Maxis Berhad merekodkan prestasi kukuh apabila mencatatkan keuntungan selepas cukai berjumlah RM2.086 juta pada 2017.
Keuntungan paling tinggi dalam tempoh empat tahun itu disumbangkan hasil perkhidmatan yang meningkat secara positif dalam pasaran yang menurun kepada RM8.525 juta daripada RM8.455 juta tahun lalu.
Syarikat telekomunikasi itu mencatatkan perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dinormalkan sebanyak RM4.597 juta daripada RM4.502 juta, iaitu peningkatan 2.1 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad, Morten Lundal berkata tahun 2017 merupakan tahun yang kukuh dengan pelbagai pencapaian yang membanggakan.
"Kami telah menambah bahagian pasaran bagi hasil dan juga keuntungan. Kami membangunkan rangkaian 4G LTE yang tidak dapat ditandingi sebagai rangkaian data terbaik dan terpantas di negara ini.
"Secara keseluruhannya, pelanggan kami menikmati lebih banyak lagi data berkualiti, produk-produk menarik serta sambungan yang hebat.
"Kami amat berbangga kerana telah mencapai kepuasan pelanggan yang paling tinggi pernah direkodkan," katanya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Sehubungan itu, katanya syarikat itu berada dalam kedudukan yang baik ke arah cita-cita mereka untuk mendigitalkan Maxis sepenuhnya.
Mengikut data, hasil prabayar Maxis merosot sebanyak 3.7 peratus kepada RM3,849 juta pada 2017 berbanding RM3,997 juta tahun 2017 disebabkan asas langganan yang lebih rendah.
Ini berikutan persaingan harga yang agresif, perpindahan pelanggan prabayar ke pascabayar dan penyatuan SIM di pasaran.
Bagaimanapun, langganan Hotlink FAST meningkat kepada lebih daripada 2 juta dengan purata hasil setiap pengguna (ARPU) yang tinggi dan stabil sebanyak RM43 sebulan.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Feb 08 2018
![Keuntungan Maxis tertinggi dalam tempoh 4 tahun Keuntungan Maxis tertinggi dalam tempoh 4 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/81518070699_Maxis.jpg)
Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad, Morten Lundal berkata tahun 2017 merupakan tahun yang kukuh dengan pelbagai pencapaian yang membanggakan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
AWANI Ringkas: SOSMA tidak akan dikaji atau dimansuhkan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung ‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739435896_BapaRentung.jpg)
‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung
Dalam kejadian itu, Muhammad Khairuddin terselamat selepas berjaya dibantu keluar dari rumah oleh penduduk setempat.
![Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739435455_TBrentung.jpg)
Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan
Wanita yang rentung dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin awal pagi tadi sedang hamil lima bulan.
Facebook lubuk iklan perjudian, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022
Sebanyak 5,026 laman sesawang judi disekat dan 224,403 kandungan perjudian di platform media sosial juga turut diturunkan sehingga 1 Februari lalu.
Isu Adendum akan dijawab di Dewan Rakyat selepas selesai proses perundangan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar IBrahim menegaskan beliau akan menjawab isu titah adendum seperti yang dijanjikan di Dewan Rakyat sebaik sahaja proses perundangan selesai.
Pembinaan RTS Link Malaysia-Singapura capai kemajuan memberangsangkan
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link antara Malaysia dan Singapura berjalan lancar mengikut jadual dengan mencapai kemajuan 100 peratus membabitkan pembinaan infrastruktur landasan kereta api setakat hujung bulan lalu.
![MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739434597_tbRahmadMarimanZa.jpg)
MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan
MAIM sedia memberi kerjasama kepada kepada PAC Melaka bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kakitangan agensi berkenaan terlibat penyelewengan.
PPR: Kenal pasti penduduk, kenakan sewa munasabah - PM
Sebarang tunggakan boleh dibincangkan dengan majlis perbandaran atau ahli dewan undangan negeri yang berkenaan, namun sewa minima mesti dibayar.
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan tambahan segera RM1.2 juta untuk baik pulih kemudahan termasuk lif di PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya.
![Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739409153_KebakaranJBPMMelak.jpg)
Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.
![Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737539152_TBCPOC.jpg)
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
![OpenAI dilaporkan tidak akan jana keuntungan hingga 2029 OpenAI dilaporkan tidak akan jana keuntungan hingga 2029](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727346656_OpenAI.jpg)
OpenAI dilaporkan tidak akan jana keuntungan hingga 2029
Walaupun syarikat dinilai tinggi, masih ramai yang mempersoalkan janaan wang untuk syarikat, selain bagaimana ia akan menjana keuntungan.
![Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718617153_Telurohtelur.jpg)
Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi
Penurunan harga runcit telur ayam memberi peluang kepada peniaga khususnya penjual makanan meraih sedikit keuntungan.
![Agihan keuntungan TH 2023 kekal 3.10 peratus Agihan keuntungan TH 2023 kekal 3.10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712027010_TBtabunghajijpg.jpg)
Agihan keuntungan TH 2023 kekal 3.10 peratus
Mohd Na'im berkata, agihan keuntungan berjumlah RM2.72 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit.
![Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710816174_Telegram.jpg)
Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.
![UEM Edgenta rekod hasil RM2 bilion, isytihar dividen 2 sen UEM Edgenta rekod hasil RM2 bilion, isytihar dividen 2 sen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709261312_UEMEdgenta.jpg)
UEM Edgenta rekod hasil RM2 bilion, isytihar dividen 2 sen
Namun keuntungan syarikat pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur terkemuka itu turun 34.1 peratus ekoran tekanan inflasi global dan peningkatan kos operasi.
![Tahun Naga beri 'ong' buat peniaga Tahun Naga beri 'ong' buat peniaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707293425_BREPLIKANAGAjpg.jpg)
Tahun Naga beri 'ong' buat peniaga
Tahun naga dalam kalendar zodiak Cina yang dipercayai membawa simbol kekuatan, kehormatan, kejayaan dan keberuntungan.
![AirAsia X: Prestasi kewangan pulih, keluar dari status PN17 AirAsia X: Prestasi kewangan pulih, keluar dari status PN17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667840800_AirAsiaX.jpg)
AirAsia X: Prestasi kewangan pulih, keluar dari status PN17
AirAsia X Bhd (AAX) mencatatkan penurunan dalam keuntungan bersih kepada RM5.56 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2023.
![Syarikat penerbangan mampu capai keuntungan bersih AS$9.8 bilion pada 2023 Syarikat penerbangan mampu capai keuntungan bersih AS$9.8 bilion pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650012884_budakmeninggal.jpg)
Syarikat penerbangan mampu capai keuntungan bersih AS$9.8 bilion pada 2023
Keuntungan dianggarkan mengukuh pada 2023, didorong oleh perkembangan positif termasuk meningkatnya permintaan untuk perjalanan udara.
![Rugi bersih suku pertama Pos Malaysia berkurangan kepada RM27.66 juta Rugi bersih suku pertama Pos Malaysia berkurangan kepada RM27.66 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633579696_PosMalaysia.jpg)
Rugi bersih suku pertama Pos Malaysia berkurangan kepada RM27.66 juta
CEO kumpulan, Charles Brewer berkata prestasi Pos Malaysia adalah lebih baik dalam seluruh aspek berbanding pada suku pertama tahun kewangan 2022.