KUALA LUMPUR: AmInvestment Bank Research mengekalkan saranan 'beli' terhadap Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan nilai wajar (FV) pada RM12 sesaham berikutan keputusan kerajaan mengekalkan tarif elektrik semasa.
Pada Jumaat, TNB dalam makluman di Bursa Malaysia berkata, kerajaan meneruskan parameter semasa Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi lanjutan tempoh kawal selia kedua dan mengekalkan jadual tarif elektrik semasa berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022 dan sehingga dimaklumkan kemudian.
Pihak kerajaan juga memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api Tidak Seimbang (ICPT) di samping mengekalkan rebat ICPT pada 2.00 sen/kWh yang sedang dilaksanakan bagi semua pelanggan, termasuk pelanggan domestik dengan penggunaan bulanan 300 kWh dan ke bawah, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022 dan sehingga dimaklumkan kelak.
TNB memaklumkan kesan pelaksanaan ICPT, berlandaskan Panduan Pelaksanaan Kawal Selia (RIG), adalah neutral ke atas TNB dan tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas operasi perniagaan dan kedudukan kewangan.
Bagaimanapun, dalam nota kajian hari ini, penganalisis AmInvestment, Gan Huey Ling berkata, terdapat persoalan mengenai kesan rebat tarif ini dan impak neutral ke atas TNB.
"Bagi membolehkan rebat ICPT mempunyai kesan neutral, kami berpendapat kemukingkan terdapat subsidi atau geran disediakan oleh kerajaan. Namun, perkara ini akan disemak dengan pihak pengurusan TNB," katanya.
Pada sama sama, tambah beliau, selain rebat tarif, kemungkinan terdapat tarif surcaj pada separuh kedua tahun ini.
Ini kerana katanya, TNB telah mengiktiraf kos bahan api yang di bawah pemulihan sebanyak RM1.3 bilion pada suku ketiga 2021.
"Selain itu, harga tenaga juga melebihi kadar rujukan yang ditetapkan di bawah lanjutan RP2," jelasnya.
Di bawah lanjutan RP2, kadar rujukan adalah AS$67 satu tan metrik bagi arang batu dan RM27.20 mmbtu bagi gas.
Menurut Bloomberg, setakat 31 Disember 2021, harga arang batu (harga di Indonesia) adalah AS$159.79 satu tan metrik manakala gas (kontrak Jepun berdasarkan kepada harga import gas asli cecair) adalah AS$6.60 mmbtu.
Huey Ling berkata, di bawah mekanisme ICPT, TNB akan mengiktiraf pemulihan harga bahan api yang kurang atau lebih bagi setiap suku.
"Bagaimanapun, rebat atau surcaj tarif hanya bermula setiap 6 bulan. Oleh itu, terdapat kesan aliran tunai yang ketinggalan," katanya.
Namun, menurutnya, sambungan parameter di lanjutan RP2 bermakna kadar pulangan TNB pada 7.3% masih kekal dilindungi.
Setakat 10.32 pagi ini, harga saham TNB susut 1 sen atau 0.11% kepada RM9.33 dengan 375,000 saham diniagakan.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Mon Jan 03 2022
TNB memaklumkan, kesan pelaksanaan ICPT, berlandaskan Panduan Pelaksanaan Kawal Selia, tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas operasi perniagaan dan kedudukan kewangan. - Foto dagangnews
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan di daerah Sepang.
Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB
TNB memaklumkan, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi yang mana kabel tersebut bukan milik TNB.
THT juara Piala Sumbangsih, tamatkan penguasaan seteru TNB
Kemenangan THT malam tadi menamatkan siri kemenangan berturut-turut TNB yang muncul juara treble pada edisi lepas.
Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.
Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.
Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.
Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik Semenanjung sehingga kini - Fadillah
Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dibuat sehingga kini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik hingga jejaskan rakyat - PM Anwar
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, justeru meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penjelasan berhubung perkara itu.