KUALA LUMPUR: Kita semua perlu bersedia dengan keadaan ekonomi global pada tahun hadapan yang dijangka lebih mencabar akibat daripada faktor luar jangka yang terus menghambat, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menteri Kewangan itu mengakui cabaran tersebut akan memberi impak langsung kepada Malaysia yang juga sebuah negara yang kecil dan mengamalkan polisi ekonomi terbuka.
Tengku Zafrul bagaimanapun berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai strategi dalam usaha membina negara berdaya tahan, tangkas (agility) dan impak dengan membuat pelaburan dalam infrastruktur digital dan ketersambungan.
“Rangkaian 5G akan menjana sebanyak RM650 bilion dalam pertumbuhan kumulatif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi.
“Kerajaan juga kekal komited dalam menyelesaikan isu pengangguran dengan memperuntukkan RM4.8 bilion menerusi inisiatif JaminKerja ketika belanjawan baru-baru ini, meskipun jumlah pengangguran ketika ini menunjukkan kadar penurunan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Forum Ekonomi Belia 2022 di Sasana Kijang Bank Negara Malaysia di sini pada Sabtu.
Menurut beliau, kelembapan ekonomi global tersebut disumbangkan oleh beberapa faktor seperti geopolitik antara Rusia-Ukraine, pengetatan situasi kewangan kerajaan dan polisi sifar COVID-19 di China.
“Selain itu ia juga disebabkan peningkatan harga barangan berikutan tekanan inflasi yang mengakibatkan negara-negara maju terus menaikkan kadar faedah selain isu perubahan iklim.
“Kita tidak boleh terlalu selesa dan perlu membuat persiapan mendepani isu-isu ini, justeru kerajaan kini membuat segala persediaan bagi menghadapi sebarang cabaran pada tahun hadapan bersandarkan situasi ekonomi global,” ujarnya.
“Bank Dunia turut menyemak semula unjuran KDNK negara kepada 6.4 peratus berbanding 5.5 peratus tahun sebelumnya, malah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) juga telah menaikkan sasaran KDNK Malaysia daripada 5.1 peratus kepada 5.4 peratus.
“Kerajaan ketika pembentangan belanjawan lalu turut menyemak semula sasaran pertumbuhan pada tahun ini sebanyak 6.5 hingga tujuh peratus. Ekonomi kita juga pada ketika ini jauh lebih kukuh dan merupakan rekod tertinggi dalam tempoh krisis pandemik,” jelasnya.
Haikal Raman
Sun Oct 30 2022
Tengku Zafrul berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai strategi dalam usaha membina negara berdaya tahan, tangkas (agility) dan berimpak.
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Seorang maut, lelaki tikam secara rambang di stesen keretapi
Sekurang-kurang seorang maut, dua cedera selepas beberapa orang ditikam secara rambang pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api Jepun.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.
Lelaki kenya kerat bini, sumbat dalam beg galas
Polis Kenya menahan seorang lelaki didakwa membawa anggota badan isterinya yang telah dikerat-kerat dalam sebuah beg galas.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
AWANI Ringkas: Keputusan Jemaah Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perbuatan bakar anak hidup-hidup kejam - Bapa
Bapa kepada mangsa bunuh dibakar ketika hidup dalam rumah bersama bapa angkatnya, disifatkan sebagai perbuatan kejam.
KKM nilai beberapa faktor sebelum laksana WBB secara menyeluruh
Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) di fasiliti kesihatan kerajaan masih di peringkat percubaan dan hanya akan dilaksanakan secara menyeluuruh selepas mendapat repon positif daripada semua pihak.
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
Kerajaan sedia laksana pelbagai strategi mendepani krisis global tahun depan
Kita semua perlu bersedia dengan keadaan ekonomi global pada tahun hadapan yang dijangka lebih mencabar akibat daripada faktor luar jangka yang terus menghambat - Tengku Zafrul