LABUAN: Masalah kelewatan penghantaran kargo menerusi kapal sehingga beberapa minggu lamanya didakwa menjadi punca kekurangan barangan bebas cukai, terutama pelbagai coklat import di Labuan yang juga pulau bebas cukai.
Malah, rak-rak di premis bebas cukai di pulau tersebut telah kosong selama hampir sebulan ketika kebanyakan pengusaha terbabit terus bergelut untuk menambah stok sedia ada yang turut memberi kesukaran kepada pengguna tempatan dan pelancong.
Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Labuan (LCCCI) Datuk Wong Kii Yii berkata, satu-satunya perkhidmatan perkapalan (pengangkutan kargo) yang singgah di Pelabuhan Labuan hanya berbuat demikian dua kali sebulan dan menjadi punca gangguan bekalan tersebut.
"Kelewatan sehingga beberapa minggu lamanya terbukti memberi impak besar ke atas perniagaan, terutama imej Labuan sebagai sebuah pulau bebas cukai. Ekonomi Labuan semakin pulih secara perlahan-lahan namun cabaran akan terus ada.
"Kami optimis bahawa ekonomi Labuan ini akan kembali pulih selepas mengharungi pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas yang menjejaskan kehidupan rakyat serta perniagaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Menurut Wong, ada segelintir pengimport yang terpaksa beralih kepada tindakan mengimport kargo mereka (dari Singapura dan beberapa negara Eropah) menerusi Pelabuhan Sepanggar di Sabah bagi memastikan kelangsungan perniagaan biarpun ia menyebabkan kos pengangkutan yang ketara.
"Ini dialami oleh salah seorang ahli kami yang mengendalikan sebuah kedai bebas cukai. Beliau lazimnya membawa masuk dua hingga tiga kontena sebulan yang merangkumi pelbagai barangan, termasuk coklat berjenama dari negara-negara Eropah dan Singapura.
"Namun kini, rak barangan (bukan beralkohol) jualannya kosong dan tiada apa untuk dijual," katanya.
Sehubungan itu, Wong berkata LCCCI akan mengutus surat kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong mengenai masalah tersebut yang menjejaskan kelangsungan perniagaan selain bagi memastikan rantaian bekalan terbabit terus bertahan.
"Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada keadaan itu disebabkan oleh tindak tanduk antipersaingan atau sama ada ia membolehkan sebarang campur tangan pihak berwajib.
"Kami masih dalam proses membincangkan perkara itu dengan penggiat pasaran untuk memahami keadaan serta langkah bagi menanganinya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
Manurut Datuk Wong Kii Yii, ekonomi Labuan semakin pulih secara perlahan-lahan namun cabaran akan terus ada. - Bernama
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
ACLE: AFC anggap cipta impak besar, Arif Aiman kekal rendah diri
Pemain sayap lincah berkenaan memilih untuk merendah diri dan memberikan kredit penuh buat pasukannya.
Kastam gagalkan 135 cubaan seludup dadah melalui mod udara tahun ini
Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 22 peratus atau 24 kes berbanding 111 kes yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.
Boeing ramal hampir 44,000 pesawat diperlukan menjelang 2043
Boeing jangka jumlah keseluruhan pesawat penumpang dan kargo yang digunakan di seluruh dunia akan hampir dua kali ganda menjelang 2043.
DJI hantar kargo di Gunung Everest guna dron
Dron DJI FlyCart 30 (FC30) berjaya membawa kargo dalam bentuk tong oksigen, beg sandang dan bekalan makanan sehingga 15 kilogram.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kemudahan Lapangan Terbang Pulau Pinang masih mampu kendali permintaan penumpang, kargo
LTAPP pada masa ini masih mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk mengendalikan sebarang peningkatan.
Seorang lelaki ditahan susulan penemuan uranium di Lapangan Terbang Heathrow
Polis di Cheshire menahan seorang lelaki berusia 60-an pada Sabtu di bawah seksyen sembilan Akta Keganasan.
Tempoh selesai kendali kargo di Pelabuhan Labuan kini hanya 24 jam
Pelabuhan yang baru dinaik taraf itu akan mewujudkan peluang dan perniagaan baharu yang akan memberi manfaat kepada Labuan.
Kelewatan kargo punca kekurangan barangan bebas cukai di Labuan
Rak-rak di premis bebas cukai telah kosong selama hampir sebulan ketika kebanyakan pengusaha terus bergelut untuk menambah stok sedia ada.
MAQIS rampas lebih 2,000 pokok orkid dari Taiwan
Rampasan di kawasan kargo Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) itu adalah kerana tidak mematuhi syarat import.
12 individu langgar SOP berkumpul untuk solat berjemaah
Kesemua mereka yang berusia antara 23 hingga 60 tahun itu dikesan berkumpul semasa pemeriksaan dijalankan pada pukul 1.30 tengah hari.