KUALA LUMPUR: Penjelasan lanjut mengenai hala tuju kadar faedah oleh bank-bank pusat utama dijangka memberikan sokongan kepada ringgit dan mata wang pasaran sedang pesat membangun pada masa hadapan, kata Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC).
Dalam laporan ringkasan mesyuarat 7 Ogos yang dikeluarkan hari ini, FMC berkata ringgit telah mengukuh sebanyak 2.5 peratus berbanding dolar AS sejak mesyuarat 19 Jun lepas dan didagangkan lebih baik berbanding mata wang serantau lain.
"Sentimen pasaran sekitar ringgit secara amnya bertambah baik. Peserta pasaran menjangka Rizab Persekutuan AS akan menghampiri penghujung kitaran kenaikan kadarnya berikutan tanda-tanda inflasi yang menyederhana selain usaha pihak berkuasa China yang terus membuat pelbagai langkah bagi merangsang pemulihan ekonominya," kata jawatankuasa itu.
FMC berkata pemulihan sentimen pasaran dapat dilihat daripada minat asing yang kukuh dalam pasaran kewangan domestik.
"Bukan pemastautin meneruskan pembelian bon kerajaan Malaysia dengan peningkatan pegangan tahunan yang sehingga kini mencecah RM22.5 bilion menjelang akhir Jun," katanya.
FMC ketika mengulas mengenai pasaran ekuiti menjelaskan pelabur bukan pemastautin merekodkan aliran masuk RM1.4 bilion pada Julai, pemulihan selepas menyaksikan aliran keluar 10 bulan berturut-turut dan menyumbang kepada prestasi kukuh FTSE Bursa Malaysia KLCI sebanyak 6.0 peratus.
Mesyuarat itu juga mengambil maklum respons positif daripada peserta pasaran mengenai kenyataan FMC pada Jun termasuk pengesahan semula daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk terus membendung turun naik atau susut nilai yang berlebihan melalui campur tangan dalam pasaran pertukaran asing.
"Untuk tujuan ini, mesyuarat itu juga mengesahkan kepentingan ringgit akan ditentukan oleh kuasa pasaran bagi membolehkan pelarasan berlaku sejajar dengan perkembangan global serta asas domestik," kata jawatankuasa berkenaan.
Memandangkan pengukuhan ringgit baru-baru ini, mesyuarat itu juga menyatakan bahawa beberapa pengeksport telah meningkatkan penukaran hasil eksport manakala pengimport terus menguruskan pembelian dan melindung nilai dolar US untuk keperluan perniagaan mereka.
"Namun begitu, ahli telah mengambil maklum usaha berterusan oleh bank dalam pesisir dalam melibatkan pelanggan korporat mereka mengenai strategi bagi mengurus baki mata wang asing mereka dengan lebih baik, berdasarkan peralihan dalam kadar faedah global serta tahap diskaun hadapan dolar US pada kos lindung nilai," kata FMC.
Mengenai prospek pertumbuhan ekonomi, jawatankuasa itu positif dengan pengumuman baru-baru ini mengenai rangka kerja Ekonomi Madani serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang berpotensi meningkatkan daya saing ekonomi, memudahkan peralihan kepada ekonomi yang lebih mampan dan menyediakan sokongan untuk prospek jangka panjang ringgit.
"Mesyuarat itu menekankan keperluan untuk komitmen berterusan dan pelaksanaan yang berkesan dalam memastikan kejayaan inisiatif ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023
![Kejelasan dalam hala tuju faedah bank pusat utama akan menyokong ringgit - FMC Kejelasan dalam hala tuju faedah bank pusat utama akan menyokong ringgit - FMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670502976_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit telah mengukuh sebanyak 2.5 peratus berbanding dolar AS sejak mesyuarat 19 Jun lepas dan didagangkan lebih baik berbanding mata wang serantau lain. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Ringgit ditutup rendah berikutan ekonomi AS menunjukkan tanda pemulihan Ringgit ditutup rendah berikutan ekonomi AS menunjukkan tanda pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit ditutup rendah berikutan ekonomi AS menunjukkan tanda pemulihan
Ringgit meneruskan trend penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ekonomi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
![Bank of England dijangka kekalkan kadar asas selepas inflasi meningkat Bank of England dijangka kekalkan kadar asas selepas inflasi meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734277465_BankofEngland.jpg)
Bank of England dijangka kekalkan kadar asas selepas inflasi meningkat
Bulan lepas, angka rasmi menunjukkan inflasi meningkat semula kepada 2.3 peratus pada Oktober, lonjakan tertinggi dalam tempoh dua tahun.
![Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732795740_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah pada Khamis berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pengukuhan mata wang itu yang didorong oleh ketidaktentuan yang memuncak dalam geopolitik.
![Kadar faedah AS turun, Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring pasaran serantau Kadar faedah AS turun, Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring pasaran serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726743122_BursaMalaysia.jpg)
Kadar faedah AS turun, Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring pasaran serantau
Sewaktu pasaran ditutup, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.06 mata atau 0.3 peratus kepada 1,665.65.
![Rizab Persekutuan Amerika akhirnya turunkan 50 mata asas kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika akhirnya turunkan 50 mata asas kadar faedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726701379_tbecclesbuilding.jpg)
Rizab Persekutuan Amerika akhirnya turunkan 50 mata asas kadar faedah
Pemotongan itu bertujuan meredakan kembali pasaran pekerjaan dan menurunkan kadar inflasi.
![Ringgit mengukuh menjelang jangkaan penurunan kadar faedah AS Ringgit mengukuh menjelang jangkaan penurunan kadar faedah AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724470790_Duitjutakela.jpg)
Ringgit mengukuh menjelang jangkaan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.3460/3500 berbanding dolar AS daripada 4.3470/3505 semasa ditutup pada Isnin.
![Pasaran getah ditutup rendah Pasaran getah ditutup rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714826601_Penorehgetah.jpg)
Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh penurunan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras global.
![Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723782600_Duitjutakela.jpg)
Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan
Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan ketika ditutup pada Isnin, didorong kebimbangan yang semakin reda terhadap potensi kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
![Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat ke paras 4.4710/4750 berbanding dolar AS daripada 4.4950/5010 pada penutup semalam.