KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM20.936 bilion kepada 357,929 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) untuk mengekalkan penggajian seramai 2.96 juta pekerja tempatan setakat 29 Julai, 2022.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah itu untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
Katanya di bawah PSU 1.0, seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan permohonan subsidi upah yang diluluskan mencecah nilai RM12.958 bilion, setakat 29 Julai lepas.
Bagi PSU 2.0, katanya sejumlah RM1.408 bilion telah disalurkan kepada 81,165 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 719,185 pekerja.
"Di bawah PSU 3.0 setakat tempoh sama, sebanyak RM3.776 bilion telah disalurkan kepada 162,317 majikan untuk mengekalkan penggajian 1.53 juta pekerja.
"Malah, PSU 3.0 turut ditambah baik dengan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan PEMERKASA Tambahan," katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-107 yang dikeluarkan hari ini.
Tengku Zafrul berkata di bawah PSU 4.0 dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), sebanyak RM2.577 bilion telah disalurkan kepada 163,970 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 1.92 juta pekerja setakat 29 Julai, 2022.
Katanya bagi PSU 5.0, sebanyak RM216.719 juta telah disalurkan kepada 8,014 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 122,437 pekerja.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata seramai 40,095 personel telah berjaya ditempatkan di sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui inisiatif Program Kerja Jangka Pendek Malaysia (MySTEP) setakat 5 Ogos 2022.
Daripada jumlah tersebut, katanya seramai 20,773 orang personel peserta telah ditempatkan di sektor awam manakala 119,322 orang personel peserta di GLC dan rakan-rakan strategik mereka.
Bagi memastikan tempat untuk anak muda Orang Kurang Upaya (OKU) menceburi bidang pekerjaan, Tengku Zafrul berkata kerajaan juga telah menyediakan kuota khas sebanyak satu peratus peluang penempatan untuk program MySTEP kepada golongan berkenaan.
"Kerajaan amat menggalakkan agar warga OKU turut mengambil kesempatan ini dan memohon penyertaan melalui Portal MySTEP," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah itu untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan salur RM20.936 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM20.936 bilion kepada 357,929 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) untuk mengekalkan penggajian seramai 2.96 juta pekerja tempatan setakat 29 Julai, 2022.

Kerajaan salur RM20.932 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Usaha itu bertujuan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

Kerajaan salur RM20.92 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Program Subsidi Upah adalah untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran.

Kerajaan salur RM20.89 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Ia untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

PSU bersasar sektor pelancongan wajar dilanjut tiga bulan lagi - DAP
Penggiat pelancongan masih kekurangan pekerja, kenaikan gaji minima dan kadar inflasi yang semakin meruncing.

Kerajaan salur RM20.339 bilion kepada 357,520 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Setakat 4 Feb 2022, sebanyak RM14.643 juta telah disalurkan kepada 1,482 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 24,405 pekerja.

Kerajaan salur RM20.147 bilion kepada 357,429 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Ia bagi mengekalkan penggajian 2,951,854 pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

Permohonan Program Subsidi Upah diluluskan capai nilai RM12.95 bilion - Tengku Zafrul
Seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat daripada Program Subsidi Upah (PSU) di bawah PRIHATIN dan PENJANA.

Kerajaan luluskan RM1.19 bilion subsidi upah 2.0 setakat 21 Mei - Tengku Zafrul
Kerajaan meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM1.193 bilion di bawah Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) setakat 21 Mei, 2021.

Pemerkasa PLUS: Program Subsidi Upah dilanjutkan sebulan lagi
Lanjutan inisiatif tersebut dijangkakan memanfaatkan seramai 2.5 juta pekerja dan lebih 200,000 majikan.