KUALA LUMPUR: Unjuran pendapatan sesaham (EPS) Gas Malaysia Bhd. bagi tahun kewangan 2022 (FY22) dikurangan sebanyak 0.3%, setelah CGS-CIMB mengambil kira pelaksanaan Cukai Makmur.
Bagaimanapun, unjuran EPS bagi FY21 dan FY23 masing-masing dinaikkan sebanyak 9% dan 7% yang mencerminkan margin kasar yang tinggi daripada kecekapan operasi dan perniagaan yang tidak dikawal.
Penganalisisnya, Ngo Siew Teng berkata, saham Gas Malaysia masih kekal dengan saranan 'tambah' yang menggambarkan pendapatan stabil dan dividen lebih baik sebagai pemangkin kepada penarafan semula.
"Harga sasaran (TP) turut disemak lebih tinggi kepada RM2.99 berbanding RM2.97 sebelum ini, memandangkan kami melancarkan TP kami pada akhir FY22 dan penilaian bagi FY23," katanya dalam nota kajian hari ini.
Gas Malaysia mengumumkan laporan kewangan bagi suku ketiga berakhir 30 September 2021, Jumaat lalu, yang menyaksikan untung bersihnya meningkat kepada RM62.36 juta daripada RM50.91 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lalu.
Pendapatan, bagaimanapun, meurun kepada RM1.38 bilion daripada RM1.72 bilion sebelum ini sejajar dengan purata tarif gas asli dan jumlah penjualan gas asli yang lebih rendah, dikurangkan oleh pengiktirafan pelarasan had perolehan pada suku tahun semasa.
Bagi tempoh kumulatif 9 bulan berakhir 30 September 2021, ia merekodkan untung bersih sebanyak RM180.33 juta daripada RM143.39 juta bagi tempoh sama sebelum itu. Sebaliknya, pendapatan susut kepada RM3.91 bilion berbanding RM4.87 bilion.
"Pendapatan teras bagi tempoh 9 bulan Gas Malaysia adalah melebihi jangkaan, pada 87% daripada anggaran tahun penuh kami dan 81% daripada anggaran konsensus Bloomberg disebabkan margin kasar yang lebih tinggi dan kos kewangan lebih rendah daripada jangkaan," katanya.
Siew Teng berkata, pengeluar produk berasaskan getah dan pengguna merekodkan jualan gas terbesar bagi Gas Malaysia pada suku ketiga.
Katanya, syarikat menyasarkan untuk memperoleh 50 pelanggan baharu perindustrian pada FY21 dan telah memperoleh 34 pelanggan baharu dalam tempoh 9 bulan.
"Gas Malaysia menjangkakan jualan gas akan kembali pulih pada suku keempat berbanding suku sebelumnya, berikutan pembukaan semula ekonomi.
"Ia juga menjangkakan margin kasar akan kekal stabil selepas pasaran gas tempatan diliberalisasikan sepenuhnya pada 2022, memandangkan kelebihan daya saingnya dari segi kos gas yang rendah berbanding pesaing disebabkan skala perniagaannya," jelasnya.
Setakat 11 pagi ini, harga saham Gas Malaysia menokok 2 sen atau 0.74% kepada RM2.71 dengan 7,700 saham diniagakan.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Tue Nov 23 2021

Unjuran pendapatan sesaham (EPS) Gas Malaysia Bhd. bagi tahun kewangan 2022 (FY22) dikurangan sebanyak 0.3%, setelah CGS-CIMB mengambil kira pelaksanaan Cukai Makmur. -Dagang News

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pendapatan Gas Malaysia susut disebabkan kelemahan dalam volum jualan gas asli
Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd susut kepada RM383.40 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 (TK2023) berbanding RM389.54 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya.

Untung bersih Gas Malaysia melonjak kepada RM107.34 juta pada suku kedua
Prestasi ini didorong terutama oleh keuntungan kasar dan pendapatan kewangan lebih tinggi serta kos kewangan lebih rendah.

Gas Malaysia catat untung, hasil lebih tinggi pada suku pertama
Gas Malaysia turut mengumumkan dividen akhir sebanyak 6.87 sen sesaham berjumlah lebih RM88 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2021, akan dibayar pada 27 Julai, 2022.

Jualan gas dijangka pulih Q4, CGS-CIMB kekal saranan 'tambah' ke atas Gas Malaysia
Unjuran EPS bagi FY21 dan FY23 masing-masing dinaikkan sebanyak 9% dan 7% yang mencerminkan margin kasar yang tinggi daripada kecekapan operasi dan perniagaan yang tidak dikawal.

Semakan tarif gas asli untuk sektor bukan tenaga mulai 1 Januari 2017
Gas Malaysia Bhd telah menerima kelulusan kerajaan untuk melaksanakan semakan tarif gas asli untuk sektor bukan tenaga di Semenanjung Malaysia mulai 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2019.