Airasia X Bhd (AAX) mencatat kerugian bersih lebih tinggi kepada RM305.24 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2020 daripada RM207.11 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata ia masih kekal dalam fasa hibernasi sepanjang tempoh suku kedua tahun ini sehingga sekarang dengan operasi minimum dalam bentuk sokongan penghantaran balik serta pengangkutan kargo.
"Kapasiti tempat duduk dan jumlah penumpang yang dibawa dalam suku berkenaan masing-masing mencecah 6,032 dan 2,291 manakala faktor beban muatan penumpang adalah 38 peratus.
"Bagi suku berkenaan, pihak sekutu kami di Thailand mencatatkan hasil sebanyak US$4.7 juta manakala bilangan penumpang sebanyak 309 orang dan kapasiti tempat duduk berjumlah 377.
"AirAsia X Thailand merekodkan kerugian bersih US$54.2 juta bagi suku tersebut," katanya.
Bagi kemajuan masa depan, AAX berkata kumpulan itu dijangka kekal dalam mod hibernasi dalam tempoh terdekat memandangkan prospek menyambung semula penerbangan itu berkait rapat dengan kelonggaran sekatan perjalanan serta penarikan balik sekatan sempadan dan jangkaan peningkatan permintaan bagi perjalanan antarabangsa.
Bagi tahun ini, syarikat tersebut mempunyai lindung nilai bahan api pada purata harga Brent sebanyak US$61.45 manakala 70 peratus daripada kontrak terbabit yang telah disusun semula.
"Kumpulan ini menjangkakan mencatat beberapa kerugian lindung nilai apabila harga bahan api diunjur terus lemah dalam masa terdekat ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 26 2020
![Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41539665741_AirAsiaX.jpg)
Airasia X berkata kumpulan itu dijangka kekal dalam mod hibernasi dalam tempoh terdekat memandangkan prospek menyambung semula penerbangan itu berkait rapat dengan kelonggaran sekatan perjalanan. - Gambar hiasan
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![Penerbangan sulung AAX ke Nairobi rekod faktor muatan penumpang 90 peratus Penerbangan sulung AAX ke Nairobi rekod faktor muatan penumpang 90 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731799668_AirAsiaX.jpg)
Penerbangan sulung AAX ke Nairobi rekod faktor muatan penumpang 90 peratus
Penerbangan AAX empat hari seminggu dari Kuala Lumpur-Nairobi merupakan satu-satunya penerbangan terus yang menghubungkan Malaysia dan Afrika.
![AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708057784_TBAirAsiapromosi.jpg)
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.
![Tiada penggabungan AirAsia, entiti berasingan akan dibentuk - Capital A Tiada penggabungan AirAsia, entiti berasingan akan dibentuk - Capital A](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670344001_TonyFernandes.jpg)
Tiada penggabungan AirAsia, entiti berasingan akan dibentuk - Capital A
Capital A Bhd menjelaskan bahawa tiada rancangan penggabungan antara AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd (AAX).
![Tony Fernandes letak jawatan CEO Kumpulan AirAsia X Tony Fernandes letak jawatan CEO Kumpulan AirAsia X](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71667218889_TonyFernandes.jpg)
Tony Fernandes letak jawatan CEO Kumpulan AirAsia X
Tan Sri Tony Francis Fernandes meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Bhd (AAX) berkuat kuasa hari ini.
![AirAsia X catat untung bersih RM32.8 bilion pada tahun kewangan 2022 AirAsia X catat untung bersih RM32.8 bilion pada tahun kewangan 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637676353_AirAsiaX.jpg)
AirAsia X catat untung bersih RM32.8 bilion pada tahun kewangan 2022
Sekatan perjalanan yang dilonggarkan membolehkan AirAsia X Bhd catat keuntungan bersih sebanyak RM32.80 bil bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2022.
![Tunku Mahmood Fawzy dilantik Pengerusi AirAsia X ganti Rafidah Aziz Tunku Mahmood Fawzy dilantik Pengerusi AirAsia X ganti Rafidah Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659356998_TBTUNKYFAWZYjpg.jpg)
Tunku Mahmood Fawzy dilantik Pengerusi AirAsia X ganti Rafidah Aziz
Tunku Mahmood Fawzy pada mulanya menyertai AAX sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas pada 1 Julai 2022.
![Pemegang saham AirAsia X lulus pelan penstrukturan semula korporat Pemegang saham AirAsia X lulus pelan penstrukturan semula korporat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71622566468_AirAsia.jpg)
Pemegang saham AirAsia X lulus pelan penstrukturan semula korporat
AirAsia X Bhd (AAX) telah mendapat persetujuan daripada pemegang sahamnya untuk cadangan penstrukturan semula syarikat.
![Kerugian bersih AirAsia X meningkat kepada RM308.46 juta pada suku ketiga Kerugian bersih AirAsia X meningkat kepada RM308.46 juta pada suku ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/61584939904_AirAsiaX.jpg)
Kerugian bersih AirAsia X meningkat kepada RM308.46 juta pada suku ketiga
Airasia X Bhd (AAX) mencatat kerugian bersih lebih tinggi kepada RM308.46 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2020 daripada RM229.89 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
![Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539665741_AirAsiaX.jpg)
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
![AirAsia, AAX lantik BDO Governance sebagai pakar bebas bagi bantu jawatankuasa AirAsia, AAX lantik BDO Governance sebagai pakar bebas bagi bantu jawatankuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531999892_AIRASIA.jpg)
AirAsia, AAX lantik BDO Governance sebagai pakar bebas bagi bantu jawatankuasa
AirAsia Group Bhd (AAGB) dan AirAsia X Bhd (AAX) melantik BDO Governance Advisory Sdn Bhd sebagai pakar bebas untuk membantu jawatankuasa lembaga pengarah bebas bukan eksekutif menjalankan kajian.