KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan di Malaysia melonjak kepada 66,614 unit pada Ogos tahun ini berbanding 17,923 unit pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Menurut persatuan itu dalam kenyataan hari ini, jumlah keseluruhan industri bagi Ogos 2022 naik 36 peratus daripada Julai 2022 (48,922 unit) berikutan memenuhi tempahan daripada syarikat kereta yang diterima sebelum 30 Jun, 2022.
Katanya jumlah jualan setakat tahun ini bagi Ogos 2022 meningkat 63 peratus kepada 447,209 unit berbanding 274,600 unit dalam tempoh sama pada 2021.
Jualan kenderaan penumpang melonjak kepada 59,769 unit pada Ogos 2022 berbanding 15,475 unit pada Ogos 2021 dan jualan kenderaan komersial naik kepada 6,845 unit pada bulan tersebut daripada 2,448 unit sebelum ini, menurut MAA.
Dari segi jumlah pengeluaran, persatuan itu berkata sejumlah 69,378 unit kenderaan dikeluarkan pada Ogos 2022 berbanding 13,961 unit pada bulan sama tahun lepas.
Katanya pengeluaran kenderaan penumpang melonjak kepada 64,282 unit pada Ogos 2022 berbanding 12,897 unit pada Ogos 2021 manakala pengeluaran kenderaan komersial meningkat kepada 5,096 unit daripada 1,064 unit sebelum ini.
Mengenai prospek bagi September 2022, MAA menjangkakan jumlah jualan akan kekal sama seperti paras pada Ogos 2022 berikutan kekurangan cip dan komponen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022

Jumlah keseluruhan industri bagi Ogos 2022 naik 36 peratus daripada Julai 2022 (48,922 unit) berikutan memenuhi tempahan daripada syarikat kereta yang diterima sebelum 30 Jun, 2022. - Gambar hiasan
Malaysia harus percepatkan pertumbuhan produktiviti
Produktiviti Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan bagaimanapun tidak cukup pantas terutamanya jika dibandingkan dengan negara lain yang pernah berada pada kedudukan sama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Februari 2025
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen #BersamaDiRamadanRaya sempena musim perayaan
Inisiatif musim perayaan itu berlangsung selama lapan minggu dengan merubah platform tersebut menjadi hab yang meriah dengan reka bentuk baharu.
AWANI Pagi: Merancang kewangan 2025: Persiapan raya dan keperluan sekolah
Tahun ini, cabaran besar menanti keluarga apabila musim persekolahan bertembung dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.

Boikot berterusan Starbucks, Maybank IB potong unjuran pendapatan Berjaya Food RM95 juta pada FY25
Katanya, kerugian bersih teras kumpulan pada 2QFY25 sebanyak RM31 juta menjadikan kerugian bersih teras 1HFY25 kepada RM65 juta.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

Jumlah jualan kenderaan baharu dijangka turun kepada 755,000 unit pada 2025 - CIMB Securities
Penurunan itu dipengaruhi beberapa faktor seperti penyasaran subsidi petrol RON95 dan semakan semula kaedah perkiraan nilai pasaran terbuka.

Jualan kenderaan baharu Oktober Malaysia susut empat peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut empat peratus kepada 69,859 unit pada Oktober 2024 berbanding 76,173 unit yang dicatatkan semasa bulan yang sama tahun sebelum ini.

Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan
Proton X70 telah menjadi kegemaran ramai dengan jualan lebih 1,000 hingga hampir 2,000 unit sebulan.

MITI jangka pelaksanaan e-invois tidak jejas jualan kenderaan tahun ini
MITI menjangka pelaksanaan e-invois yang dijadualkan bermula secara berperingkat pada Ogos depan tidak akan memberi impak kepada jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) pada tahun ini.

Proton capai pengeluaran lima juta unit kenderaan dalam tempoh 41 tahun
Proton X90 Flagship adalah kenderaan yang mencatat rekod sebagai unit kelima juta.

Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment
Katanya, kumpulan berpendapatan rendah masih dijangka menerima subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi mungkin tidak begitu terkesan.

ASEAN terus catat pertumbuhan EV, pasaran global perlahan
ASEAN menyumbang sebanyak 6.2 peratus dari segi bahagian jualan kereta FE dengan enam pasaran pada 2023 berbanding 1.6 peratus pada 2022.

Proton kekalkan kedudukan jualan dengan 12,666 unit terjual pada Mac
Proton Holdings Bhd mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 12,666 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Mac.

Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.

Prospek jualan kenderaan lemah pada 2024, sektor automotif kekal 'neutral' - AmInvestment
Bagi tempoh 11 bulan tahun ini, sektor itu merekodkan jualan sebanyak 715,849 unit.