KUALA LUMPUR: Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjurannya ke atas kadar pengangguran yang dijangka berkurangan pada bulan-bulan akan datang, disokong pemulihan kukuh pasca pandemik berikutan negara dalam fasa peralihan ke endemik.
Dalam nota penyelidikan hari ini, ia berkata ramalan kadar pengangguran itu akan diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang berterusan seperti program subsidi upah dan penambahbaikan selanjutnya dalam sektor perkhidmatan, terutamanya berkaitan aktiviti pelancongan.
"Berikutan situasi pasaran buruh mencatatkan pemulihan kukuh dengan kadar pengangguran bertambah baik kepada 3.9 peratus pada suku kedua 2022, kami menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua akan berkembang kepada 7.7 peratus dalam keadaan penggunaan swasta yang dijangka stabil dan pengembangan dalam sektor perkhidmatan," katanya.
Firma penyelidikan itu turut mengekalkan ramalan pertumbuhan KDNK 2022 pada 5.0-5.5 peratus.
Kadar pengangguran di Malaysia mencatatkan aliran penurunan pada 3.8 peratus untuk tempoh Jun 2022, paras terendah sejak negara dilanda pandemik COVID-19, dengan jumlah penganggur merosot kepada 630,600 orang pada Jun 2022 berbanding 637,700 orang pada bulan sebelumnya.
Senada dengan Kenanga, Hong Leong Investment Bank Bhd menjangkakan pasaran buruh akan meneruskan momentum pemulihannya pada bulan-bulan akan datang berikutan ekonomi terus mencatatkan pemulihan daripada pandemik, terutamanya dalam sektor perkhidmatan.
"Bagaimanapun, kekurangan pekerja asing terus memberi kesan kepada banyak sektor ekonomi," katanya.
Sehubungan itu, firma penyelidikan itu mengekalkan ramalan KDNK 2022 pada 5.9 peratus tahun ke tahun dan menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada September, menjadikan OPR kepada 2.5 peratus menjelang akhir 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022
Ramalan kadar pengangguran itu akan diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang berterusan, antaranya seperti program subsidi upah. - Gambar hiasan
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.33 seliter kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Januari.
Sektor penerbangan Malaysia 2025 bakal alami pertumbuhan ketara
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menjangkakan sektor penerbangan Malaysia mengalami pertumbuhan yang ketara pada tahun 2025.
AWANI Borneo [15/01/2025] - Kebakaran besar| Bekalan gas| Maritim
AWANI Borneo 15 Januari 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Kebakaran di Kanowit, 88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang.
2. PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal.
3. Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar Ekonomi Biru
1. Kebakaran di Kanowit, 88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang.
2. PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal.
3. Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar Ekonomi Biru
Sabah softwood peruntuk RM3.6 juta bina sekolah CLC sejak 2020
Bagi menyediakan akses pendidikan kepada anak anak pekerja ladang, RM3.6 juta diperuntukkan Sabah Softwood Berhad di Kalabakan sejak Julai 2020
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar ekonomi biru
Kerajaan komited dalam usaha memperkukuh sosioekonomi komuniti nelayan tradisi di Sipitang melalui pelaksanaan inisiatif berkaitan ekonomi biru.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
Bilangan penduduk bekerja meningkat 0.2 peratus pada Oktober - DOSM
Bilangan penduduk bekerja meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 16.72 juta orang pada Oktober lepas daripada 16.69 juta orang direkodkan pada September.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kadar pengangguran turun kepada 3.2 peratus pada Ogos - DOSM
Statistik Tenaga Buruh Malaysia yang dikeluarkan oleh DOSM merekodkan kadar pengangguran pada 3.3 peratus.
Pengangguran terus menurun pada suku kedua 2024
Pengangguran terus menurun pada suku tahun kedua 2024 (ST2) sejajar peningkatan permintaan terhadap buruh dalam sektor ekonomi, menurut Sorotan Pasaran Buruh ST2 2024 yang dikeluarkan hari ini.
Bilangan tenaga buruh meningkat 1.1 peratus pada suku kedua 2024 - DOSM
Bilangan tenaga buruh pada suku kedua tahun ini mencatatkan trend positif dengan peningkatan sebanyak 1.1 peratus kepada 17.15 juta orang berbanding 16.96 juta orang pada suku pertama tahun ini.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7080/7100 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7180/7210 pada Rabu.
Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat
Kadar pengangguran di Jerman pada Jun meningkat sebanyak 4,000 orang secara bulanan mencecah 2.73 juta, menjadikan kadar pengangguran negara itu pada 5.8 peratus.
Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.
Jumlah penganggur dalam negara menurun 565,000 pada April
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun tidak berubah iaitu pada 10.6 peratus atau 305.9 ribu penganggur pada April 2024.
Kadar pengangguran kekal 3.3 peratus pada Februari - DOSM
Kadar pengangguran pada Februari kekal 3.3 peratus, mencatatkan bilangan penganggur yang lebih rendah iaitu 567,000 orang.