Jualan Proton meningkat 13 peratus kepada 5,083 unit pada Oktober 2017 daripada 4,498 unit pada bulan sebelumnya.
Bagi Januari-Oktober 2017, ia mencatat kenaikan jualan 6.0 peratus kepada 61,380 unit daripada57,734 unit pada tempoh yang sama 2016.
Dalam kenyataan hari ini, Proton berkata kereta model Saga dan Persona menjadi pilihan utama dan terus menguasai aliran itu, serta menyumbang 70 peratus kepada jualan kereta keseluruhan, dengansebanyak 26,343 unit Saga dan 16,833 unit Persona telah terjual.
"Persona, selepas pelancarannya, menyaksikan peningkatan 57.5 peratus setakat ini dengan 16,833 unit telah dijual berbanding 10,687 unit pada tempoh yang sama tahun lepas.
"Evolusi ke atas Persona generasi baharu itu menarik perhatian peminat Proton memandangkan kereta itu tidak hanya ditampilkan serba baharu, malah ruang simpanan barang berkapasiti 510 liter menjadikan ia pilihan popular dalam kalangan pelbagai pelanggan," menurut Proton.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2017

Bagi Januari-Oktober 2017, Proton mencatat kenaikan jualan 6.0 peratus kepada 61,380 unit daripada57,734 unit pada tempoh yang sama 2016. - Gambar fail/REUTERS
Kerjasama Sabah-Labuan tingkat kemasukan pelancong
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mengesahkan komitmen masing-masing untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.
Gaji adil selaras pendidikan keutamaan rakyat Sabah
Hasil kajian aspirasi pencari kerja di Sabah yang dijalankan DOSM dari Januari hingga Disember 2024 menekankan kepentingan gaji yang adil selaras dengan kelayakan pendidikan.
GRS yakin memerintah Sabah sekali lagi – Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor yakin memperoleh mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
ASEAN 2025 | 25 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
RM95 juta bina sekolah antarabangsa Islam pertama Sarawak
Sarawak memperuntukkan RM95 juta untuk membina sekolah antarabangsa Islam pertama di negeri ini sebagai usaha memperkasa pembangunan intelektual belia Islam.
Petronas kekal terbuka jalin kerjasama dengan Petros
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan petroleum sarawak bhd (Petros).

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bekas banduan beri sokongan, miliki bahan berkaitan pengganas Daish dipenjara 15 tahun
Seorang bekas banduan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan berbaiah, memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

KBS pertimbang gunakan teknologi dan inovasi dalam sukan untuk tarik tajaan korporat
Kementerian Belia dan Sukan sedang mempertimbangkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam sukan.

Jualan Proton meningkat 13 peratus pada Oktober 2017
Jualan Proton meningkat 13 peratus kepada 5,083 unit pada Oktober 2017 daripada 4,498 unit pada bulan sebelumnya.