KUALA LUMPUR: Kejelasan dasar-dasar termasuk ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dapat membantu dalam menarik pelaburan dan mengukuhkan kedudukan nilai ringgit, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, prestasi mata wang ringgit pada tahun ini sebahagian besarnya didorong oleh faktor luaran seperti pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) yang mendadak berikutan kadar faedah AS yang lebih tinggi, serta keadaan ekonomi China yang lebih lemah daripada jangkaan.
Oleh itu, kebanyakan mata wang dunia telah mengalami penurunan nilai bagi tahun 2023 dan penyusutan nilai ringgit adalah berikutan tindakan Rizab Persekutuan AS yang menaikkan kadar faedah.
"Nilai ringgit tidak bergantung kepada fundamentals (asas-asas) seperti pertumbuhan (ekonomi) yang baik, pelaburan baik, inflasi turun atau kadar pengangguran turun, malah nilai ringgit susut juga tidak selari dengan dasar ekonomi yang diperkenalkan kerajaan.
"Dengan hanya menguatkan ekonomi tempatan dapat meningkatkan nilai ringgit dan kita mengambil pendekatan supaya tidak menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) dengan pertimbangan peningkatan nilai dolar AS semata mata," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengenai keberkesanan langkah kerajaan dalam menangani impak kejatuhan nilai ringgit yang semakin menyusut sehingga mencecah paras RM4.73 berbanding dolar AS.
Sementara itu, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah melaksanakan langkah-langkah jangka masa pendek bagi memastikan pelarasan ringgit berada dalam keadaan teratur.
Anwar berkata, untuk menangani kemeruapan (volatility) pasaran pertukaran asing, BNM akan terus menguruskan risiko-risiko dari perkembangan domestik dan luaran serta bersedia untuk menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan pasaran yang teratur.
"Beberapa langkah diambil oleh Bank Negara, umpamanya menetapkan eksport itu dengan ringgit. Manakala dalam beberapa persidangan saya berbincang dengan negara China dan juga di ASEAN di Jakarta meminta supaya kita menggunakan nilai mata wang tempatan untuk berdagang," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, menerusi insiatif Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (LCSF), Malaysia mempunyai pengaturan LCSF bersama Indonesia dan Thailand.
Beliau berkata, Malaysia juga antara negara pertama yang memeterai perjanjian pengaturan mata wang dengan People's Bank of China (PBC) pada 2009.
Beliau menjelaskan bahawa perjanjian itu memudahkan lagi penggunaan mata wang renminbi dan ringgit bagi tujuan pembayaran perdagangan dan pelaburan di antara China dan Malaysia.
Selain itu, Perdana Menteri mengakui untuk menghentikan sepenuhnya penggunaan dolar AS secara mendesak dalam perdagangan ketika ini adalah sukar, namun Malaysia lebih aktif dan agresif menekankan keperluan kegunaan mata wang tempatan," tambahnya. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Kejelasan dasar-dasar termasuk ekonomi MADANI, NETR dan NIMP 2030 dapat membantu dalam menarik pelaburan dan mengukuhkan kedudukan nilai ringgit, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar hiasan
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.