KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Genting Bhd mengecil kepada RM563.53 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021 berbanding kerugian bersih sebanyak RM786.05 million yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
Genting dalam makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu kerugian bersih yang lebih rendah pada suku kedua tahun kewangan 2021 adalah disebabkan oleh pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang lebih tinggi sebanyak RM958.9 juta, berbanding kerugian EBITDA yang disesuaikan sebanyak RM578.7 juta.
Pendapatan pada suku yang ditinjau meningkat lebih dua kali ganda kepada RM2.94 bilion daripada RM1.11 bilion sebelumnya, disumbangkan oleh segmen riadah dan perhotelan.
Bahagian perladangannya merekodkan kenaikan pendapatan pada suku kedua berikutan harga produk sawit dan pengeluaran tandan buah segar (TBS) yang lebih tinggi, didorong oleh pertumbuhan di Indonesia susulan peningkatan kawasan penuaian termasuk hasil.
"Pendapatan dan EBITDA dari bahagian tenaga bertambah disebabkan oleh penjanaan bersih yang lebih baik daripada loji Banten Indonesia, manakala, bahagian minyak dan gas mencatat lonjakan pendapatan dan EBITDA berikutan harga minyak yang lebih baik pada suku kedua," katanya lagi.
Untuk separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021, kerugian bersih Genting berkurang kepada RM895.29 juta berbanding RM918.37 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2020, walaupun merekodkan hasil yang rendah sebanyak RM5.19 bilion daripada RM5.22 bilion sebelumnya.
"Penurunan (pendapatan untuk separuh pertama tahun kewangan 2021) berpunca daripada segmen rekreasi dan perhotelan, yang sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan dalam prestasi di segmen perladangan.
"Bagaimanapun, EBITDA kumpulan, menokok lebih dari dua kali ganda menjadi RM1.5 bilion pada separuh pertama tahun kewangan 2021 daripada RM630.0 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2020, disebabkan oleh peningkatan prestasi daripada perniagaan riadah dan perhotelan di Singapura, Amerika Syarikat dan Bahamas," katanya.
Kumpulan itu ketika mengulas mengenai prospek menjelaskan cabaran pertumbuhan global mungkin akan berterusan memandangkan ancaman wabak COVID-19 masih ada, selain daripada potensi risiko ke atas turun naik pasaran kewangan.
"Di Malaysia, pemulihan ekonomi mungkin agak lewat susulan pengenaan kembali langkah-langkah sekatan di seluruh negara sebelum ini termasuk kesan peningkatan kes COVID-19. Pasaran permainan serantau turut diramalkan mencabar dalam jangka pendek akibat COVID-19, yang juga akan memberi kesan ketidakpastian terhadap prospek sektor pelancongan, rekreasi, dan perhotelan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 27 2021
![Kerugian bersih Genting Bhd mengecil kepada RM563.53 juta pada suku kedua Kerugian bersih Genting Bhd mengecil kepada RM563.53 juta pada suku kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/51564073417_GentingMalaysia.jpg)
Untuk separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021, kerugian bersih Genting berkurang kepada RM895.29 juta. - Foto fail/Facebook/ResortsWorldGenting
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739015449_JPVPP.jpg)
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
JPVPP menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong.
I-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Kolej Universiti i-CATS telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pakar dari turkiye dan negara lain bagi menjayakan pelancaran satelit pertama milik Sarawak.
![Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712580254_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.
Pembaikan paip transmisi utama di Jalan Penampang selesai
Timbalan Ketua Menteri III, DAtuk Shahelmey Yahya, memaklumkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan syarikat konsesi air Kota Kinabalu Jetama Sdn Bhd (JETAMA) telah menyelesaikan kerja pembaikan pada lewat malam Jumaat, dan bekalan air kini sedang dikembalikan secara berperingkat.
Kapasiti air di beberapa takungan di Sandakan kurang
Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya, memaklumkan bekalan air di daerah itu bergantung kepada dua sumber utama, iaitu Empangan Segaliud dan takungan air. Bagaimanapun beberapa takungan dilaporkan mengalami penurunan kapasiti.
Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya mengaku telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.
JKR Sabah nilai kerosakan jalan di kawasan terjejas banjir
Jabatan Kerja Raya Sabah sedang memantau dan menilai kerosakan jalan yang terkesan akibat banjir di negeri itu dengan tumpuan akan diberikan di kawasan yang ditenggelami air.
![Kerugian bersih Genting Bhd mengecil kepada RM299.91 juta, umum dividen 9 sen Kerugian bersih Genting Bhd mengecil kepada RM299.91 juta, umum dividen 9 sen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621523296_ResortsWorldGentin.jpg)
Kerugian bersih Genting Bhd mengecil kepada RM299.91 juta, umum dividen 9 sen
Lembaga pengarah mengisytiharkan dividen satu peringkat akhir sebanyak sembilan sen sesaham yang akan dibayar menjelang 20 April 2023.
![Semakan semula pelan pembangunan Blok Kasuri Genting dapat kelulusan dari Indonesia Semakan semula pelan pembangunan Blok Kasuri Genting dapat kelulusan dari Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676306871_OilRig.jpg)
Semakan semula pelan pembangunan Blok Kasuri Genting dapat kelulusan dari Indonesia
Semakan semula POD 1 bertujuan membekalkan 230 juta mmcfd gas asli ke loji FLNG selama tempoh 18 tahun.
![Genting kembali catat untung pada suku ketiga Genting kembali catat untung pada suku ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643615425_gentingskyworld.jpg)
Genting kembali catat untung pada suku ketiga
Perolehan melonjak sebanyak 75 peratus kepada RM6.12 bilion bagi suku ketiga tahun kewangan 2022 daripada RM3.50 bilion pada suku sama tahun kewangan 2021.
![Kerugian bersih Genting Bhd mengecil kepada RM563.53 juta pada suku kedua Kerugian bersih Genting Bhd mengecil kepada RM563.53 juta pada suku kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/51564073417_GentingMalaysia.jpg)
Kerugian bersih Genting Bhd mengecil kepada RM563.53 juta pada suku kedua
Kerugian bersih Genting Bhd mengecil kepada RM563.53 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021.
![COVID-19: Genting Malaysia dilapor laksana pemotongan gaji kali kedua COVID-19: Genting Malaysia dilapor laksana pemotongan gaji kali kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41608021685_ResortsWorldGentin.jpg)
COVID-19: Genting Malaysia dilapor laksana pemotongan gaji kali kedua
Unit di bawah konglomerat Genting Bhd itu dilapor meminta pekerjanya melakukan potongan gaji sementara di antara 15 dan 20 peratus.