SEPANG: Kementerian Pengangkutan telah bertemu dengan pelabur berpotensi baharu MYAirline Sdn Bhd dan berkata sebarang keputusan komersial terserah sepenuhnya kepada pihak pengurusan syarikat penerbangan itu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberitahu, bagi kerajaan, mereka perlu mematuhi semua proses dalam syarat peraturan iaitu dari segi permohonan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
"Semua permohonan mereka hendaklah dikemukakan mengikut prosedur biasa untuk kelulusan teknikal. Bagaimanapun pada ketika ini kita belum mendengar sebarang permohonan daripada mereka lagi," katanya kepada media selepas pelepasan penumpang Batik Air ke Sibu dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL, di sini, pada Rabu.
Loke juga telah menjelaskan kepada MYAirline bahawa dasar penerbangan negara menyatakan 51 peratus kepentingan mesti dimiliki oleh syarikat tempatan manakala mana-mana entiti asing hanya boleh menguasai setakat 49 peratus.
Pada 12 Jan, dilaporkan bahawa pada penghujung Disember 2023, MYAirline telah memperoleh dan menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan pelabur dari Timur Tengah.
Ini akan membolehkan MYAirline berusaha untuk menyambung semula operasi menjelang pertengahan tahun ini.
Sebagai imbasan, MYAirline terbang dengan lebih satu juta penumpang di dalam negara pada 26 Jun 2023, beberapa bulan selepas penerbangan sulungnya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah di Malaysia.
Syarikat penerbangan itu mempunyai faktor muatan purata sebanyak 91 peratus dan menerbangkan lapan pesawat Airbus A320-200 sehingga 12 Okt, memberikan prestasi menepati masa yang sihat melebihi 90 peratus.
Bagaimanapun, menjelang 12 Okt tahun lepas, MYAirline membuat pengumuman secara tiba-tiba bahawa ia telah menggantung operasinya berkuat kuasa pada hari itu, dengan alasan tekanan kewangan. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
![Kami telah bertemu dengan pelabur berpotensi MyAirline - Anthony Loke Kami telah bertemu dengan pelabur berpotensi MyAirline - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699395021_MYAirline.jpg)
Kementerian Pengangkutan telah bertemu dengan pelabur berpotensi baharu MYAirline Sdn Bhd dan berkata sebarang keputusan komersial terserah sepenuhnya kepada pihak pengurusan syarikat penerbangan itu. - Gambar fail Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
![MYAirline diperintah bayar RM17.7 juta caj perkhidmatan tertunggak MYAirline diperintah bayar RM17.7 juta caj perkhidmatan tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697438869_TBGENERICMYAirline.jpg)
MYAirline diperintah bayar RM17.7 juta caj perkhidmatan tertunggak
MYAirline diarah membayar RM17.7 juta caj perkhidmatan lapangan terbang tertunggak kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Malaysia Airports Sdn Bhd.
![Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719573532_TBMyAirline.jpg)
Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini
Hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam kedua-dua belah pihak.
![MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697438869_TBGENERICMYAirline.jpg)
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
![MYAirline masih bincang dengan pelabur baharu MYAirline masih bincang dengan pelabur baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709189829_MYAirline.jpg)
MYAirline masih bincang dengan pelabur baharu
MYAirline memaklumkan ia masih berbincang dengan pelabur baharu selepas penamatan secara tiba-tiba dan unilateral perjanjian pembelian saham.
![Kami telah bertemu dengan pelabur berpotensi MyAirline - Anthony Loke Kami telah bertemu dengan pelabur berpotensi MyAirline - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699395021_MYAirline.jpg)
Kami telah bertemu dengan pelabur berpotensi MyAirline - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan telah bertemu dengan pelabur berpotensi baharu MYAirline Sdn Bhd.
![Isu MYAirline: Bayar tunggakan tiket, gaji sebelum bincang pelabur baharu - Loke Isu MYAirline: Bayar tunggakan tiket, gaji sebelum bincang pelabur baharu - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699395021_MYAirline.jpg)
Isu MYAirline: Bayar tunggakan tiket, gaji sebelum bincang pelabur baharu - Loke
Anthony Loke berkata, pihak kementerian akan bertemu syarikat itu pada Jumaat bagi mendengar perincian perkara tersebut.
![MYAirline terima pelabur dari Asia Barat, kata sumber MYAirline terima pelabur dari Asia Barat, kata sumber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699395021_MYAirline.jpg)
MYAirline terima pelabur dari Asia Barat, kata sumber
Tindakan pertama yang diharapkan dilakukan MYAirline ialah pembayaran gaji kakitangan dan bayaran balik kepada penumpang.
![Pengasas MYAirline dan 4 syarikat gagal batal saman 15 pelabur Pengasas MYAirline dan 4 syarikat gagal batal saman 15 pelabur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697438869_TBGENERICMYAirline.jpg)
Pengasas MYAirline dan 4 syarikat gagal batal saman 15 pelabur
Saman oleh 15 pelabur terhadap pengasas bersama dan pemegang saham terbesar MYAirline, dan empat lagi syarikatnya akan ditentukan melalui perbicaraan penuh tahun depan.
![MYAirline: PERKESO terima 533 permohonan faedah SIP, 277 lulus MYAirline: PERKESO terima 533 permohonan faedah SIP, 277 lulus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699395021_MYAirline.jpg)
MYAirline: PERKESO terima 533 permohonan faedah SIP, 277 lulus
Kementerian Sumber Manusia prihatin dalam memastikan pekerja MYAirline tidak tertindas biarpun status kontrak perkhidmatan mereka seakan-akan tergantung.
![MYAirline optimis dapat pelabur baharu untuk beroperasi semula MYAirline optimis dapat pelabur baharu untuk beroperasi semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699395021_MYAirline.jpg)
MYAirline optimis dapat pelabur baharu untuk beroperasi semula
Azharuddin optimis dalam usaha mendapatkan pelabur baharu bagi memastikan kebajikan lebih 900 pekerja terbela.