KUALA LUMPUR: UOB Group (UOB) berkata ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan pandemik COVID-19 yang berterusan telah menguntungkan eksport Malaysia kerana penghantaran ke tiga rakan dagang terbesarnya iaitu China, Singapura dan Amerika Syarikat, meningkat dalam tempoh semasa.
UOB dalam nota penyelidikan pada Selasa berkata eksport Malaysia ke China meningkat RM60 bilion antara 2016 dan 2020, manakala eksport ke AS meningkat RM28.6 bilion dan eksport ke Singapura bertambah sebanyak RM27.7 bilion.
Ahli Ekonomi Kanan UOB, Julia Goh berkata cabaran masih wujud dalam memperkukuhkan hubungan pelaburan dan perdagangan Malaysia, melangkah ke hadapan.
"Pelaburan yang diluluskan di Malaysia menunjukkan minat pelaburan langsung asing (FDI) yang lebih tinggi, terutamanya dari China dan Amerika Syarikat.
"Tetapi keadaan makro global akan menjadi pemacu utama pelaburan yang dilaksanakan dalam dua hingga tiga tahun akan datang," katanya.
Goh berkata dasar juga harus diselaraskan untuk mengubah arah aliran global untuk memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif.
Pelan pelaburan holistik yang melibatkan pelabur untuk memahami masalah yang menghalang pelaburan, meningkatkan perkhidmatan pelabur, dan menambah baik pentadbiran insentif pelaburan akan membantu meningkatkan iklim pelaburan, katanya.
Malaysia telah mendahului negara-negara serantau yang lain dan berada pada kedudukan kelapan dalam senarai import China dan ke-10 dalam senarai import AS.
Berdasarkan data import AS, import dari Malaysia meningkat AS$7.6 bilion (US $ 1 = RM4.06) antara 2016 dan 2020 manakala bagi data import China pula, import China dari Malaysia meningkat sebanyak AS$ 25.7 bilion dalam tempoh yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021
UOB dalam nota penyelidikan berkata eksport Malaysia ke China meningkat RM60 bilion di antara 2016 dan 2020, manakala eksport ke AS meningkat RM28.6 bilion dan eksport ke Singapura bertambah sebanyak RM27.7 bilion. - Facebook
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
Pendidikan: China lancar pelan bina negara pendidikan kukuh 2035
China telah melancarkan pelan tindakan nasional pertama untuk membina sebuah "negara pendidikan kukuh" menjelang tahun 2035.
UOB selesai ambil alih Citigroup
Pengambilalihan perniagaan perbankan pengguna Citigroup di Indonesia dan Vietnam dijangka selesai pada 2023.
UOB, HSBC tetapkan harga Nota Jangka Sederhana empat tahun RM350 juta bagi MBSM
Terbitan MTN itu akan dibayar pada Mac 2026 pada kadar kupon tetap 3.62 peratus setahun.
UOB ambil alih perbankan pengguna Citigroup di empat negara termasuk Malaysia
Cadangan pengambilalihan ini juga dijangka akan memperkukuh dan memperdalam lagi francais UOB di ASEAN.
Jumlah kelulusan pelaburan meningkat 51.5 peratus pada Jan-Sept 2021- UOB
Jumlah kelulusan pelaburan Malaysia meningkat 51.5 peratus tahun ke tahun kepada RM177.8 bilion dalam tempoh Januari-September 2021 berbanding RM117.4 bilion pada Januari-September 2020.
UOB Malaysia sedia pembiayaan pertama RM800 juta kepada Ericsson Malaysia jayakan 5G negara
UOB Malaysia juga diberi mandat sebagai Pengatur Utama untuk tambahan RPA bersindiket berjumlah RM2.3 bilion.
UOB: Pasaran buruh Malaysia akan dapat momentum pada 2021 dan 2022
Pemulihan pasaran buruh Malaysia dijangka akan mendapat momentum lebih lanjut pada bulan-bulan terakhir tahun ini dan berterusan sehingga 2022.
Ketegangan perdagangan AS-China, COVID-19 tingkatkan eksport Malaysia - UOB
Cabaran masih wujud dalam memperkukuhkan hubungan pelaburan dan perdagangan Malaysia, melangkah ke hadapan.
UOB Malaysia Kepong kembali beroperasi
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) cawangan Kepong telah kembali beroperasi setelah berunding dan menerima panduan yang diperlukan daripada pihak berkuasa kesihatan.
UOB lancar inisiatif bantu perniagaan di Malaysia beralih ke dunia digital
United Overseas Bank Malaysia (UOB Malaysia) melancarkan program transformasi "Program Jom Transform" bagi memanfaatkan dunia teknologi.
Kiet Cheng dipilih sertai Program Residensi Muzium Seni Asia UOB-Fukuoka
Pemenang Pertandingan 2018 UOB Painting of the Year (Malaysia), Cheong Kiet Cheng telah dipilih untuk Program Residensi Pelukis Muzium Seni Asia UOB-Fukuoka (FAAM).