SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memohon agar kerajaan mengecualikan usahawan mikro daripada penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 Mei depan, memandangkan pendapatan tahunan golongan itu masih di bawah RM300,000.
Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata malah ramai lagi usahawan mikro yang belum stabil dari segi status kewangan mereka, ekoran operasi perniagaan yang baru kembali pulih dari kesan pandemik COVID-19 dan bencana banjir yang berlaku sebelum ini.
"Sebelum ini ramai yang terlibat dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan iaitu hampir 43,000 daripada mereka adalah usahawan mikro dan kira-kira 70 peratus daripada mereka juga terlibat dengan banjir.
"Mereka baru sahaja mahu bernafas dan kerajaan bantu beri RM3,000 kepada mereka (yang terlibat banjir) untuk pulihkan perniagaan, jadi kita mohon kerajaan dapat pertimbangkan perkara ini," katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia kepada Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) di sini hari ini.
Noh berkata kebanyakan usahawan mikro adalah mereka yang berniaga secara kecil-kecilan dan pembantu mereka kebiasaannya adalah dalam kalangan ahli keluarga, jiran dan orang kampung.
"Mereka bayar sekadar mampu, jika mereka diwajibkan untuk bayar RM1,500 bagaimana mereka nak bayar, pendapatan mereka juga cukup-cukup makan sahaja," katanya.
Mengenai sumbangan bantuan hari ini, Noh berkata 8,859 Sahabat AIM akan menerima geran khas berkenaan secara one-off sebanyak RM3,000 tiap seorang tanpa perlu membayar balik, dan sumbangan itu melibatkan peruntukan RM26.557 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022

Noh berkata kebanyakan usahawan mikro adalah mereka yang berniaga secara kecil-kecilan dan pembantu mereka kebiasaannya adalah dalam kalangan ahli keluarga, jiran dan orang kampung. - Gambar fail
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Indonesia dan Apple meterai perjanjian, buka laluan untuk jualan iPhone 16
Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita berkata perjanjian itu satu pencapaian penting selepas 5 bulan rundingan yang mencabar.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years

Noh Omar antara lima dilantik ahli MPT Bersatu
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar merupakan antara lima yang dilantik menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu.

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.

Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Mesyuarat Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) yang diadakan pada 20 Jun lalu telah bersetuju melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Timbalan Presiden.

Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada PRK.

'Saya belum sertai mana-mana parti politik' - Noh
Tan Sri Noh Omar menegaskan belum menyertai mana-mana parti politik, namun mengaku hanya menyokong Perikatan Nasional (PN).

'Datang tak menambah, pergi tak mengurang' - Noh
Rata-rata rakyat di Tanjong Karang sering mengeluh kerana sukar bertemu dengan Zulkafperi selepas menang dalam PRU15 lalu.

PRN: Satu lawan satu, PN boleh menang di 33 kerusi majoriti Melayu - Noh Omar
Kemenangan di kerusi 'satu lawan satu' bergantung kepada peratusan pengundi Melayu yang keluar mengundi, selain sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

Noh Omar sah tak tanding PRN Selangor
Tan Sri Noh Omar, mengesahkan dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.