KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih AirAsia X Bhd (AAX) bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023, berjumlah RM327.99 juta berbanding keuntungan luar biasa RM33.62 bilion yang dicatatkannya tahun lepas dalam tempoh 18 bulan susulan selesainya penyusunan semula hutang syarikat.
Hasil syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu meningkat kepada RM548.84 juta daripada RM113.02 juta pada tempoh yang sama tahun lepas apabila perjalanan antarabangsa pulih semula.
"Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat lebih daripada berganda kepada RM360.3 juta pada suku tersebut berbanding EBITDA RM170.3 juta pada suku sebelumnya yang berakhir pada 31 Dis, 2022, disumbang terutamanya daripada kenaikan hasil sebanyak 62 peratus.
"Perolehan kumpulan meneruskan peningkatannya sejak perjalanan udara antarabangsa disambung semula sepenuhnya pada Oktober 2022.
"Semasa tempoh tersebut, kumpulan merekodkan hasil RM548.8 juta, meningkat tiga kali ganda daripada hasil yang dicatatkan pada tempoh sama pada 2022," kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Mengenai prospek masa depan, kumpulan itu berada di landasan yang tempat untuk melancarkan semula semua laluannya yang menguntungkan ke China dan meningkatkan kekerapan di laluan dengan permintaan tinggi.
"Kumpulan ketika ini beroperasi dengan sembilan pesawat dan menjangka 16 pesawat lagi beroperasi pada akhir 2023 untuk menyokong pelan pengembangan dan memaksimumkan nilai kepada kumpulan.
"Berdasarkan sejarah kebermusiman, suku akan datang biasanya musim jualan rendah. Bagaimanapun, kumpulan optimis dengan keputusan berikutan aliran tambang yang kukuh, faktor muatan yang dioptimumkan dan aliran harga bahan api yang lebih menguntungkan," katanya.
Tiada dividen diumumkan bagi suku pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023

Hasil syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu meningkat kepada RM548.84 juta daripada RM113.02 juta pada tempoh yang sama tahun lepas apabila perjalanan antarabangsa pulih semula. - Gambar fail/Bernama
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.

AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.