KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd telah menyediakan semua keperluan penyenaraian dan peraturan perniagaan sedia ada dalam Bahasa Malaysia (BM), sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai kaedah bagi menjalin perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Selain itu, keperluan penyenaraian yang diterjemahkan dan peraturan perniagaan dalam BM adalah sebahagian daripada usahanya untuk menggalakkan keterangkuman serta akses yang lebih besar di kalangan peserta pasaran dan pelabur.
"Terjemahan Kehendak-kehendak Penyenaraian dan Kaedah-kaedah Perniagaan sedia ada ke Bahasa Malaysia adalah bersesuaian dengan kepelbagaian latar belakang para peserta pasaran dan pelabur kami.
"Ia akan memudahkan lagi pemahaman, akses serta pematuhan terhadap kaedah-kaedah yang ditetapkan Bursa Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Muhamad Umar Swift dalam satu kenyataan pada Selasa.
Kehendak-kehendak Penyenaraian dan Kaedah-kaedah Perniagaan yang diterjemahkan kini boleh didapati di laman sesawang Bursa Malaysia melalui pautan-pautan berikut:
i. Kehendak-kehendak Penyenaraian:
https://www.bursamalaysia.com/bm/regulation/listing_requirements/main_marke t/listing_requirement
ii. Kaedah-kaedah Sekuriti:
https://www.bursamalaysia.com/bm/regulation/securities/rules_of_bursa_malaysi a_securities
iii. Kaedah-kaedah Derivatif:
https://www.bursamalaysia.com/bm/regulation/derivatives/rules_of_bursa_malay sia_derivatives
iv. Kaedah-kaedah Bursa Malaysia Bonds Berhad:
https://www.bursamalaysia.com/bm/regulation/bonds/rules_of_bursa_malaysia_bonds
v. Kaedah-kaedah Labuan International Financial Exchange Inc.:
https://www.bursamalaysia.com/bm/regulation/lfx/rules_of_lfx
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021

Bursa Malaysia telah menyediakan semua keperluan penyenaraian dan peraturan perniagaan sedia ada dalam Bahasa Malaysia (BM). -Gambar fail/BERNAMA
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.