KUALA LUMPUR :Kerajaan kesal dengan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang sekali lagi menyekat kemasukan minyak sawit Malaysia ke negara itu selepas tindakan sama dikenakan terhadap FGV Holdings Bhd (FGV) sebelum ini.
Terbaharu, sekatan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS terhadap produk sawit Sime Darby Plantation Berhad (SDP) dibuat atas alasan serupa iaitu dakwaan penggunaan buruh paksa dalam industri terbabit.
Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan drastik CBP yang tidak memberi peluang kepada syarikat itu untuk menjelaskan situasi sebenar.
“Dalam isu terbaharu yang melibatkan satu lagi syarikat iaitu SDP, kementerian yakin mereka juga akan membantah dan menolak dakwaan tidak berasas tersebut.
“Kementerian berpandangan bahawa pihak CBP AS sememangnya berhak untuk mengeluarkan Perintah Tahanan Pelepasan (WRO) ke atas eksport minyak sawit oleh mana-mana negara ke negara berkenaan.
“Walau bagaimanapun, KPPK tidak bersetuju dengan tindakan drastik yang dibuat oleh AS tanpa memberi peluang terlebih dahulu kepada syarikat untuk membuktikan bahawa dakwaan yang dilemparkan mungkin tidak berasas sama sekali,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Tambah beliau, berdasarkan kajian yang pernah dilaksanakan pada tahun 2018, kementerian mengakui pernah berlaku isu buruh paksa dan buruh kanak-kanak di sektor perladangan sawit negara namun kes terbabit amat terpencil.
Jelasnya, hasil kajian itu juga telah dihantar kepada Kedutaan AS di Kuala Lumpur pada awal bulan lalu.
“Berdasarkan kajian tersebut juga, kerajaan sentiasa memberi peringatan kepada pihak industri supaya lebih bertanggungjawab dan tidak terlibat dalam isu yang boleh menjejaskan ekonomi negara ini.
“Bagaimanapun kerajaan Malaysia melalui KPPK komited sekiranya tuduhan yang dibuat oleh pihak AS ini adalah benar, tindakan sewajarnya dan tegas akan diambil ke atas mana-mana syarikat yang terlibat dalam isu buruh paksa ini,” ujarnya.
Astro AWANI pada Rabu melaporkan, CBP mengenakan sekatan terhadap minyak sawit dan produk lain yang dikeluarkan SDP dan syarikat subsidiarinya.
BACA: CBP Amerika Syarikat kenakan larangan produk sawit Sime Darby
Dalam satu kenyataan, CBP memaklumkan pengeluaran perintah sekatan itu berdasarkan maklumat bahawa syarikat tersebut mempunyai 11 tanda buruh paksa yang ditetapkan oleh Organisasi Buruh Antarabangsa.
CBP pada masa sama memaklumkan pegawainya di semua pelabuhan masuk AS akan menahan minyak sawit dan sebarang produk yang mengandungi minyak sawit yang dihasilkan oleh SDP dan entiti berkaitan di Malaysia.
Julai lalu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antipemerdagangan manusia yang berpusat di Hong Kong mengemukakan petisyen terhadap Sime Darby atas dakwaan mengerah tenaga buruh paksa.
Petisyen yang dikemukakan Liberty Shared itu diajukan kepada CBP mendesak agar import barangan produk sawit dilarang.
Ridauddin Daud
Thu Dec 31 2020

CBP mengenakan sekatan terhadap minyak sawit dan produk lain yang dikeluarkan SDP dan syarikat subsidiarinya. - Gambar fail/ Reuters
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Bantuan RM100 juta Program Tanam Semula Sawit disasar dimanfaat sepenuhnya pada Jun - Johari
Johari berkata kemajuan penanaman semula kelapa sawit negara masih ketinggalan.

Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.

Kerajaan bantu pekebun kecil patuhi tarikh akhir EUDR – Johari
Kata Johari, pelanjutan tarikh itu akan membantu memastikan pekebun kecil dapat mematuhi piawaian global.

Malaysia mahu perkenal 'diplomasi orang utan' kepada negara dagang sawit - Johari
Malaysia berhasrat untuk memperkenalkan 'diplomasi orang utan' kepada negara dagang sawit, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Penyeragaman harga komoditi tidak praktikal, jejas kecekapan pasaran - KPK
KPK berpendapat penyeragaman harga komoditi melibatkan kos yang tinggi kepada kerajaan selain dikhuatiri akan menjejaskan kecekapan pasaran.

Tiada hasrat mansuh levi keuntungan luar biasa industri sawit - Kementerian Kewangan
Kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan levi keuntungan luar biasa ke atas industri sawit buat masa ini, kata Kementerian Kewangan.

Fadillah ke Nairobi bermula 3 Julai, teroka eskport pasaran sawit
Ia bagi memberi ucaptama dan merasmikan Malaysian Palm Oil Forum East Africa Region 2023.

EUDR tidak wajar tetapkan Malaysia negara berisiko tinggi - Fadillah
Hasrat Eropah untuk menetapkan Malaysia sebagai negara berisiko tinggi di bawah Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) adalah tidak wajar.

China usaha pertingkat hubungan dua hala, sesama rakyat - Wang Yi
China bersedia untuk mengimport lebih banyak minyak sawit, buah-buahan tropika dan produk pertanian lain dari Malaysia, kata Menteri Luar China, Wang Yi.

Malaysia dapat penuhi permintaan global untuk minyak sawit - Zuraida
Industri tempatan boleh meningkatkan pengeluaran dan produktiviti minyak sawit kerana pintu sempadan sudah dibuka semula.