KUALA LUMPUR: Disiplin fiskal akan menjadi agenda utama kerajaan perpaduan yang baharu semasa pembentangan semula Belanjawan 2023 menjelang 24 Feb ini, kata AmBank Group.
Kumpulan itu dalam satu nota penyelidikan semalam menjelaskan belanjawan itu dijangka kekal condong ke arah pengembangan selepas menyaksikan ekonomi global memasuki tempoh yang agak lembap dengan kemungkinan kemelesetan global yang "masih ringan".
"Selain itu, pemulihan ekonomi domestik yang berterusan akan dikekalkan memandangkan segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) belum pulih sepenuhnya ke tahap sebelum pandemik.
"Kami tidak fikir peruntukan akan datang adalah jauh lebih tinggi berbanding RM372.3 bilion yang diumumkan sebelum ini berikutan kekangan fiskal yang ketat," katanya.
Kumpulan perbankan itu berkata semua langkah mesra rakyat akan dikekalkan bagi memastikan permintaan domestik yang mampan memandangkan perdagangan luar negera yang lebih perlahan.
"Selain itu, PKS dalam langkah menyokong mereka mungkin akan menerima peruntukan tambahan daripada perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan dalam bajet asal.
AmBank Group berkata terdapat kemungkinan pelarasan kadar cukai kepada golongan berpendapatan tinggi bagi individu, tetapi jika ada, kuantum terbabit dijangka kecil dan tidak cukup ketara bagi mengurangkan tahap penggunaan peribadi kerana individu berpendapatan tinggi mempunyai kecenderungan marginal yang lebih rendah untuk digunakan.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga menolak untuk mengembalikan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) walaupun mengakui cukai itu kekal sebagai sistem percukaian yang paling telus dan cekap," katanya.
Selain itu, AmBank Group juga menjangkakan beberapa subsidi berkaitan pengeluaran makanan dan program pemindahan tunai akan dikekalkan atau ditambah baik.
"Kami menjangkakan sebarang rasionalisasi subsidi akan dilaksanakan secara berhati-hati bagi mengelakkan situasi inflasi yang melambung tinggi.
"Sekiranya tiada subsidi bersasar diumumkan, mungkin mekanismenya boleh diperjelaskan dalam belanjawan akan datang," katanya.
Selain itu, AmBank Group melihat kerajaan sedang memperjuangkan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) susulan matlamat negara yang menyasarkan pelepasan karbon sifar menjelang 2050.
"Dalam belanjawan terdahulu yang diumumkan pada Oktober 2022, agenda ini jelas dinyatakan melalui langkah-langkah seperti Dana Teknologi Tinggi dan Kemudahan Hijau, Dana Impak dan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023

AmBank Group berkata, mungkin terdapat pelarasan kadar cukai kepada golongan berpendapatan tinggi bagi individu, dalam pembentangan semula Belanjawan 2023 pada 24 Feb ini.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur
Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024.

Kerajaan tumpu pada disiplin fiskal untuk Belanjawan 2023 yang disemak semula
Belanjawan 2023 dijangka kekal condong ke arah pengembangan selepas menyaksikan ekonomi global memasuki tempoh yang agak lembap.

Disiplin fiskal bukan perkara utama ketika berdepan pandemik COVID-19 - Mustapa
Kadar defisit fiskal akan meningkat kerana kerajaan harus membantu ekonomi negara bagi mengharungi cabaran ini.