan sepenuhnya telah dikuatkuasakan ke atas telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 dalam semua penerbangan Qantas dan Jetstar mulai 16 Okt.
![Pesawat Jetstar dilencong ke Guam selepas enjin dimatikan Pesawat Jetstar dilencong ke Guam selepas enjin dimatikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61470555259_JetstarFlights.jpg)
Pesawat Jetstar dilencong ke Guam selepas enjin dimatikan
Pesawat enjin berkembar Dreamliner JQ12 Boeing 787 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita ke Gold Coast itu mendarat di kawasan pulau Guam di Pasifik, Amerika Syarikat pada pagi Ahad.