Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus hingga akhir tahun ini untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.
Kenanga berkata, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat memberi isyarat mengenai dua lagi kenaikan kadar menjelang akhir tahun, yang mungkin mencetuskan aliran keluar dana dari pasaran pesat membangun.
"Ada kemungkinan ketegangan perdagangan semasa akan meningkat dan bertukar menjadi perang perdagangan global, yang akan turut menjejaskan pasaran," kata bank pelaburan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Selain mengekalkan OPR pada tahap itu, BNM pada mesyuarat jawatankuasa dasar monetari keempatnya juga mengekalkan kadar keperluan rizab (SRR) pada 3.50 peratus.
BNM juga mengunjurkan kadar inflasi yang lebih rendah.
"Sejajar dengan unjuran kami, BNM berkata inflasi menyeluruh bagi 2018 diunjurkan lebih rendah daripada unjuran terdahulu, dengan mengambil kira impak daripada langkah-langkah dasar terhadap faktor kos domestik baru-baru ini.
"Impak daripada langkah itu, seperti kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan dan subsidi bahan api ke atas inflasi, menurut BNM ' sebagai sementara, dan pada kedudukan ini, indeks harga pengguna rasmi (IHP) yang diunjurkan pada 2.0 peratus - 3.0 peratus bagi 2018, akan disemak semula," katanya.
Kenanga Investment sebelum ini menyemak unjuran IHP 2018 kepada 1.8 peratus daripada 2.8 peratus.
Mesyuarat MPC akan datang dijadualkan pada 5 Sept. -- Bernama
Bernama
Thu Jul 12 2018

Selain mengekalkan OPR pada tahap itu, BNM pada mesyuarat jawatankuasa dasar monetari keempatnya juga mengekalkan kadar keperluan rizab (SRR) pada 3.50 peratus.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.

Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".

1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.

Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.

BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.

Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.

RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju

OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.

OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.