Kerajaan negeri Kedah mendapat jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak akan dipersetujui sekiranya ia memudaratkan rakyat
negeri ini.
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini, jaminan berkenaan turut diberi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata kesan langsung TPPA yang boleh diraih bukan saja oleh pengeksport malah rakyat Kedah sebagai pengguna secara keseluruhannya mendapat manfaat yang luas hasil pembukaan pasaran dari segi pilihan barangan dan perkhidmatan.
Katanya ia mampu membuka peluang pelaburan yang berkualiti tinggi untuk rakyat Kedah di samping meningkatkan kualiti hidup dengan lebih baik untuk menyiapkan diri bersaing di peringkat global.
"(Tapi) saya juga secara langsung telah nyatakan, sampaikan kebimbangan kita sebagai negeri yang sudah tentu akan kena tempias hasil rundingan ini dan jaminan yang saya dapat, perjanjian ini tak akan ditandatangani sekiranya terdapat mudarat kepada rakyat," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ir
Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit).
Amiruddin mempersoalkan tentang perkara yang memberi kesan langsung dan tidak langsung terhadap aktiviti sosioekonomi rakyat Kedah sekiranya TPPA dipersetujui.
Ketika menjawab soalan tambahan Amiruddin mengenai setiap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) perlu diberi kertas maklumat penting tentang TPPA, Mukhriz berkata buat masa ini biarlah hanya kerajaan yang berurusan dalam hal itu.
"Seperti yang kita maklum dalam mana-mana rundingan dah tentu kita kena simpan rahsia takut dibocor kepada pihak belah sana, maklumlah dalam TPPA ini ada 12 negara terlibat dan sekarang ini banyak komen datang daripada kebocoran maklumat contohnya Wikileaks.
"Kerajaan negeri beri jaminan bahawa tidak akan ada sebarang persetujuan kalau ia (TPPA) menjejaskan Kedah khususnya dan Malaysia secara amnya. Jangan beranggapan bahawa dalam proses rundingan, seolah-olah ia (TPPA) telah dipersetujui," katanya.
Sementara itu ketika ditemui pemberita di luar dewan, beliau berkata dalam isu TPPA kerajaan negeri mempunyai empat perkara penting yang diberi penekanan iaitu pertanian, perolehan kerajaan, industri kecil dan sederhana (IKS) dan perubatan.
"Ini antara perkara yang kita anggap penting dan kita telah sarankan kepada Menteri agar sentiasa mengambil kira permohonan dari negeri Kedah dan saya kira bukan negeri Kedah sahaja yang membangkitkan perkara ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata beliau tidak keberatan untuk bertemu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekiranya Lim tidak mahu isu bekalan air ke negeri itu dibincangkan di peringkat pegawai kerajaan dari kedua-dua negeri.
"Kalau dah terpaksa, kita pun tak boleh paksa orang (untuk benarkan pegawai berjumpa), saya tak keberatan untuk berjumpa walaupun untuk berbincang perkara kecil, mungkin ada perkara mudah diselesaikan, tak payah fikir panjang boleh selesai," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) yang menyentuh mengenai keengganan kerajaan Pulau Pinang membenarkan pegawainya berbincang dengan pegawai kerajaan negeri Kedah khususnya Setiausaha Kerajaan Negeri mengenai isu bekalan air.
Ahmad Bashah berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada persidangan DUN di sini hari ini.
Beliau berkata keengganan itu dinyatakan melalui surat rasmi yang diterima daripada Setiausaha kerajaan negeri Pulau Pinang kepada pihak kerajaan negeri Kedah.
Bernama
Mon Aug 26 2013


‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Amal politik wang, kerajaan sekarang sama dengan kerajaan Najib - Dr Mahathir
Dr Mahathir sifatkan kerajaan Perikatan Nasional dipimpin Muhyiddin Yassin sama dengan kerajaan yang dipimpin Najib Razak sebelum ini.

Mukhriz pernah calonkan 20 jemaah haji menerusi tajaan 1MDB - Jailani
Datuk Seri Mukhriz pernah mencalonkan 20 jemaah haji Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Jengerusi Jawatankuasa Program berkenaan, Datuk Jailani Ngah.

'Tun M, apa pilihan yang PPBM ada?' - Shamsul Anuar
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa melalui masa depan gelap bersama Pakatan Harapan walaupun lari dari asas sebenar penubuhan PPBM.

'Mukhriz gila talak dengan UMNO' - Shaiful Hazizy
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir disifatkan sedang dilanda sindrom gila talak apabila berterusan mengambil peduli isu dalaman UMNO.

Adakah Muhyiddin, Mukhriz sokong Syed Saddiq? - Shaiful Hazizy
Pemuda UMNO Kedah mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menyokong surat terbuka Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

'Muhyiddin gagal dalam perang psikologi politik' - Pemuda UMNO Kedah
Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal dalam perang psikologi apabila cuba memujuk diri sendiri dengan mendakwa Barisan Nasional (BN) akan tumbang di Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Mukhriz dicabar dedah ahli UMNO mahu sertai PPBM
Datuk Seri Mukhriz Mahathir dicabar mendedahkan mana-mana ahli UMNO yang berjawatan yang mahu menganggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

'Tolong keluar UMNO kalau dalam hati ada Mukhriz'
Mana-mana ahli UMNO yang tertarik dengan fitnah golongan kecewa dengan parti diminta segera membuat keputusan meninggalkan organisasi keramat orang Melayu itu.

'Pemecatan Muhyiddin, Mukhriz penyelesaian masalah UMNO' - Bastien
Pemecatan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan penyelesaian masalah yang membelenggu parti selama hampir dua tahun.

Mukhriz dicabar tubuh parti dan bertanding di Kedah
Pemuda UMNO Kedah mencabar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menubuhkan sebuah parti baru dan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di atas populariti sendiri tanpa bantuan jentera UMNO dan BN.