Kerajaan mungkin harus kaji semula kedudukan negara dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden sebentar tadi.
Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) Datuk Wira Jalilah Baba berkata kerajaan juga boleh menimbang untuk meneruskan TPPA tanpa Amerika Syarikat (AS), selepas Trump yang baru dipilih sebagai ketua negara berkenaan secara terang-terangan tidak bersetuju dengan perjanjian itu, malah menyifatkannya sebagai malapetaka.
"Malaysia perlu mengkaji semula bagaimanakah kedudukan kita terhadap perikatan dengan negara lain yang kita sudah persetujui sebelum ini," jelasnya semasa diwawancara dalam AWANI 7.45 sebentar tadi.
Tambah Jalilah, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) harus menerajui perbincangan sama ada Malaysia akan teruskan TPPA atau sebaliknya.
TPPA melibatkan 12 negara dan mewakili 40 peratus daripada perdagangan dunia.
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini sudah membayangkan TPPA akan gagal tanpa penyertaan AS.
Ia berdasarkan Bab 30 dalam TPPA yang menyatakan keluaran dari AS diperlukan untuk menjayakan perjanjian berkenaan.
AS menyumbang 85 peratus daripada keseluluruhan keluaran dalam TPPA.
Pada masa sama, Jalilah turut skeptikal sama ada AS benar-benar akan menarik diri dari TPPA atau ia hanya usaha Trump untuk meraih undi popular.
"Adakah ini satu janji untuk memenangi undi? Atau adakah beliau mampu untuk berbuat demikian?" soal Jalilah.
Beliau juga skeptikal bahawa pelan Trump untuk membawa pulang pelaburan ke negara Uncle Sam boleh berjaya memandangkan Asia terutamanya Asia Tenggara kini adalah pusat pertumbuhan ekonomi dunia dan sekiranya syarikat AS gagal untuk melabur ke rantau ini, ia bakal menyebakan kerugian besar kepada mereka.
Jalilah percaya, AS tidak boleh 'hidup' bersendirian dan harus mengembangkan perniagaan ke luar negara, termasuk negara Asia yang menjanjikan kos yang lebih murah.
"Jadi, sekiranya syarikat di AS tidak dibenarkan keluar atau ditahan keluar untuk melabur di Asia terutama di ASEAN yang begitu banyak peluang pelaburan, saya rasa AS akan rugi," katanya.
Shafizan Johari
Wed Nov 09 2016
![Kaji kemungkinan TPPA tanpa Amerika Syarikat - Presiden MICCI Kaji kemungkinan TPPA tanpa Amerika Syarikat - Presiden MICCI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448527181_tppa.jpg)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) harus menerajui perbincangan sama ada Malaysia akan teruskan TPPA atau sebaliknya. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Cacar monyet: Jangkitan meningkat kepada lebih 70,000 - WHO Cacar monyet: Jangkitan meningkat kepada lebih 70,000 - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603501438_TedrosAdhanomGhebr.jpg)
Cacar monyet: Jangkitan meningkat kepada lebih 70,000 - WHO
Meskipun pertambahan kes dilihat perlahan, ia tidak bermakna masyarakat global tidak perlu mengambil langkah berjaga-jaga.
![Biden runding sokongan dari Asia kenakan sekatan ke atas Rusia - Laporan Biden runding sokongan dari Asia kenakan sekatan ke atas Rusia - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81635899186_JoeBiden.jpg)
Biden runding sokongan dari Asia kenakan sekatan ke atas Rusia - Laporan
Menurut Foreign Policy, Washington difahamkan sudah mendapat sokongan Singapura, Jepun dan Taiwan.
![Serangan dron Afghanistan: AS akui kesilapan bunuh 10 orang awam Serangan dron Afghanistan: AS akui kesilapan bunuh 10 orang awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631957545_TBJohnKirby.jpg)
Serangan dron Afghanistan: AS akui kesilapan bunuh 10 orang awam
Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin memohon maaf atas serangan dron di Afghanistan pada Ogos lalu.
![AUKUS: Perancis panggil pulang duta di Amerika Syarikat, Australia AUKUS: Perancis panggil pulang duta di Amerika Syarikat, Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631955250_TBJeanYves.jpg)
AUKUS: Perancis panggil pulang duta di Amerika Syarikat, Australia
Menteri Luar Negeri Perancis gambarkan penubuhan AUKUS sebagai tindakan 'menikam dari belakang'.
![Pandemik COVID-19, kemelut ekonomi dan peranan gerakan Islam Pandemik COVID-19, kemelut ekonomi dan peranan gerakan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61586479512_newyorkCovid.jpg)
Pandemik COVID-19, kemelut ekonomi dan peranan gerakan Islam
Oleh kerana penyediaan vaksin diramalkan memerlukan masa lebih dari setahun lagi, maka angka kematian dijangkakan akan terus meningkat pada bulan-bulan mendatang.
![Pakej rangsangan: Adakah kisah Nabi Yusuf tidak relevan dalam kehidupan moden? Pakej rangsangan: Adakah kisah Nabi Yusuf tidak relevan dalam kehidupan moden?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71570785125_HBREAKEKONOMINEGARA.jpg)
Pakej rangsangan: Adakah kisah Nabi Yusuf tidak relevan dalam kehidupan moden?
Al Quran telah menceritakan bagaimana beliau telah dikeluarkan dari penjara dan dilantik oleh Raja Mesir untuk menjadi bendahari yang bertanggungjawab menguruskan khazanah negara.
![Malaysia naik ke ranking 22 senarai Daya Saing Dunia Malaysia naik ke ranking 22 senarai Daya Saing Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41525185811_KualaLumpur.jpg)
Malaysia naik ke ranking 22 senarai Daya Saing Dunia
Malaysia merupakan satu-satunya ekonomi di Asia Tenggara yang mencatatkan kenaikan dua anak tangga, dipacu oleh pemulihan kukuh prestasi ekonomi, khususnya perdagangan antarabangsa.
![Gunung Berapi Popocatepetl mula keluarkan asap, abu tebal Gunung Berapi Popocatepetl mula keluarkan asap, abu tebal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51517523541_TBPopocatepetl.jpg)
Gunung Berapi Popocatepetl mula keluarkan asap, abu tebal
Gunung berapi ikonik di Mexico, Popocatepetl mula meletus memuntahkan asap dan abu ke udara.
![Boikot Coca-Cola hanya merugikan pekerja tempatan - Pengurusan Boikot Coca-Cola hanya merugikan pekerja tempatan - Pengurusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513334769_coke.jpg)
Boikot Coca-Cola hanya merugikan pekerja tempatan - Pengurusan
Menurut Pengurus Coca-Cola Malaysia Ahmed Yehia, tindakan boikot itu juga akan menjejaskan semua pihak yang bergantung kepada rantaian bekalan jenama itu di Malaysia.
![Berlian milik Puteri Diana antara 7 fakta menarik hubungan Harry dan Markle Berlian milik Puteri Diana antara 7 fakta menarik hubungan Harry dan Markle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/61511846952_PrinceHarry.jpg)
Berlian milik Puteri Diana antara 7 fakta menarik hubungan Harry dan Markle
Hubungan yang terjalin sejak setahun lalu pada mulanya dirahsiakan, kini menjadi berita gembira buat para peminat kerabat diraja Britain.