KUALA LUMPUR: MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) pada Ahad mengumumkan bahawa Rayner Teo telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkuat kuasa 7 Oktober 2023 atas sebab kesihatan.
Sehubungan itu, Ketua Pegawai Operasi MyAirline Stuart Cross akan memikul tanggungjawab sebagai CEO sementara, kata syarikat penerbangan tambang rendah itu.
"Lembaga Pengarah MYAirline akan melantik CEO baharu dalam masa terdekat, ia juga tertakluk kepada kelulusan kawal selia," kata MYAirline dalam satu kenyataan pada Ahad.
MYAirline berkata visi dan kepimpinan Teo telah memainkan peranan penting dalam peningkatan syarikat penerbangan itu sejak ia dilancarkan pada Disember 2022.
Ia juga mengatakan bahawa lembaga pengarah telah merakamkan ucapan terima kasih kepada Rayner atas sumbangan cemerlangnya dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada MYAirline.
"Kami menyokong keputusan Rayner untuk mengutamakan kesihatan dan kesejahteraannya. Dengan pasukan kepimpinan syarikat penerbangan yang berpengalaman sedia ada, komitmen kami kepada penumpang, pekerja dan rakan kongsi kami kekal kukuh.
"Kami akan terus memberikan perkhidmatan cemerlang dan mengekalkan standard keselamatan dan kebolehpercayaan kami yang tinggi," katanya.
Mengenai operasinya, MYAirline berkata ia berada dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan perkongsian strategik yang menjanjikan pertumbuhan masa depan syarikat penerbangan itu dan pasukan itu telah bekerja dengan gigih untuk memastikan semua langkah yang perlu diambil untuk memudahkan penyepaduan yang lancar bagi mana-mana perkongsian strategik.
Ia juga berkata operasinya kekal sama walaupun adalah perlu untuk menggabungkan laluan tertentu semasa dalam proses peralihan daripada jadual penerbangan musim panas pertamanya ke musim sejuk.
"Keadaan ini ditambah lagi dengan kelewatan penghantaran beberapa pesawat yang pada asalnya dijadualkan beroperasi sekarang," katanya.
MYAirline meluahkan keyakinan bahawa pasukan dan kepimpinan yang berdedikasi akan terus memacu kejayaan kerana ia terus berkembang di seluruh rantau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Operasi MyAirline Stuart Cross akan memikul tanggungjawab sebagai CEO sementara. - Foto MYAirline

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.

Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline letak jawatan atas sebab kesihatan
MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) pada Ahad mengumumkan bahawa Rayner Teo telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkuat kuasa 7 Oktober 2023 atas sebab kesihatan.