KUALA LUMPUR: Kerajaan komited membangunkan industri automotif sebagai sektor ekonomi strategik yang membuka pelbagai peluang kejuruteraan kejituan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata negara-negara pengeluar utama automotif menunjukkan bahawa impak penting daripada industri ini ialah penciptaan peluang pekerjaan dan pembangunan tenaga kerja mahir serta mewujudkan pelbagai peluang perniagaan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Peluang muncul dalam bidang tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, sistem simpanan tenaga dan perkhidmatan sokongan bagi kenderaan elektrik (EV) seperti stesen pengecas, operasi dan penyenggaraan EV," katanya.
Tengku Zafrul berkata MITI sedang meneliti dengan serius dasar yang akan menyokong sektor ini, untuk memastikan ekosistem EV lengkap dan disokong sepenuhnya, termasuk piawaian, pensijilan dan pengesahan yang berkaitan dengan sistem pengecasan, aktiviti pelupusan bateri, penukaran bateri dan pengecasan tanpa wayar.
Beliau berkata demikian dalam ucap tamanya pada majlis permeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara EVE Energy Malaysia Sdn Bhd (EVE) dan Pemaju Kelang Lama Sdn Bhd, di sini, hari ini.
EVE yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat pengeluaran bateri litium dari China EVE Energy Co Ltd menerusi anak syarikatnya EVE Asia Co Ltd memeterai MoU itu dengan Pemaju Kelang Lama untuk membina kilang pembuatan bateri litium-ion silinder EVE bernilai AS$422.3 juta (AS$1= RM4.4735) di Kulim, Kedah.
Tengku Zafrul berkata pelaburan besar itu dijangka menjana kira-kira 600 peluang pekerjaan baharu berkualiti tinggi dan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia.
"Dengan penubuhan kilang pembuatan ke-53 EVE itu, kita bersedia untuk mengukuhkan ekosistem mampan kita dan mengorak langkah ke arah masa depan yang lebih cerah dan makmur," katanya.
Tengku Zafrul percaya kilang itu akan dapat memainkan peranan penting dalam pembangunan taman industri bateri silinder antarabangsa di negara ini, meningkatkan ekosistem mampan Malaysia dan memacu kemajuan teknologi.
"Keputusan EVE untuk melabur di Malaysia mencerminkan keyakinannya terhadap tenaga kerja mahir dan kepakaran teknologi negara, meletakkan kita sebagai destinasi menarik untuk pelabur global," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, industri bateri adalah komponen yang amat diperlukan dalam peralihan ke arah masa depan yang mampan dengan pengangkutan menggunakan elektrik dan mengimbangi grid kuasa.
"Saya amat yakin Malaysia mempunyai potensi untuk muncul sebagai kuasa perintis dalam pasaran EV di rantau ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023

Tengku Zafrul berkata MITI sedang meneliti dengan serius dasar yang akan menyokong sektor ini, untuk memastikan ekosistem EV lengkap dan disokong sepenuhnya. -Gambar fail/Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.

Sejumlah jenama kereta China mungkin tidak hidup lagi dalam beberapa tahun - CEO Xpeng
CEO Xpeng He Xiaopeng menyasarkan 'fasa penyingkiran' akan bermula antara 2025 dan 2027, di mana persaingan akan lebih sengit bermula tahun ini.

2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.

Honda, Nissan dilapor akan mula bincang penyatuan syarikat
Sekiranya perbincangan ini berjalan lancar, Honda dan Nissan akan beroperasi di bawah sebuah syarikat induk baharu.

Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.

MATEC 2024: Inisiatif mempromosi ekosistem industri automotif Bumiputera
MATEC 2024 menyasarkan kehadiran seramai 30,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung dengan lebih 100 pempamer yang terdiri daripada pemain industri automotif.

Sektor automotif perlukan sokongan kerajaan tangani cabaran e-invois - Ahli akademik
Pelaksanaan e-invois langkah penting mendigitalkan urusan kerajaan namun dijangka beri cabaran terutamanya kepada industri automotif.

Proton catat jualan 12,230 unit pada September
Jualan Proton pada September merosot sebanyak 1,725 unit berbanding pada Ogos, manakala TIV turut susut kepada bawah ambang 70,000 unit.

'Beri peluang syarikat tempatan hasilkan kenderaan elektrik'
Mohamad berpandangan, syarikat tempatan seperti Petronas, Proton dan Perodua mempunyai kepakaran dan teknologi yang diperlukan.