JOHOR BAHRU: Johor Corporation (JCorp) menerusi kerjasama strategik dengan JLand Group Sdn Bhd's (JLG) telah mengumpulkan pelaburan bernilai RM45.6 bilion tahun lalu.
Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata pelaburan itu dicapai melalui beberapa kerjasama strategik yang diwujudkan dengan pemain merentas industri yang terkenal di rantau ini dan di peringkat global.
"Perkongsian ini merangkumi sektor berpotensi yang mencatatkan pertumbuhan tinggi seperti logistik, pusat data dan tenaga boleh diperbaharui, hanya namakan beberapa sektor sahaja.
"Lebih menarik, ini hanya isyarat permulaan dan akan lebih banyak lagi untuk JLG apabila kami menggerakkan pertumbuhan yang pelbagai dan pelaburan bernilai tinggi melalui usaha niaga tempatan, serantau dan antarabangsa," katanya dalam ucapannya pada pelancaran JLG- 'Masa Depan Hartanah. Membayangkannya Semula' di sini pada Selasa.
Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Syed Mohamed, yang juga Pengerusi JLG berkata, syarikat itu telah mengenal pasti pelaburan masa depan dan inisiatif berpotensi yang akan mengukuhkan lagi jejaknya dalam ekonomi baharu.
"Dalam komitmen kami untuk memperkukuh kemajuan negara ke arah ekonomi digital, kami juga akan meneroka pelaburan infrastruktur ke dalam rangkaian gentian untuk mengembangkan ketersambungan data merentasi timur ke barat Semenanjung Malaysia," katanya.
Beliau berkata sektor tenaga boleh diperbaharui turut mewujudkan potensi pelaburan yang sangat besar.
"Selaras dengan agenda kemampanan kami, kami diberi tanggungjawab dalam pembangunan projek tenaga hijau dan bersih seperti ladang solar berskala besar dan loji penjanaan bersama untuk pengeluaran tenaga industri, pelaburan dalam stesen pengecas kenderaan elektrik untuk kegunaan komersial, serta panel solar di atas bumbung untuk pembangunan kediaman," katanya.
Pelancaran JLG semalam berikutan dengan strategi transformasi JCorp untuk menyelaraskan aktiviti perniagaan dan penawaran perkhidmatan anak syarikatnya, yang mana JLG telah muncul sebagai syarikat pemegangan pelaburan untuk memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat bagi usaha niaga hartanah yang strategik dan mampan di rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023

Pelancaran JLG 'Masa Depan Hartanah. Membayangkannya Semula' dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (tengah) pada Selasa. - Foto JLand Group Sdn Bhd

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Untung selepas cukai JCorp melonjak lebih 100 peratus kepada RM808 juta bagi tahun kewangan 2022
Pertumbuhan cemerlang itu disokong oleh peningkatan perolehan kumpulan sebanyak 12 peratus iaitu melonjak kepada RM5.7 bilion.

JLand Group kumpul pelaburan RM45.6 bilion pada 2022
Pelaburan itu dicapai melalui beberapa kerjasama strategik yang diwujudkan dengan pemain merentas industri yang terkenal di rantau ini.

JCorp, Sojitz teroka kerjasama inisiatif nyahkarbon di Johor
Kerjasama itu menandakan satu mercu jaya penting dalam usaha kumpulan memulakan perjalanan mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050.

JCorp catat keuntungan selepas cukai melebihi 100 peratus kepada RM379 juta bagi tahun kewangan 2021
Pencapaian itu bersandarkan jumlah pendapatan sebanyak RM5.13 bilion, peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding RM4.3 bilion sebelumnya.

Johor disaran buat saringan COVID-19 secara besar-besaran
Inisiatif itu boleh dilaksanakan menerusi kerjasama penyedia penjagaan kesihatan KPJ Healthcare yang dimiliki Johor Corporation Bhd (JCorp) iaitu anak syarikat negeri.

JCorp kenal pasti potensi pelaburan bernilai RM17.4 bilion bagi Taman Perindustrian Pengerang
Potensi pelaburan itu antara lainnya melibatkan operasi kompleks aromatik, loji petrokimia serta perkhidmatan sokongan.

Kamaruzzaman bersara sebagai Presiden, Ketua Eksekutif Jcorp berkuat kuasa 31 Dis
Jawatan Kamaruzzaman akan dipangku naib presiden bahagian tanggungjawab korporat JCorp, Bukhari Abdul Rahman.

Bekas CEO JCorp Tan Sri Muhammad Ali Hashim meninggal dunia akibat kanser
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Tan Sri Muhammad Ali Hashim meninggal dunia di ibu negara hari ini.

Nilai aset JCorp yang diwakaf meningkat kepada RM814 juta setakat 2016
Nilai aset Johor Corporation (JCorp) yang diwakafkan untuk masyarakat sehingga tahun lalu telah berkembang kepada RM814 juta berbanding hanya RM250 juta pada 2000.

JCorp bawa pelaburan bandar robotik bernilai RM15 bilion ke Johor
JCorp memeterai Perjanjian Hasrat Kerjasama dengan Siasun Robot Investment Co. Ltd untuk membangunkan tanah seluas 404 hektar bagi projek Robotic Future City bernilai RM15 bilion.