ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah menerima pelaburan diluluskan berjumlah RM14.6 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2023, kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau berkata angka itu satu pencapaian membanggakan yang dipacu dengan kelengkapan fasiliti yang disediakan di negeri itu terutamanya di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) selain kepantasan membuat kelulusan.
"Ini satu pencapaian yang membanggakan dalam tempoh enam bulan dan mungkin kita akan mencatat lebih daripada itu dalam tempoh enam bulan lagi. Sasaran Kedah dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 iaitu setiap tahun kita akan mencapai puratanya RM10 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Kulim Technology Park Corporation di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Mengulas berkenaan Kedah Rubber City (KRC) di Padang Terap, Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri telah melaksanakan tanggungjawab bagi menyediakan fasiliti di KRC antaranya aspek pengambilan tanah dan pembekalan air.
"KRC itu yang tertinggal cuma elektrik, dan kerajaan (negeri) telah menyelesaikan semua tanggungjawab kerajaan, sudah membuat pengambilan tanah untuk Tenaga Nasional Bhd memasang talian penghantaran voltan tinggi.
"Dari segi bekalan air juga cukup. Sebagai permulaan, 10 mld (juta liter sehari) pun kita ada (mampu sediakan)," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri menjangkakan lebih ramai pelabur berminat untuk melabur di KRC kerana memiliki kawasan yang luas dan berpotensi besar terhadap produk huluan dan hiliran berasaskan getah.
"Ini baru fasa satu. Sebenarnya kita lihat sektor getah ada huluan dan hiliran. Ada banyak lagi sektor hiliran dalam sektor getah ini. Saya lihat banyak produk yang Lembaga Getah Malaysia melakukan penyelidikan untuk menghasilkan pelbagai produk. Kesemuanya boleh dibawa masuk ke KRC," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Beliau berkata angka itu satu pencapaian membanggakan yang dipacu dengan kelengkapan fasiliti yang disediakan di negeri itu terutamanya di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) selain kepantasan membuat kelulusan.- Gambar fail/Sinar Harian

Menang Oscar, pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: Siasat Ismail Sabri, bukan sebab politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ayam golek RM1 habis dalam masa sejam, peniaga alu-alukan infak orang ramai
Restoran Terubuk Bakar di Jalan Langgar mencipta fenomena apabila ayam bakar dijual pada harga RM1 habis dalam masa kurang dari sejam pada Ahad.

PM Anwar terima kunjungan delegasi pimpinan Muhammadiyah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi pimpinan Muhammadiyah, sebuah pertubuhan Islam dari Indonesia yang diketuai Ketua Umumnya Prof Dr Haedar Nashir.

Kelemahan mental punca beregu pelapis lelaki tersingkir awal - Herry
"Saya perlukan masa untuk ubah sedikit cara mereka bermain. Kalau tengok pada latihan memang tunjuk peningkatan namun ia berbeza semasa bertanding."

Hanya pengamal perubatan berkelayakan dibenar diagnosis penyakit mental
Pengamal perubatan berkenaan termasuk pakar psikiatri dan pegawai perubatan yang kompeten dalam menilai keadaan psikologi pesakit.

Kes lupus e-sisa haram: SPRM sita 61 akaun bank dengan nilai RM15 juta
SPRM turut melakukan tangkapan terhadap 26 individu, termasuk pemilik dan pengarah syarikat serta pegawai penguat kuasa.
Elakkan jualan panik dalam ketidaktentuan pasaran
Menurut Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, jualan panik oleh pelabur sering didorong oleh emosi dan bukannya analisis rasional. Pelabur perlu menilai kekuatan syarikat berdasarkan faktor seperti pertumbuhan pendapatan, model perniagaan yang berdaya tahan dan prospek jangka panjang.
Pemuda PAS bantah, dakwa hak pemilik terabai
Pemuda PAS Malaysia membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) kerana mendakwa perubahan nilai ambang kelulusan projek boleh menafikan hak golongan minoriti.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Hafez Sabri, menjelaskan bahawa ketetapan baharu yang menurunkan nilai ambang kepada 80 peratus, 75 peratus dan 51 peratus boleh menyebabkan pemilik minoriti terpinggir.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Hafez Sabri, menjelaskan bahawa ketetapan baharu yang menurunkan nilai ambang kepada 80 peratus, 75 peratus dan 51 peratus boleh menyebabkan pemilik minoriti terpinggir.

Sektor automotif Malaysia beralih kepada pertumbuhan e-mobiliti - Tengku Zafrul
Malaysia menyasarkan untuk menerajui rantau ini dalam teknologi mobiliti pintar dan cekap tenaga, dengan penekanan kepada R&D dan kerjasama global.

Anwar dijadual lancar projek pembangunan infra penanaman padi di Kedah hari ini
Majlis yang dijadual bermula 2.30 petang itu dijangka turut dihadiri Datuk Seri Mohamad Sabu dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Pengajar didakwa cabul pelajar lelaki
Seorang tenaga pengajar di sebuah madrasah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki di sebuah hotel, Sabtu lalu.

Amuk: Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang
Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang Ketika cuba menahan seorang lelaki yang mengamuk di Taman Seri Astana, Sungai Petani petang semalam.

Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.

Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Victor Andrag harap rentak kemenangan KDA FC berterusan
Ketua Jurulatih Interim Kedah Darul Aman (KDA) FC Victor Andrag berharap rentak kemenangan pasukannya akan berterusan di sebalik isu tunggakan gaji yang dihadapi.

Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.

Liga Super: Kedah nafi tarik diri, tiada hasrat ke liga amatur
KDA FC menegaskan bahawa mereka akan terus bersaing dalam Liga Super Malaysia dan menafikan segala khabar angin yang dimaksudkan sebelum ini.

Banjir: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim kembali beroperasi hari ini
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup akibat bencana banjir sejak 10 hari lalu, kembali beroperasi hari ini.

Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.