KUALA LUMPUR:Proton Holdings Bhd telah menjual sebanyak 5,964 unit kenderaan kepada pelanggan pada Januari 2021, menyusut 29.9 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas.
Syarikat itu berkata pegangan pasaran dianggarkan pada tahap 18.5 peratus iaitu kira-kira 1.0 peratus lebih rendah berbanding Januari 2020.
"Bagaimanapun, kadar jualan itu mencerminkan ketidakbolehan pengeluaran kenderaan untuk memenuhi permintaan dan bukannya pengurangan tempahan," katanya dalam satu kenyataan.
Model paling laris Proton pada Januari adalah Proton Saga dengan sejumlah 2,583 unit telah dihantar kepada pembeli, menjadikannya sedan segmen-A kedua paling popular.
Proton X70 dan Proton X50 pula kekal di tangga teratas SUV segmen-C dan SUV segmen-B (lima tempat duduk) walaupun jumlah yang didaftar berkurangan kepada 892 unit dan 1,082 unit.
Bagi Proton X50, sebanyak 4,809 unit sudah dihantar kepada penempah semenjak dilancarkan pada 27 Okt, 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata bulan Januari adalah bulan yang agak sukar bagi industri otomotif Malaysia.
Harapan tinggi momentum yang dibina pada akhir tahun lepas akan dibawa ke tahun baharu ini, terutamanya selepas pengumuman insentif PENJANA akan kekal sehingga akhir Jun tahun ini.
Malangnya, pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua telah menghampakan harapan itu.
*Namun demikian, Proton dan ahli-ahli lain industri otomotif menyokong sepenuhnya langkah yang diambil kerajaan untuk mengawal kadar jangkitan.
''Keselamatan semua rakyat Malaysia perlu diutamakan dan syarikat-syarikat perlu menukar strategi jika ingin mencapai matlamat dalam keadaan pasaran yang telah berubah," kata beliau.
Roslan menambah walaupun buku pesanan Proton masih penuh dengan tempahan sejak akhir tahun lalu, syarikat perlu bekerja keras untuk pengeluaran menepati kadar permintaan.
Sebagai industri yang bergantung kepada rantaian bekalan global, syarikat otomotif akan terjejas jikalau ada kelewatan penghantaran bahagian kerana ini akan memberi kesan buruk kepada barisan pengeluaran mereka, jelasnya.
"Langkah-langkah seperti PKP telah memberi kesan kepada jumlah pelanggan yang datang ke bilik pameran, tetapi Proton boleh menerima tempahan atas talian untuk meningkatkan jualan kami.
"Bagaimanapun, talian bekalan kami telah terjejas oleh koronavirus untuk beberapa bulan lepas dan ini menyukarkan kami untuk membina kenderaan kerana bekalan bahagian tidak konsisten.
"Situasi ini turut dihadapi oleh semua pengeluar kenderaan semenjak tahun lepas tetapi kami berharap ketibaan vaksin akan menstabilkan keadaan ini pada pertengahan tahun," kata Roslan.
Walaupun terdapat kelewatan, Proton berhasrat untuk meneruskan rancangan pelancaran produknya untuk tahun 2021 dalam usaha meningkatkan penjualan di dalam dan luar negara.
*Buat masa ini, Proton akan mengikuti jadual pelancaran produk. Kami akan melancarkan beberapa produk yang menarik tahun ini," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 03 2021

Proton X70 dan Proton X50 kekal di tangga teratas SUV segmen-C dan SUV segmen-B (lima tempat duduk) walaupun jumlah yang didaftar berkurangan kepada 892 unit dan 1,082 unit. - Gambar fail
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.

Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.

Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.

Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.

Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.

Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan
Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikannya berada di tempat kedua sekali lagi.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.

Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.

Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan
Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).

Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.

Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.