KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan bilateral di antara Malaysia dengan Kazakhstan berjumlah RM480 juta bagi 10 bulan pertama 2022 dengan eksport bernilai RM475 juta manakala import sebanyak RM5 juta, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Pengarah MATRADE bagi Asia Tengah, Barat, Selatan dan Afrika Idzham Abdul Hamid berkata kenaikan 52.3 peratus jumlah eksport disebabkan oleh sektor elektrik dan elektronik (EE), minyak sawit dan pertanian.
“Kita mengimport logam, peralatan pengangkutan dan kimia serta produk kimia dari Kazakhstan,” katanya kepada pemberita selepas Forum Perniagaan dan Pelaburan Kazakhstan di sini semalam.
Idzham dalam ucapan alu-aluannya berkata jumlah perdagangan antara Malaysia dan Kazakhstan pada tahun lepas mencapai RM407.5 juta dengan eksport bernilai RM363 juta dan import RM44.5 juta.
Lima eksport utama Malaysia ke Kazakhstan adalah EE, produk getah, hasil pertanian, produk perkilangan berasaskan minyak sawit serta produk pertanian berasaskan minyak sawit.
“Selepas pandemik COVID-19 dan pembukaan semula sempadan Malaysia, kami meramalkan perdagangan (Malaysia) dengan Kazakhstan akan terus meningkat.
“Antara sektor berpotensi ialah produk halal, makanan dan minuman, pendidikan dan tenaga boleh baharu,” katanya.
Beliau berkata MATRADE telah mengenal pasti Asia Tengah sebagai pasaran baharu untuk tujuan pengembangan dengan Kazakhstan sebagai hab serantau bagi pengeskport Malaysia.
Mengulas mengenai hubungan perdagangan di antara kedua-dua negara, Duta Besar Kazakhstan ke Malaysia, Bulat Sugurbayev berkata keadaan itu semakin baik berbanding 2020 ketika pandemik melanda.
“Tahun 2020 adalah yang terburuk, tetapi tahun lepas ia (perdagangan) meningkat perlahan-lahan. Kami optimis namun berhati-hati bagi tahun ini. Sudah pasti kami tidak boleh meramalkan (masa depan), tetapi kami akan berusaha menggalakkan peluang perniagaan untuk kedua-dua negara.
“Kita akan melihat jumlah tersebut bertambah sewajarnya berikutan ekonomi Malaysia telah dibuka semula. Kami berharap untuk menyambung semula kesalinghubungan perdagangan dan perniagaan,” katanya.
Beliau berkata sektor kewangan Malaysia berupaya menjadi sektor berpotensi untuk diperluas ke Kazakhstan, terutamanya kewangan Islam.
"Kazakhstan telah membangunkan sektor teknologi kewangan dengan baik manakala Malaysia dengan kewangan Islam, iaitu sektor yang mana Kazakhstan mempunyai kekurangan,” katanya.
Beliau berkata sektor kewangan Malaysia boleh memanfaatkan Kazakhstan sebagai batu loncatan untuk mengembangkan kecekapan dalam kewangan Islam di peringkat serantau.
Sugurbayev berkata syarikat guaman Malaysia, CSQlaw Kazakhstan akan membantu syarikat Malaysia untuk memulakan perniagaan di Kazakhstan.
Bercakap kepada Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif CSQ Network Sdn Bhd Suji Nordin berkata syarikat itu membantu beberapa syarikat Kazakhstan untuk menyelesaikan urusan perniagaan di Malaysia dengan bantuan MATRADE pada tahun ini.
“Melalui hubungan baik kami dengan kerajaan Malaysia terutamanya MATRADE serta CSQlaw, kami boleh membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berhasrat menjalankan perniagaan di Kazakhstan, begitu juga sebaliknya,” katanya.
Menurut Suji, CSQlaw Kazakhstan selaku syarikat guaman Asia Tenggara pertama yang membuka pejabat mereka di Astana adalah milik syarikat Malaysia, The Chambers of Shamsul Qamar di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022

MATRADE telah mengenal pasti Asia Tengah sebagai pasaran baharu untuk tujuan pengembangan dengan Kazakhstan sebagai hab serantau bagi pengeskport Malaysia.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Tentera Rusia sedia kukuhkan kerjasama di peringkat bilateral, multilateral
Tentera Udara Diraja Malaysia telah menunjukkan tahap kepercayaan bersama yang tertinggi antara Malaysia dan Rusia.

Jumlah perdagangan M'sia-Kazakhstan RM480 juta 10 bulan pertama 2022 - Matrade
Kenaikan 52.3 peratus jumlah eksport disebabkan oleh sektor elektrik dan elektronik (EE), minyak sawit dan pertanian.

Hubungan Arab Saudi-Malaysia terus utuh menerusi kerjasama pelbagai bidang
Kedutaan Arab Saudi di Malaysia memaklumkan hubungan kedua-dua negara terbina hasil lipatan sejarah agama dan budaya yang sama.

Malaysia-Turki setuju kukuh kerjasama dalam tadbir urus hal ehwal Islam
Kedua-dua negara setuju memperkukuh kerjasama melalui perkongsian pintar dalam zakat, industri halal, penyelidikan, kefatwaan, wakaf, falak dan memerangi keganasan.

Muhyiddin tiba di Brunei untuk lawatan kerja dua hari
Muhyiddin dijangka menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei ke-23 yang dijadual berlangsung di Istana Nurul Iman pada Isnin.

COVID-19 telah kukuhkan hubungan Malaysia-China
Ketika kes COVID-19 memuncak di Malaysia dan China 10 bulan yang lalu, kedua-dua buah negara telah berkongsi pahit getir menempuh pandemik itu bersama-sama.

Duta Besar Senegal meninggal dunia: Dr Shazelina akui amat terkesan
Sebagai rakan rapat, Duta Besar Malaysia ke Senegal, Dr Shazelina Zainul Abidin akui amat terkesan dengan pemergian Diagne.

Kawalan keselamatan sempadan Sarawak dan Kalimantan diperkukuh
Kawalan keselamatan di sempadan Sarawak dan Kalimantan akan diperkukuh melalui hubungan bilateral dengan pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Perang dagang AS-China tidak sekat APEC capai matlamat holistik
Perang perdagangan Amerika Syarikat dan China akan menjadi antara perbincangan utama secara holistik di bawah tunjang utama Kemakmuran Bersama dalam kalangan 21 anggota ekonomi APEC dari Asia Pasifik.

Tun Mahathir mahu hubungan Malaysia-Austria lebih rancak
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan perbincangan bilateral dengan Canselor Austria, Sebastian Kurz selama lebih 30 minit di Canseleri Persekutuan, Vienna.