KUALA LUMPUR: Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini merangkumi 17 anjakan dasar atau pendekatan radikal selaras dengan situasi ekonomi semasa.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata anjakan-anjakan tersebut akan memberikan cara keluar daripada masalah yang sudah timbul dalam Rancangan Malaysia sebelum ini.
"Kita selalu bercakap tentang negara terperangkap seperti (keadaan) ekonomi lemah, nilai rendah serta pergantungan kepada pekerja asing dan masalah ini berulang-ulang dan dasar yang digunakan sebelum ini ialah dasar yang pada pandangan saya tidak cukup radikal.
"Oleh itu, anjakan (yang bakal dibentang) adalah pendekatan yang radikal yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi setiap masalah-masalah utama dalam struktur ekonomi negara kita," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu Buletin Bernama terbitan Bernama TV pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata anjakan yang akan diselaraskan itu bukan semata-mata mengikut kehendak Kerajaan Persekutuan, malah ia mengambil kira padangan semua industri serta pemegang taruh.
Katanya, pengolahan anjakan tersebut turut mengambil kira kepada kemampuan kewangan negara, ketersediaan kemahiran serta penerimaan rakyat Malaysia.
"Pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga adalah merupakan salah satu anjakan besar yang telah kerajaan laksanakan sebelum pembentangan KSP. Dan melihat kepada kerja rumah yang dilakukan Kementerian Ekonomi dan pihak terlibat adalah cukup baik dari segi penerimaannya.
"Kita ada iltizam yang besar untuk berubah kerana masalah ini berlarutan lama dan mandat yang ada ini sebaiknya diteruskan dengan pembaharuan radikal.
"Kalau pun ada yang mungkin tidak selesa, saya yakin selepas dua dan tiga tahun kita boleh lihat kesannya dan industri serta orang ramai akan memahami dan menerima ajakan ini," tambahnya.
Isnin ini, Perdana Menteri akan membentangkan KSP RMKe-12 dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang bersidang selama enam hari.
KSP RMKe-12 itu disediakan bagi mengukur pencapaian pada 2021-2022, serta hala tuju 2023-2025 ke arah mencapai negara mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi dengan mengambil kira cabaran domestik dan trend global semasa.
RMKe-12 merupakan rancangan lima tahun (2021-2025) yang dibentang oleh kerajaan terdahulu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada September 2021 dengan peruntukan sebanyak RM400 bilion untuk projek sambungan dan projek baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata anjakan-anjakan tersebut akan memberikan cara keluar daripada masalah yang sudah timbul dalam Rancangan Malaysia sebelum ini. - Foto BERNAMA
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Dewan Negara lulus usul KSP RMK12
Mesyuarat Khas Dewan Negara hari ini meluluskan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 dengan lebih suara bersetuju.
PM Anwar gulung Kajian Separuh Penggal RMK12 petang ini
KSP RMK12 memperkenalkan 17 anjakan utama sebagai pemangkin utama melalui 71 strategi dan inisiatif utama bagi menghasilkan keberhasilan yang disasarkan.
3R: PDRM ambil tindakan berdasarkan tatacara dan peraturan
Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan membabitkan isu 3R adalah berdasarkan tatacara dan peraturan yang termaktub.
Kedah sedia tawar tanah untuk kilang pemprosesan REE - Sanusi
Kedah bersedia menawarkan beberapa kawasan tanah di negeri itu bagi membina kilang pemprosesan REE susulan rancangan kerajaan Persekutuan untuk membangunkan dasar larangan eksport bahan mentah itu.
KSP RMK12: Segerakan subsidi bersasar untuk perkukuh fiskal negara - Johari
Pengurangan subsidi pukal membantu kerajaan dari segi penjimatan awam dan juga mengekang ketirisan dari segi penyelewengan dan penyeludupan.
Kajian Separuh Penggal RMKe-12 merangkumi 17 anjakan radikal - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata anjakan-anjakan tersebut akan memberikan cara keluar daripada masalah yang sudah timbul dalam Rancangan Malaysia sebelum ini.
Dasar, inisiatif bakal diumum dalam KSP RMKe-12 berpandukan keperluan, keutamaan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata dasar dan inisiatif berkenaan juga berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat, komuniti perniagaan serta kesemua negeri.
Kerajaan teliti isu kemiskinan secara lebih mikro - Mohd Radzi
Berdasarkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi RMK11, wujud keperluan untuk mengkaji semula bukan sahaja Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), tetapi juga dalam pelbagai aspek lain.
Peruntukan lebih kecil tidak jejas perkembangan industri halal negara
Beliau berkata inisiatif untuk mengembangkan industri halal akan ditingkatkan dengan kerjasama daripada negeri-negeri yang memberi penekanan kepada industri halal seperti Selangor dan Pulau Pinang.
Tok Pa belum buat keputusan sertai PH
Mustapa mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Jeli yang menerima keputusannya sebagai ahli Parlimen Bebas selepas keluar UMNO-BN.