KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka meneruskan penurunan pada minggu hadapan berikutan ketidaktentuan ekonomi global akan menjejaskan permintaan terhadap komoditi tersebut.
Bekas Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia, Denis Low berkata wujud kebimbangan mengenai kekurangan makanan dan musim sejuk dalam keadaan konflik yang sedang berlaku di Ukraine dan sekatan yang melemahkan dan menjejaskan negara-negara lain.
Harga minyak dan gas asli kekal tinggi dan memberi kesan buruk kepada proses pemulihan global pasca pandemik, manakala perdagangan dan permintaan getah akan terkesan berikutan kos pengeluaran dan buruh meningkat, manakala permintaan masih lembap.
"Kami percaya pasaran akan kekal dalam jajaran kecil dengan kecenderungan kepada penurunan.
"Aktiviti menambah semula stok akan kekal bagi getah kering, manakala bagi susu getah pukal, permintaannya amat terjejas dengan penggunaan dan keperluan sarung tangan getah yang tidak memberangsangkan," katanya kepada Bernama.
Difahamkan permintaan terhadap sarung tangan getah telah merosot mendadak dengan pengeluar hanya beroperasi pada kapasiti kira-kira 50 peratus.
Sementara itu, seorang lagi peniaga berkata harga di pasaran tempatan dijangka menjejaki pasaran niaga hadapan getah serantau, pergerakan ringgit berbanding dolar AS dan penanda aras harga minyak mentah ketika risiko kemelesetan global susulan kenaikan kadar yang agresif oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
"Pasaran turut dijangka memantau keputusan AS untuk membatalkan tarif ke atas barangan China daripada Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) yang akan datang," kata peniaga.
Ketua-ketua negara G7 dari Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan AS dijadual mengadakan pertemuan selama tiga hari mulai Ahad di Kruen, Bavaria, Jerman.
Bagi minggu baru berakhir, getah tempatan diniagakan kebanyakannya bercampur-campur, dipengaruhi oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang lebih lemah, pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, peningkatan kadar faedah yang agresif oleh Fed, kebimbangan mengenai inflasi dan bekalan getah asli yang bertambah baik.
Persatuan Negara-negara Pengeluar Getah Asli dalam laporan statistik getah asli bulanannya berkata bekalan getah asli global bertambah baik kepada 991,000 tan pada Mei 2022, menyebabkan kekurangan bekalan yang lebih rendah sebanyak 198,000 tan berbanding anggaran permintaan global sebanyak 1.19 juta tan.
Berasaskan Jumaat hingga Jumaat, harga rujukan fizikal Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 merosot enam sen kepada 704.0 sen sekilogram, manakala susu getah pukal susut 25.5 sen kepada 596.5 sen sekilogrram.
Pada 5 petang Jumaat, harga penutup LGM bagi GMM 20 berada pada 700.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal pada 591.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022
Pasaran turut dijangka memantau keputusan AS membatalkan tarif ke atas barangan China daripada Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh yang akan datang. - Gambar hiasan
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Pasaran getah ditutup lebih tinggi susulan trend serantau, kestabilan harga minyak
Pasaran getah tempatan ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah yang stabil.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Selasa sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Pasaran getah ditutup tinggi dirangsang kenaikan berterusan niaga hadapan getah serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran meningkat untuk ditutup tinggi pada Selasa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, apabila sentimen pasaran didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur sejajar dengan niaga hadapan serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, sejajar dengan sentimen yang lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Pasaran getah ditutup rendah seiring penurunan prestasi serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin seiring dengan penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Dagangan pasaran getah dijangka meningkat minggu depan
Pasaran getah tempatan dijangka menyaksikan dagangan lebih tinggi pada minggu depan, susulan peningkatan aktiviti menambah stok simpanan.
Pasaran getah ditutup rendah dipengaruhi penurunan pasaran serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, berikutan aliran menurun di pasaran hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur susulan sentimen serantau lebih lemah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat susulan nasihat yang lebih lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.