KUALA LUMPUR: Kemunculan kegiatan pengambilan untung di tengah-tengah sentimen lemah berikutan prestasi semalaman Wall Street yang kurang menggalakkan mendorong Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi urus niaga Khamis.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.58 mata kepada 1,459.45 daripada 1,462.03 pada penutup semalam.
Indeks utama memulakan dagangan pada paras 1,460.36, turun sedikit sebanyak 1.67 mata.
Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 131 berbalas 100, manakala 214 kaunter tidak berubah, 1,842 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 134.67 juta unit bernilai RM55.44 juta.
Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street mempamerkan prestasi lemah apabila peniaga terus menantikan pengeluaran angka indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) untuk Julai lewat hari ini bagi mendapatkan hala tuju selain disebabkan oleh penurunan taraf sektor perbankan negara oleh Moody's.
Sementara di dalam negara, beliau berkata FBM KLCI ditutup lebih tinggi semalam apabila pembelian daripada dana asing terus melonjakkan indeks utama ke paras tertinggi dalam tempoh lima bulan.
"Berdasarkan corak belian ini, kami mengunjurkan indeks akan meningkat lebih tinggi, justeru, indeks dijangka berlegar dalam julat 1,460 dan 1,470 hari ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan momentum belian di Bursa akan kekal stabil, disokong oleh pulangan kedudukan belian bersih daripada dana asing.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing susut tiga sen kepada RM8.97 dan RM5.62 manakala Public Bank dan Tenaga, kedua-duanya kehilangan dua sen untuk mencatatkan harga RM4.15 dan RM9.62.
IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM5.95 sementara Petronas Chemicals dan CelcomDigi tidak berubah, masing-masing merekodkan harga RM6.85 dan RM4.44.
Saham aktif pula, Classita peroleh setengah sen kepada 10.5 sen, Bumi Armada meraih dua sen menjadi 52.5 sen, Handal dan Tanco turun setengah sen, masing-masing mencatatkan 26 sen dan 54.5 sen, dan Advance Synergy tidak berubah pada 17.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 14.32 mata menjadi 10,705.38, Indeks FBMT 100 susut 14.75 mata kepada 10,705.38 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 1.42 mata kepada 10,942.37.
Indeks FBM 70 susut 4.38 mata kepada 13,993.88 dan Indeks FBM ACE lemah 2.68 mata kepada 5,313.08.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 45.84 mata kepada 16,311.35, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.01 mata menjadi 167.08, manakala Indeks Tenaga naik 6.3 mata kepada 831.99, dan Indeks Perladangan menambah 0.96 mata untuk mencatatkan paras 7,170.8.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.58 mata kepada 1,459.45 daripada 1,462.03 pada penutup semalam. -Gambar fail/Bernama
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.