KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal beralih kepada perkhidmatan awam berasaskan teknologi (GovTech) sebagai langkah untuk menyemarakkan lagi sektor syarikat pemula di Malaysia.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata tindakan ini akan membuka lebih banyak peluang kepada syarikat pemula menawarkan penyelesaian kepada perkhidmatan kerajaan, berbanding amalan bergantung sepenuhnya kepada vendor.
"Apa yang kita akan lakukan dipihak kerajaan adalah beralih ke GovTech. Ini bermakna, kita akan beralih daripada bergantung kepada vendor untuk memberikan perkhidmatan front-end dan back-end, ke arah penggunaan Pemuka Aplikasi Program atau Application Programming Interface (API).
"Ini akan membuka peluang kepada syarikat kecil untuk menawarkan solusi kepada API berkenaan, berbanding solusi kepada seluruh infrastruktur data. Selepas kerajaan beralih kepada sistem data bersepadu, kita boleh turut beralih kepada penyelesaian berasaskan API ini," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di sesi libat urus antara syarikat pemula Malaysia anjuran Ilham dan Malaysia Venture Capital Management (MAVCAP).
Rafizi menjelaskan bahawa kegagalan untuk mewujudkan industri syarikat pemula yang baik di Malaysia adalah kerana tindakan kerajaan sebelum ini yang hanya memperkenalkan dasar sebelum menyerahkan sepenuhnya kepada industri untuk menjayakannya.
Seterusnya, beliau menjelaskan kerajaan tidak akan mengulangi kesilapan memberikan peruntukan dan menggerakkan promosi, tanpa menyelesaikan soal penyertaan bakat dan membaiki ekosistem sektor tersebut secara menyeluruh.
"(Sebelum ini) Kita berikan peruntukan dan promosi awal tetapi tidak menyelesaikan isu berkaitan kumpulan minat terhadap industri syarikat pemula yang masih kecil dalam negara.
"Sekiranya syarikat pemula hanya dijadikan bahan paparan, tanpa tindakan lebih lanjut, termasuk lebih banyak penerangan dan penyertaan bakat yang lebih ramai, ia tidak akan berkembang.
"Kita telah membuat perancangan dan penelitian bahawa kita perlu beri tumpu kepada pendanaan Siri C berbanding Siri A dan Siri B," katanya lagi.
Pendanaan Siri A melibatkan pelaburan antara AS$2 juta hinga AS$15 juta sebagai permulaan sesebuah projek.
Pendanaan Siri B ialah pelaburan tahap lebih tinggi yang lebih tertumpu kepada mengembangkan capaian pasaran, manakala pendanaan Siri C ialah pelaburan daripada bank pelaburan dan dana ekuiti untuk syarikat yang sudah kukuh dan berjaya.
Irfan Faruqi
Tue Jun 13 2023

Rafizi berkata kerajaan bakal beralih kepada perkhidmatan awam berasaskan teknologi (GovTech). - Foto BERNAMA

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Dewan Rakyat lulus RUU CCUS 2025, beri peluang pengembangan pelaburan, ekonomi negara
Dewan Rakyat secara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 hari ini untuk memberi peluang kepada pengembangan pelaburan dan ekon

Arm Holdings pacu aspirasi cip semikonduktor Malaysia AS$270 bilion - Rafizi
Melalui perjanjian ini, Malaysia memperoleh pelbagai lesen dan kepakaran berkaitan semikonduktor untuk membantu syarikat tempatan membangunkan cip mereka sendiri.

Garis panduan baharu penyediaan RMK13 tangani ketirisan, kelewatan projek - Rafizi
Kementerian Ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) telah memperkenalkan Garis Panduan Penyediaan RMK13.

MyGAS 2025 fokus cabaran pembiayaan industri gas
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.

Perang tarif AS peluang untuk kerajaan percepat reformasi ekonomi - Rafizi
Ketidaktentuan ekonomi dunia ekoran langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menaikkan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico merupakan peluang untuk kerajaan mempercepat reformasi ekonomi.

Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.

Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.

Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.

Rafizi jangka cip, GPU buatan Malaysia dapat direalisasikan dalam tempoh lima sehingga 10 tahun
Malaysia dijangka dapat membangunkan cip dan unit pemprosesan grafik (GPU) 'Buatan Malaysia' dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.