Kerajaan akan memberi tumpuan untuk mengimbangi objektif pengukuhan kedudukan fiskal serta penekanan pertumbuhan ekonomi mampan dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di antara 2018 hingga 2020.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Pakatan Harapan akan turut memberi perhatian khusus bagi meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi yang mencipta nilai, memacu perkembangan pelaburan langsung asing yang dapat membuka peluang pekerjaan baru serta pemindahan teknologi berimpak tinggi bagi mencipta rantaian nilai lebih tinggi.
"Ini seterusnya akan menjana pendapatan negara," katanya ketika menggulung Usul Kajian Separuh Penggal RMK11 di Parlimen yang kemudiannya telah diluluskan Dewan Rakyat, pada Khamis.
Menurut Mohamed Azmin, Malaysia adalah sebuah negara mesra pelabur dan akan terus menggalakkan aktiviti pelaburan daripada semua negara termasuk China.
Bagaimanapun, tegasnya, pelaburan dengan nilai tambah tinggi akan diberi keutamaan dalam usaha menggalakkan inovasi dan automasi, pemindahan teknologi serta mewujudkan pekerjaan mahir kepada rakyat Malaysia.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata kerajaan yakin ekonomi negara mampu berkembang pada kadar antara 4.5 hingga 5.5 peratus setahun dalam tempoh akhir RMK11 itu berdasarkan asas-asas ekonomi yang lebih kukuh.
Jelasnya, seiring suasana ketidakstabilan ekonomi dunia termasuklah impak pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan perdagangan dengan negara anggota ASEAN, khususnya hubungan ekonomi dan perdagangan melalui wahana kerjasama wilayah kecil seperti Segitiga Pertumbuhan Indonesia Malaysia Thailand (IMTGT) dan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (BIMPT-EAGA).
"Kita yakin langkah memperkukuh kerjasama ini akan menjana pertumbuhan ekonomi dan seterusnya memanfaatkan krisis yang berlaku. Kerajaan juga sentiasa memantau perkembangan pertikaian perdagangan antara AS dan China memandangkan Malaysia mempunyai hubungan perdagangan yang signifikan dengan kedua-dua negara tersebut," katanya.
Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2018, perdagangan Malaysia dengan AS dan China mewakili satu perempat daripada jumlah perdagangan iaitu masing-masing pada 8.2 peratus dan 16.8 peratus.
Menurut Mohamed Azmin, sebagai sebuah ekonomi bersaiz kecil tetapi amat terbuka, perang perdagangan itu dijangka memberi impak sekiranya ia berlanjutan.
Dalam pada itu, menyentuh isu royalti petroleum, beliau berkata kerajaan akan memastikan bayaran royalti dilunaskan kepada negeri-negeri terbabit.
"Perkara ini kita akan kemukakan kepada Kementerian Kewangan...tetapi Yang Berhormat sedia maklum bukan sahaja penyaluran bayaran royalti yang mungkin sedikit lewat, tetapi kerana kedudukan kewangan negara yang perlu kita 'recalibrate' (teliti semula) untuk melihat keutamaan-keutamaan bagi memastikan perjalanan pentadbiran kerajaan dan pertumbuhan ekonomi dapat terus dipacu," katanya.
Menurutnya, kerajaan juga menyambut baik hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk menarik balik saman yang dikemukakan terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan berhubung tuntutan bayaran tunai.
"Saya yakin tindakan ini akan mewujudkan suasana yang lebih kondusif dalam rundingan dan perbincangan mengenai royalti minyak supaya memberi keputusan menang-menang bagi pengagihan yang lebih adil," katanya.
Selain itu, beliau berkata kerajaan bakal melaksanakan beberapa inisiatif bagi meningkatkan pendapatan dan kuasa beli golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) serta mengurangkan ketidaksamarataan sosioekonomi.
Inisiatif itu bertujuan meningkatkan kapasiti dan keupayaan isi rumah supaya dapat meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan, menggalakkan keusahawanan dan meningkatkan produktiviti, katanya.
Menyentuh Dasar Ekonomi Baru (DEB), Mohamed Azmin menyifatkan pelaksanaan dasar itu serta semangatnya masih lagi relevan dan akan terus diperkasakan melalui dasar-dasar baharu lebih strategik serta sesuai dengan keperluan semasa.
"Tindakan afirmatif akan diteruskan untuk membangunkan potensi Bumiputera bagi meningkatkan penyertaan mereka dalam ekonomi negara, seterusnya mencapai pengagihan kekayaan secara saksama," katanya.
Ketika ditemui di lobi Parlimen, Mohamed Azmin menegaskan kerajaan tidak akan melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun Barisan Nasional (BN) mengesyorkan cukai tersebut pada kadar tiga peratus sewaktu memperkenalkan satu belanjawan bayangan 2019, hari ini.
Malah, katanya, sekiranya BN tetap berhasrat melaksanakan GST itu, mereka sepatutnya mengemukakannya dalam bentuk manifesto dan menyerahkan kepada rakyat untuk menerima cadangan itu atau sebaliknya.
--BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018
sebagai sebuah ekonomi bersaiz kecil tetapi amat terbuka, perang perdagangan itu dijangka memberi impak sekiranya ia berlanjutan.
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
Perkembangan banjir di lima negeri yang masih terjejas
Jumlah Mangsa banjir di lima negeri mencatatkan seramai 806 mangsa daripada 152 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
Majikan dapat pelepasan cukai bantu bayar PTPTN pekerja
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata jumlah itu memanfaatkan 30 peminjam PTPTN malah majikan berkenaan telah diberikan insentif iaitu pelepasan cukai oleh kerajaan.
Tiada lanjutan program PKPS - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata ini kerana tiada tempoh lanjutan akan dibuat selepas tempoh PKPS yang akan berakhir esok.
Cukai minuman bergula wajar demi kesihatan
Sesuatu yang manis tidak akan jadi nikmat selama-selamanya dan itulah yang berlaku kepada Hadi apabila selera negatifnya itu akhirnya membawa padah setelah disahkan menghidap penyakit diabetes.
Abang Johari sangkal Sarawak muflis dalam tempoh tiga tahun lagi
Dakwaan tersebut telah dibuat tanpa mengambil kira pendapatan Sarawak daripada pelbagai sumber seperti minyak dan gas di samping kerajaan negeri mengamalkan tadbir urus kewangannya dengan cemerlang.
Teknologi elemen penting dalam perkembangan ekonomi - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan ketika ini termasuk menyediakan dana bantuan seperti terkandung dalan Belanjawan 2019.
RM16 juta bagi rawatan penyakit yang jarang berlaku - Dr Dzulkefly
Kerajaan memperuntukkan RM16 juta di bawah Belanjawan 2019 bagi rawatan pesakit yang menghidap penyakit yang jarang berlaku.
Tiada keperluan mendadak untuk semak semula Belanjawan - Dr Mahathir
Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri berkata ini juga berikutan faktor turun naik harga minyak berkenaan.
Maszlee mohon peruntukan tambahan untuk SK dan sekolah agama
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata perkara itu masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.
Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH - Waytha Moorthy
Katanya, nasib masyarakat India di negara ini kini lebih diberikan perhatian di bawah pentadbiran kerajaan PH melalui pelbagai usaha menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.
Tiga bank sah dilantik pengatur utama bon Samurai
Pelantikan ini dibuat setelah Kementerian Kewangan menyenarai pendek enam daripada 27 bank yang dicadangkan sehingga 2 November, 2018, kata Lim Guan Eng.