KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus menggiatkan usaha untuk mengukuhkan sentimen pelabur asing terhadap Malaysia menerusi pelaksanaan dasar-dasar yang berupaya meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan telah meningkatkan tumpuan untuk menggalakkan pelaburan ke dalam industri membangun dan melaksanakan rangka kerja Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi.
"Risiko berkaitan hutang luar korporat juga kekal terurus," katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan menteri semasa persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.
Beliau menjawab soalan Wong Hon Wai (DAP-Bukit Bendera) yang meminta kementerian itu menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menangani risiko melibatkan pertukaran asing.
Menurut Tengku Zafrul, tiada penyelesaian mudah atau cepat bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.
"Namun, BNM telah mengambil langkah-langkah menggunakan instrumen dasar operasi bagi memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran pertukaran asing," katanya.
"Walaupun BNM tidak menyasarkan sebarang paras kadar pertukaran, BNM berusaha agar tidak berlaku perubahan secara drastik atau melampau dalam nilai ringgit bagi membantu perniagaan merancang, serta melaksanakan keputusan perniagaan dan pelaburan dengan lebih baik," katanya.
Tengku Zafrul menambah BNM turut memastikan institusi perbankan dan syarikat korporat di Malaysia mengambil langkah-langkah kehematan dalam menghadapi risiko pertukaran asing dan melindungi ringgit daripada aktiviti spekulatif.
"Langkah ini dapat mengurangkan risiko perubahan kadar ringgit yang berlebihan," katanya.
Selain itu, katanya bank pusat juga melaksanakan beberapa inisiatif untuk meningkatkan akses dan menarik pelabur asing dalam pasaran bon domestik, termasuk usaha menambah baik mudah tunai bon pasaran sekunder serta memperkukuh struktur dan mudah tunai pasaran pertukaran asing.
"Jumlah urus niaga pertukaran asing harian tempatan terus meningkat hingga mencapai purata US$13.3 bilion setakat ini, berbanding dengan AS$11.3 bilion pada tahun 2021 berikutan aliran pertukaran dua hala," katanya.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata penerapan agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus diutamakan bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing di peringkat global.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022

Menurut Tengku Zafrul, tiada penyelesaian mudah atau cepat bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.- Gambar fail/Japen

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.

Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan aktiviti membeli saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah selepas penurunan semalam, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM1.5 bilion minggu lalu, tertinggi sejak Mac 2016
Pelabur asing menjadi pembeli bersih ekuiti di Malaysia bernilai RM1.50 bilion untuk minggu ketiga berturut-turut.

Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul
Pengukuhan ringgit mencerminkan asas ekonomi dan dasar negara yang padu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia
Kadar tarif elektrik yang kompetitif dan antara terendah di Asia Tenggara antara tarikan buat pelabur asing masuk ke Malaysia.

Pelabur asing beli bersih ekuiti domestik RM478.2 juta minggu lepas
Majoriti belian bersih itu dicatat pada Khamis dengan nilai RM389.2 juta apabila MPC BNM memutuskan OPR kekal pada 3 peratus.

Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan
Bank Negara Malaysia akan terus mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.

Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih ekuiti RM394.5 juta minggu lepas - MIDF
Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lepas selepas penjualan bersih selama dua minggu.

Malaysia sebagai pintu masuk syarikat Sweden - Duta
Malaysia terus menarik syarikat Sweden kerana kestabilan politik negara, taraf hidup yang baik dan penguasaan bahasa Inggeris meluas.

Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.