S&P Global Ratings menjangkakan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) akan terus meningkat tahun ini yang berpotensi memberikan lagi tekanan terhadap pasaran Asia Pasifik (APAC).
Ketua Ahli Ekonominya bagi Asia Pasifik, Louis Kuijs berkata, impak kadar faedah tinggi akan lebih dirasai pada separuh kedua tahun ini, yang akan mengakibatkan kelembapan ekonomi di rantau APAC, kecuali China.
"Kelembapan masih pada kadar yang ketara. Kami menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) APAC tidak termasuk China berkembang 3.8 peratus, turun daripada 4.7 peratus pada 2022.
"(Pertumbuhan ekonomi) yang mencatatkan peningkatan adalah Malaysia dan Hong Kong, manakala yang mencatatkan penurunan ialah New Zealand dan Taiwan," katanya pada sesi webinar bertajuk 'Global Credit Conditions Third Quarter: A Slow Burn' (sesi APAC) pada Selasa.
Kuijs berkata, ekonomi APAC lain dijangka mencatatkan pertumbuhan perlahan berikutan kelembapan global dan kenaikan kadar faedah.
"Namun, daya tahan domestik secara amnya diunjur mengekalkan pertumbuhan yang ketara," katanya sambil menambah kadar faedah AS dijangka hanya mereda pada tahun depan.
Mengenai perkembangan lain, beliau berkata pemulihan China dijangka berterusan tetapi akan kekal tidak sekata bagi sebahagian besar tahun ini, dengan kelembapan industri.
"Gesaan bagi pakej rangsangan di China semakin meningkat dan kami tidak menjangkakan pakej yang sangat besar tetapi dalam bentuk beberapa langkah yang dilaksanakan pada bulan-bulan akan datang, seperti dalam sektor perumahan dari segi sekatan pembelian rumah dan juga sedikit mengenai dasar monetari.
"Bagaimanapun, berikutan data lemah yang kita lihat dalam tempoh beberapa bulan ini dari segi industri, kami telah menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2023 kita kepada 5.2 peratus daripada 5.5 peratus," katanya.
Menurutnya, dengan inflasi teras berurutan secara amnya berkurangan dan kebanyakannya sederhana di peringkat global, justeru, keperluan untuk menaikkan kadar faedah dasar telah mereda, kecuali beberapa pengecualian.
Bagaimanapun, katanya, penurunan kadar akan menjadi lambat untuk dilaksanakan, sebahagiannya disebabkan oleh kadar AS yang kekal tinggi untuk tempoh yang lama. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023

Louis Kuijs berkata impak kadar faedah tinggi akan lebih dirasai pada separuh kedua tahun ini, yang akan mengakibatkan kelembapan ekonomi di rantau APAC, kecuali China. - Gambar fail/Bernama

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.

ANGKASA anjur dialog koperasi ASEAN Mei ini
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan menganjurkan Dialog Koperasi ASEAN pada hujung Mei ini sebagai usaha memperkasa peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi serantau.

Hutang isi rumah RM1.63 trilion, aset kewangan RM3.4 trilion setakat akhir Disember 2024
Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Rabu yang Kanada sedang membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di koridor Toronto-Quebec City.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
KDNK seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024.

Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur
Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.