UMW Holdings Berhad merekodkan hasil sebanyak RM2,856.8 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2016, menunjukkan hasil RM676.4 juta atau 19.1% lebih rendah berbanding hasil sebanyak RM3,533.2 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun 2015.
Keadaan ekonomi industri minyak dan gas yang mencabar ditambah dengan penyusutan mata wang ringgit yang berterusan telah menjejaskan keputusan kewangan Kumpulan UMW.
Kumpulan UMW melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM121.6 juta berbanding keuntungan sebanyak RM72.2 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Segmen automotif mencatatkan hasil yang lebih rendah sebanyak RM2,263.4 juta pada suku ini, berbanding RM2,596.1 juta yang diperolehi pada suku yang sama tahun lepas disebabkan oleh sentimen pasaran yang lemah dan persaingan yang sengit di antara penggiat industri yang lain.
Jumlah keseluruhan industri bagi suku ketiga tahun ini adalah 142,974 unit, penurunan sebanyak 12% berbanding 163,235 unit pada suku yang sama tahun 2015.
Walau bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai meningkat dari RM113.4 juta pada suku ketiga tahun 2015 kepada RM133.5 juta pada suku ini.
Permintaan tinggi untuk model kenderaan baru, Perodua Bezza yang dilancarkan pada Julai 2016 telah menyumbang kepada keuntungan yang lebih baik.
Hasil segmen jentera sebanyak RM342.8 juta bagi suku ketiga tahun 2016 menurun sebanyak 27.8% atau RM132.0 juta berbanding hasil sebanyak RM474.8 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun 2015. Ini adalah disebabkan oleh penurunan jualan jentera ekoran dari kelembapan sektor perlombongan dan persaingan hebat dalam sektor pembinaan.
Prestasi jualan di Myanmar telah dijejaskan oleh penerusan sekatan yang dikenakan oleh kerajaan baru Myanmar ke atas pengimportan jentera berat yang di bawa masuk ke negara itu.
Sejajar dengan hasil yang lebih rendah, keuntungan sebelum cukai menurun dari RM64.4 juta pada suku ketiga 2015 kepada RM33.6 juta pada suku ini.
Segmen pembuatan dan kejuruteraan mencatat hasil sebanyak RM144.6 juta pada suku ini, RM39.2 juta atau 21.3% lebih rendah dari hasil sebanyak RM183.8 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lepas.
Walaupun hasil berkurangan, keuntungan sebelum cukai telah meningkat dari RM0.8 juta kepada RM2.5 juta pada suku ini disebabkan prestasi meningkat dalam perniagaan penyerap kejutan kenderaan. Segmen minyak dan gas (tersenarai di Bursa) merekodkan hasil sebanyak RM49.7 juta, penurunan sebanyak RM163.0 juta dari hasil sebanyak RM212.7 juta pada suku yang sama tahun 2015.
Penggunaan aset penjana pendapatan yang rendah dan penekanan terhadap kadar carter yang berterusan telah nyata sekali menjejaskan hasil untuk segmen ini.
Berikutan penurunan hasil ini, segmen minyak dan gas merekodkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM133.0 juta berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM11.5 juta bagi suku yang sama tahun 2015.
Segmen minyak dan gas (tidak tersenarai di Bursa) mencatat hasil lebih rendah iaitu sebanyak RM58.4 juta pada suku ini, penurunan sebanyak RM11.6 juta berbanding RM70 juta pada suku yang sama tahun 2015.
Kemerosotan prestasi bagi segmen ini adalah disebabkan oleh harga pasaran minyak yang rendah. Walau bagaimanapun pengurangan kerugian sebanyak RM36.1 juta dilaporkan berbanding kerugian sebanyak RM65.1 juta pada suku yang sama tahun 2015 disebabkan oleh kos operasi lebih rendah di Oman.
"Prestasi Kumpulan ini telah dijejaskan oleh kelembapan industri minyak dan gas, penurunan permintaan pasaran tempatan terhadap kenderaan dan kemerosotan mata wang ringgit.
Cabaran dan ketidaktentuan pasaran mungkin menambah tekanan untuk kejejasan aset pada suku terakhir tahun ini dan akan memberi impak negatif kepada keputusan kewangan Kumpulan.
Pihak pengurusan akan terus mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan operasi dan terus menambah baik potensi perniagaan," kata Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan UMW, Encik Badrul Feisal bin Abdul Rahim. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2016

Keadaan ekonomi industri minyak dan gas yang mencabar ditambah dengan penyusutan mata wang ringgit yang berterusan telah menjejaskan keputusan kewangan Kumpulan UMW. - Gambar hiasan

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

UMW namakan Azmin Che Yusoff sebagai pemangku Presiden, CEO kumpulan
UMW Holdings Bhd melantik Azmin Che Yusoff sebagai pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan (P/GCEO) berkuat kuasa esok.

Keputusan kewangan suku ketiga UMW terjejas oleh kelembapan industri minyak dan gas
UMW Holdings Berhad merekodkan hasil sebanyak RM2,856.8 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2016, menunjukkan hasil RM676.4 juta atau 19.1% lebih rendah berbanding hasil sebanyak RM3,533.2 jut