Sentimen kegelisahan dalam pasaran tempatan ekoran kejutan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah bersifat sementara dan akan lenyap sebaik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan barisan Kabinetnya.
Tokoh perbankan yang juga Pengerusi Institut Perbankan Berkanun Asia (AICB), Tan Sri Azman Hashim berkata beliau yakin dengan keupayaan perdana menteri baharu itu berikutan pengalaman dan kepakaran Dr Mahathir mengemudi negara ini ketika krisis mata wang Asia pada 1997.
"Kita yakin dengan apa yang mampu dicapai Dr Mahathir dan saya percaya keyakinan pelabur akan kembali ke pasaran dengan pantas," katanya pada sidang media selepas Majlis Graduasi AICB di sini, hari ini.
Azman berkata, Dr Mahathir juga telah memberi keutamaan terhadap usaha meneliti keadaan kewangan dan ekonomi negara yang sememangnya baik bagi menyuntik keyakinan pelabur.
Selain itu, beliau turut menegaskan keutamaan pendidikan profesional dan peri pentingnya aspek keahlian AICB untuk mereka yang menyertai sektor itu, sejajar dengan perubahan yang melanda landskap perbankan masa kini.
"Sebagaimana yang anda ketahui, penyelewengan serius yang berlaku dalam krisis kewangan lepas telah menjejaskan reputasi sektor perbankan. Ini membuktikan krisis profesionalisme dalam kalangan ahli perbankan dan seterusnya menyebabkan kehilangan keyakinan dan kepercayaan awam.
"Ingin saya ingatkan, aspek kepercayaan masih merupakan teras perbankan. Kita berada dalam satu bidang yang mana orang ramai menyimpan wang dalam bank kerana mereka percayakan kita.
"Oleh itu, tanggungjawab kita adalah melindungi integriti dan kestabilan sistem perbankan yang menjadi nadi kepercayaan dan keyakinan awam terhadap industri kewangan," katanya.
Azman berkata keahlian AICB juga telah meningkat kepada lebih 17,000 setakat ini berbanding 12,000 pada akhir tahun lepas. -- Bernama
Bernama
Sat May 12 2018

AZMAN: Kita yakin dengan apa yang mampu dicapai Dr Mahathir dan saya percaya keyakinan pelabur akan kembali ke pasaran dengan pantas. - BERNAMA/Fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

AI Generatif dapat jana kapasiti produktif bernilai US$113.4 bilion - AICB
Sektor kewangan sentiasa menjadi perintis dalam inovasi teknologi dan sektor perbankan telah menggunakan AI dalam rantaian nilainya sejak sekian lama.

Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.

Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim tawan puncak Kinabalu pada usia 84 tahun
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim membuktikan usia hanyalah sekadar angka selepas beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara, Selasa lepas pada usia 84 tahun.

Industri kewangan mesti bekerjasama perangi jenayah kewangan, penipuan - AICB
Azman Hashim berkata kepercayaan dalam kalangan negara juga penting untuk berkongsi risikan, kerjasama dalam penyiasatan, dan mengharmonikan peraturan AML dan CTF.

Bank digital jadikan industri perbankan semakin kompetitif
Azman berkata, kewangan sosial juga bersedia untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam industri.

Gabungan AmBank, RHB dan minat Grab hanya 'bualan pasaran' setakat ini
Pada masa ini tiada sebarang perkembangan atau kemajuan baharu berkaitan cadangan tersebut.

Ambank Group lantik Md Nor Yusof sebagai pengerusi
AmBank Group telah mengumumkan pelantikan Tan Sri Md Nor Yusof sebagai pengerusi baharunya.

Azman Hashim bersara sebagai pengerusi berkuat kuasa 31 Mac - AmBank Group
AmBank Group mengumumkan bahawa Tan Sri Azman Hashim akan bersara sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarahnya berkuat kuasa 31 Mac, 2022.

Voon ganti Azman sebagai Pengerusi AmBank
Azman, 79, kekal sebagai Pengerusi AMMB Holdings.

'Kegelisahan pasaran tempatan akan lenyap selepas Kabinet dibentuk' - Azman Hashim
Tokoh perbankan, Tan Sri Azman Hashim berkata sentimen kegelisahan dalam pasaran tempatan kini hanya bersifat sementara.