KUALA LUMPUR: Kerajaan belum lagi membuat keputusan ke atas cadangan empat syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia yang mahu memiliki saham majoriti (51 peratus) dalam Digital Nasional Bhd (DNB), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan kerajaan akan memberikan respons ke atas permintaan syarikat berkenaan secepat mungkin.
"Masa kita membuat tawaran, kita sudah fikir banyak kali apa yang patut kita buat. Kita mahukan industri berkembang dan kita mesti sediakan satu persaingan setara, ia tidak boleh seperti undang-undang rimba, siapa kuat dia menang.
Kami mesti memastikan industri ini berkembang dan untuk ia berkembang, kami mesti memastikan peluang yang adil untuk setiap pihak... kini syarikat telekomunikasi tertentu mahu bergabung, okey - ia keputusan perniagaan mereka," katanya dalam sidang media Majlis Pelancaran "Yes 5G for All" di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah agensi berita asing mengenai cadangan yang dikemukakan empat syarikat telekomunikasi itu.
Apabila ditanya sama ada beliau yakin bahawa keempat-empat syarikat itu (Celcom, DiGi, Maxis dan U Mobile) akan dapat menyelesaikan urusan mereka menjelang tarikh akhir 30 Jun ini, Annuar berkata: "Saya tidak akan menunggu untuk sesiapapun ... terpulang kepada mereka untuk memutuskannya."
Beliau menegaskan tarikh akhir itu kekal kerana kerajaan tidak boleh terus tawar-menawar yang akan mengakibatkan DNB sukar melangkah ke hadapan dan DNB berhadapan tekanan untuk memastikan ia mampu untuk melaksanakannya dalam rangka masa ditetapkan.
"Sudah tentu mereka tidak akan mendapat tawaran terbaik seperti apa yang sebenarnya mereka minta tetapi anda tidak boleh mendapat segalanya menurut hanya kepada satu kumpulan pengendali, mereka harus melihat kepada banyak perspektif.
Rundingan mengenai harga sudah berjalan dan petunjuk harga tertentu sedikit sebanyak sudah dipersetujui antara MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan DNB. Kerajaan juga sudah membuat pengumuman di Parlimen dan harga borong tidak boleh melebihi 20 sen (satu gigabit) , kami telus dengan orang ramai," katanya.
DNB ditubuhkan pada awal Mac 2021 untuk mempercepatkan penyediaan prasarana dan rangkaian 5G di Malaysia. Ia akan menawarkan 5G sebagai sebuah perkhidmatan rangkaian borong kepada syarikat telekomunikasi lain.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Sdn Bhd Wing K Lee dan Pengerusi MCMC Datuk Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (MenKOMM) (kanan) pada sidang media selepas hadir pada pelancaran YES 5G oleh YTL Corporation hari ini. - Foto BERNAMA
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

PM Anwar arah DNB bentang pelan perniagaan pada minggu depan - Fahmi
Digital Nasional Bhd (DNB) perlu kemuka pelan perniagaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) selewatnya minggu depan.

Kos pembangunan RM16.5 bilion DNB tidak libatkan dana kerajaan - Gobind
Kementerian Digital hari ini menegaskan kos berjumlah RM16.5 bilion untuk Digital Nasional Bhd (DNB) membangunkan dan menyelenggara rangkaian 5G pertama selama 10 tahun tidak melibatkan dana kerajaan.

TM komited sokong ekosistem 5G walaupun perjanjian ekuiti DNB dibatalkan
Telekom Malaysia Bhd (TM) masih berminat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem 5G di Malaysia.

Proses peralihan DWN 5G di Malaysia berjalan lancar - Gobind
Gobind berkata keutamaan sekarang adalah supaya proses itu dapat berlaku biarpun tiada sebarang keputusan muktamad dicapai setakat ini.

Perjanjian langganan saham dengan empat pengendali rangkaian mudah alih selesai - DNB
Di bawah terma SSA itu, empat MNO secara kolektif memperoleh kira-kira 65.1 peratus pegangan ekuiti dalam DNB.

Pencapaian penting SSA tercapai, telco ambil pegangan ekuiti - DNB
DNB berkata ini merupakan pencapaian penting mengenai SSA dengan empat pengendali rangkaian mudah alih di Malaysia.

Malaysia sedia laksana rangkaian 5G kedua - Fahmi
Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan model dwirangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.

Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS
Perusahaan runcit negara perlu berdaya saing dengan memanfaatkan kelebihan 5G dan digitalisasi.

5G dwi rangkaian: Syarikat telco bersedia ambil pegangan ekuiti DNB
Telco yang terlibat dalam pelaksanaan model 5G dwi rangkaian sudah bersedia untuk menandatangani pengambilan pegangan ekuiti dalam DNB.

DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.