KUALA LUMPUR:Orang ramai dipelawa untuk berkongsi cadangan dan pendapat mengenai hala tuju pembangunan negara yang akan dipertimbang dan diperincikan sebagai input dalam penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMKe-12).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pandangan boleh diberi tumpuan dalam beberapa bidang iaitu langkah memulihkan semula ekonomi, menangani isu kemiskinan, pembangunan modal insan mahir, penerimagunaan teknologi dan pendigitalan.
Katanya bidang lain ialah penyertaan masyarakat dalam ekonomi digital, kelestarian alam sekitar, pembangunan Sabah dan Sarawak serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.
"Menyedari bahawa negara sedang berada dalam situasi yang sukar dan mencabar akibat pandemik COVID-19, kerajaan amat prihatin dan berusaha memastikan RMKe-12 yang sedang dalam peringkat akhir penyediaan, digubal untuk membolehkan ekonomi negara kembali pulih dan berdaya saing.
"Memandangkan kemakmuran rakyat adalah keutamaan kerajaan, langkah yang sewajarnya akan diambil untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara di samping memastikan kesejahteraan dan kekayaan negara dapat dikongsi bersama oleh semua lapisan masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mustapa berkata RMKe-12 akan dibentangkan di Parlimen pada awal tahun 2021.
Beliau berkata asas penyediaan RMKe-12 adalah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang bertujuan untuk mewujudkan pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta membina negara bersatu, makmur dan bermaruah.
Pelbagai pihak termasuklah sektor swasta, akademia, badan bukan kerajaan dan rakyat boleh berkongsi cadangan melalui laman web khas di http://rmke12.epu.gov.my/engagement dan menggunakan tanda pagar (hashtag) #RMKe12 di media sosial Facebook, Twitter dan Instagram.
Cadangan boleh dikemukakan mulai 18 November hingga 2 Disember 2020, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 18 2020

Mustapa berkata asas penyediaan RMKe-12 adalah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang bertujuan mewujudkan pembangunan untuk semua. - Gambar fail

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Dasar, inisiatif bakal diumum dalam KSP RMKe-12 berpandukan keperluan, keutamaan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata dasar dan inisiatif berkenaan juga berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat, komuniti perniagaan serta kesemua negeri.

Kajian separuh penggal RMKe-12 "unik", perlu dinilai seratus peratus - Rafizi
Kajian separuh penggal bagi rancangan lima tahun Malaysia kali ini perlu dinilai seratus peratus kerana tanggapan ataupun perancangan yang dibuat sebelum COVID-19 sudah tidak boleh lagi dipakai.

Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI
NTIS berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta melalui pengkomersialan 24 inovasi dalam tempoh dua tahun.

KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar
Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Fasa pertama program pembasmian kemiskinan RMK12 bermula hujung Disember - Tok Pa
Kerajaan komited mahu hapuskan golongan miskin tegar, iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM1,169 dengan empat ahli keluarga, menjelang 2025.

Indikator peraturan perniagaan merosot, seruan kuat pembaharuan kawal selia - PM
Kemerosotan itu dari kedudukan ke-19 pada tahun 2010 kepada kedudukan ke-47 pada tahun 2021.

PRN Sarawak: Sudah ada perancangan wujudkan terminal bas di Kapit
Keputusan sama ada diluluskan atau sebaliknya masih belum diketahui.

Dewan Negara lulus usul RMK12
Dewan Negara hari ini meluluskan Usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), rancangan pembangunan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025.

Bajet 2022: REDHA anggar perbelanjaan pembangunan lebih RM60 bilion
Senada dengan REHDA, CGS-CIMB berkata prospek penambahan semula sektor pekerjaan dijangka semakin baik secara beransur-ansur pada suku keempat 2021 dan separuh pertama tahun depan.

RMK12: Projek berimpak tinggi bakal dilaksana di Terengganu
Ia bagi meningkatkan kesinambungan dan akses yang lebih baik kepada infrastruktur asas, ameniti dan perkhidmatan.