Kesatuan Eropah (EU) perlu mengharamkan mentega dan bukannya minyak sawit jika mahu menjadikan alam sekitar sebagai alasan pengharaman biobahan api berasaskan minyak sawit menjelang 2020.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata ini berikutan pelepasan karbon dioksida (Co2) bagi tujuan penghasilan mentega adalah 10 kali lebih tinggi berbanding minyak sawit.
"Satu tan pengeluaran mentega menghasilkan sebanyak 23.8 tan Co2. Namun minyak sawit sebaliknya mengeluarkan 2.3 tan Co2 iaitu perbezaan sebanyak 10 kali.
"Jika menggunakan logik mereka, kita sepatutnya mengharamkan mentega dari EU dan EU juga perlu berbuat tindakan sama," katanya ketika berucap pada program pemberian baucar makanan kepada pelajar yang menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sini, pada Ahad.
Beliau mengulas undian resolusi Parlimen EU pada 17 Januari lepas menerusi Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui yang mensyaratkan hanya minyak sawit dihasilkan secara lestari boleh diimport ke pasaran negara anggota blok itu selepas 2020.
Menjelas lanjut, Mah yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata Malaysia akan mengadakan satu misi rundingan sawit ke Eropah dalam waktu terdekat ini sebagai susulan terhadap cadangan EU itu.
Misi yang akan diketuai beliau sendiri dan telah mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dijangka dapat dilakukan pada sambutan Tahun Baru Cina, bulan depan.
Beliau berkata misi tersebut akan melibatkan rundingan di sekurang-kurangnya lima negara untuk menemui menteri-menteri EU serta pesuruhjaya blok ekonomi serta politik itu dengan harapan mereka lebih bersikap lebih rasional.
"Mengikut sistem perundangan Parlimen EU, sebelum resolusi menjadi undang-undang ia perlu mendapat persetujuan Majlis Menteri Negara-negara EU dan Pesuruhjaya EU menerusi satu mesyuarat rundingan tiga hala antara mereka.
"Saya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan dijangka diadakan pada bulan depan," katanya.
Beliau berkata, selain berusaha menentang diskriminasi Parlimen EU, Malaysia akan turut bekerja keras bagi memperluaskan pasaran sawit negara.
Mengulas program hari ini, Mah berkata usaha yang dimulakan pada tahun lepas itu bertujuan meringankan beban keluarga golongan kurang berkemampuan dengan setiap penerima mendapat baucar makanan bulanan RM50 bagi tempoh dua bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2018

Menurut Mah, selain berusaha menentang diskriminasi Parlimen EU, Malaysia akan turut bekerja keras bagi memperluaskan pasaran sawit negara. - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Kenderaan kecemasan di Gaza terpaksa henti operasi akibat kekurangan bahan api
Pertahanan Awam Gaza pada Selasa memaklumkan bahawa kebanyakan kenderaan kecemasannya terpaksa menghentikan operasi kerana kekurangan bahan api, menimbulkan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan ya

16 maut, 40 cedera dalam letupan lori tangki di Haiti
Sebuah lori tangki meletup di barat daya Haiti pada Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan 40 yang lain.

Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini dalam keadaan prestasi kukuh pasaran niaga hadapan getah serantau.

KPDN Pulau Pinang tahan lelaki beli petrol untuk seludup ke negara jiran
KPDN Pulau Pinang membongkar kegiatan penyeludupan minyak bersubsidi yang kini beralih kepada petrol, dalam serbuan Ops Tiris 3.0 di sebuah stesen minyak di Sungai Rambai, di sini hari ini.

Bantuan BUDI MADANI beri penjimatan, kurangi beban rakyat
Sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi.

Penyasaran subsidi diesel: Kerajaan pergiat usaha tingkatkan kefahaman, elak kenaikan harga
Perkara pertama perlu diperjelas adalah permohonan skim penyasaran bahan api bagi golongan petani tidak hanya terhad kepada skim BUDI Agri-Komoditi.

Kerajaan sasar 40 peratus tenaga diperbaharui dalam campuran bahan api negara menjelang 2035
Kerajaan menyasarkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 40 peratus dalam campuran bahan api negara menjelang 2035, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.

UK bina kemudahan bahan api nuklear berteknologi tinggi pertama di Eropah
Perdana Menteri Rishi Sunak berkata adalah penting bagi UK untuk membina loji pengayaan uranium untuk pasaran tenaga Eropah.

KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.